KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Februari 05, 2009

GESA kesal "suapan empat Adun" hanya membolehkan kerajaan baru yang berteraskan "rasuah" terbentuk!

Presiden GESA, Tarmizi Mohd Jam memperkatakan sesuatu kepada Menteri Besar Perak, Mohamnad Nizar Jamaluddin ketika beliau melawat pusat media Muktamar PAS, di Stadium Indera Mulia, Ipoh Ogos lalu

SUSULAN tindakan tidak beretika BN "membeli" empat Adun Pakatan Rakyat dan kegagalan Kerajaan Perak membubarkan dewan: GERAK Sedar Anak Perak (GESA) kesal dengan episod suapan empat Adun di Perak oleh BN bagi membolehkan komponen itu membentuk kerajaan baru yang berteraskan "rasuah" menggantikan Pakatan Rakyat pimpinan Menteri Besar, Nizar Jamaluddin.

Menurut Presidennya, Tarmizi Mohd Jam, jalan cerita seperti diuar-uarkan sejak 28 Januari lalu mempunyai asas yang kuat tentang kaitan kehilangan bersama Adun Behrang dan Changkat Jering, sehinggalah Speaker Dewan menghantar surat pengosongan dua Dun tersebut kepada SPR.

Modus operandi yang sama oleh Jamaluddin Mohd Radzi dan Osman Jailu terdedah apabila kedua-dua mereka mengadakan sidang media menggunakan khidmat seorang wakil dengan alasan-alasan yang mencurigakan tetapi mudah dijangka, ujar beliau.

Tarmizi juga membidas langkah sumbang Adun Bota, Nasharuddin Hashim yang berjalan ke belakang semula untuk bersama BN, semata-mata tertarik dengan tawaran untuk menjadi Menteri Besar Perak seperti yang diuar-uarkan oleh Jamaluddin melalui telefon kepada isterinya, empat hari lalu.

Beliau berharap, Tuanku Sultan dapat memberikan perkenan membubarkan DUN Perak bagi membolehkan satu pilihan raya umum peringkat negeri diadakan segera bagi mempastikan ketelusan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.

Dengan membubarkan dewan, tegas Tarmizi, rakyat dapat menentukan bentuk kerajaan yang diyakini mereka sama ada BN atau Pakatan Rakyat. Ini lebih baik dan ketabilan politik selepas itu lebih utuh berbanding dengan meneruskan agenda pertukaran kerajaan melalui lompatan empat Adun yang diyakini telah "dibeli" oleh Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak.

"Jika pilihan raya diadakan, saya yakin Pakatan Rakyat boleh berkuasa semula. Ini berdasarkan trend pengundian anak muda, mood rakyat dan penguasaan media baru yang lebih pantas menyampaikan maklumat kepada para pengundi semasa," tegas Tarmizi yang juga bekas Setiausaha PAS Kawasan Parit.

Tiada ulasan: