KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Mac 28, 2009

Penyokong PAS diminta berkumpul di Masjid Daerah Taiping

PIMPINAN PAS akan berkumpul di Markaz PAS Air Kuning mulai jam 7.30 pg. Selepas Solat hajat, Calon akan dibawa ke pusat Penamaan Calon di Majlis Perbandaran Taiping diiringi oleh pimpinan PAS, lapor Misbahul Munir Masduki, Ketua Penerangan PAS Perak.

Penyokong-penyokong PAS pula akan mula berkumpul di Masjid Daerah Taiping mulai jam 7.30 pagi. Solat hajat juga akan diadakan di masjid yang akan dipimpin oleh Dewan Ulama PAS Negeri Perak.

Selepas itu, semua akan mula bergerak ke tempat bermulanya perarakan calon di Dataran Parking Kereta, Jalan Sultan Mansur, berhampiran Mahkamah Majistret, Risda, dan Taman Tasik.Arahan-arahan akan diberikan oleh Ketua Perarakan di sana. Setelah semua berkumpul, Calon PAS akan diarak ke Pusat Penamaan Calon.

Calon bersama pimpinan tertinggi parti akan memasuki Pusat Penamaan Calon sementara penyokong-penyokong PAS akan berkumpul di kawasan yang telah ditentukan sehinggalah proses penamaan calon selesai diumumkan.

Penyokong-penyokong digalakkan membawa bendera parti masing-masing sebanyak mungkin. Ucapan-ucapan daripada pimpinan parti akan disampaikan sementara proses penamaan calon selesai diumumkan.

PAS Wilayah sokong "demontrasi" bantah KDN oleh aktivis Harakah esok!

Bekas Pengurus Besar Harakah, Ishak Surin setuju aktivis Harakah anjurkan "demontrasi" pada hari penamaan calon Bukit Gantang


HARAKAH diminta agar tidak tunduk dengan penggantungan permitnya oleh KDN, sebaliknya berdiri gagah menyatakan kebenaran dan memperjuangkan hak kebebasan bersuara selaras dengan tuntutan Perlembagaan Malaysia.

Menurut Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Wilayah Persekutuan, Haji Ishak Surin, sekalipun KDN menggantung selama tiga bulan permit penerbitannya, ini tidak bermakna apa yang dilakukan oleh KDN itu betul dan mesti akur dengan kehendak tangan-tangan ghaib di belakang agensi kerajaan itu.

Ishak berharap, aktivis Harakah dapat membuat sesuatu seperti demontrasi, menghantar memorandum kepada Suhakam dan KDN, melanjutkan dengan diskusi, debat, forum dan mempelbagaikan bahan cetak serta stiker bagi memberitahu rakyat tentang kezaliman yang diperlakukan oleh KDN terhadap lidah rasmi PAS itu.

Beliau menyokong penuh langkah yang diambil sidang Editorial Harakh untuk mengadakan demontrasi aman esok pada hari penamaan calon sebagai meuar-uarkan bantahan terhadap pengeluar permit itu.

23.3 Gantung: Bebaskan Harakah - Editorial Harakah akan "berdemontrasi" di celah-celah kesibukan penamaan calon PRK Bukit Gantang esok!



PETANG ini saya bertolak ke Bukit Gantang. Esok hari penamaan calon. Atas inisiatif bersama kami kumpulan Editorial Harakah akan mengadakan "demontrasi" aman di celah-celah kesibukan penamaan calon esok.

Banner dan t-shirt siap dicetak sebentar lagi. Berwarna hitam tanda gelapnya media Malaysia dibedal oleh BN. Kerana takut dan bimbang, mereka menggantung Harakah selama tiga bulan bersama Suara Keadilan milik PKR.

Kami bercadang untuk menjadikan tarikh 23.3 dan digantung 3 bulan sebagai tarikh keramat HARI GELAP MEDIA MALAYSIA yang akan disambut setiap tahun. Saya bersama Ahmad Lutfi Othman telah menggerakkan kalangan wartawan dan kakitangan Harakah yang lain untuk bersama "menunjuk perasaan" esok.

"Kalau tak lakukan sesuatu, KDN dan BN akan selesa dan syok dengan tindakan kurang ajar mereka. Gantung Harakah bermakna bunuh kebebasan bersuara, bunuh demokrasi," tegas Ketua Pengarang Harakah yang bersemangat Ahmad Lutfi Othman.

Tok Guru Nik Aziz ajak rakyat beri tindakbalas boikot akhbar tunggangan Umno selama tiga bulan!

Tok Guru Nik Aziz saran rakyat pulaukan akhbar tunggangan Umno seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian selama tiga bulan


MURSYIDUL Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyarankan rakyat di negara ini khususnya penyokong Pakatan Rakyat tidak membeli akhbar harian yang ditunjangi Umno dalam tempoh tiga bulan.

Antara akhbar harian yang dikuasai Umno termasuklah Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Berita Harian, Berita Minggu, Kosmo dan Metro.

Tok Guru Nik Aziz yakin tindakan Kementerian Dalam Negeri (DKN) itu tidak sekali-kali menghalang rakyat mendapatkan maklumat yang kini berada di hujung jari.

"Kalau nak kata akhbar oposisi buat fitnah dan menghasut, kita tengok sekarang ramai juga ahli parlimen yang pernah ditahan ISA memenangi pilihan raya kerana sokongan rakyat.

"Macamana rakyat boleh mengundi dan memberi kepercayaan kepada mangsa tahanan ISA yang dianggap kerajaan boleh mengancam keselamatan negara. Jadi peranan akhbar oposisilah menjelaskan tohmahan itu tidak benar sehingga pemimpin terbabit menang dalam pilihan raya," tegasnya.

Beliau percaya tindakan KDN bermotif politik ketika menjelang pilihan raya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

"Dendam yang membuak dalam dada pemimpin Umno menyebabkan mereka bertindak di luar batasan. Tindak tanduk mereka seperti Israel yang dendam terhadap umat Islam," katanya.

Oleh itu beliau berkata, tindakan pemimpin Umno menyekat akhbar milik Pakatan Rakyat menyebabkan kebencian rakyat terhadap Umno dan BN semakin menjalar.

Gantung Harakah satu mukadimah buruk buat Najib Tun Razak sebagai PM - Mohamad Sabu





Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika memberikan ceramah kepada lebih 5,000 penyokong Pakatan Rakyat pada "Himpunan Rakyat Memenangkan 2 Bukit" di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar 24 Mac lalu


KETIKA berucap kepada lebih 5,000 penyokong Pakatan Rakyat di Markaz PAS Taman Melewar 24 Mac lalu, Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan penggantungan Harakah dan Suara Keadilan sebagai mukadimah buruk kepada peralihan kuasa Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

Katanya, Najib tidak boleh mengemukakan pembaharuan untuk menyelamatkan Umno yang kini ditolak rakyat melainkan menyekat dan menggantung kedua-dua lidah rasmi rakyat itu disamping membedil gas pemedih mata pada program ceramah Pakatan Rakyat.

Berliau menegaskan perkara ini ketiak mneyampaikan ceramah pada "Himpunan Rakyat Memenangkan 2 Bukit" di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar. Program anjuran PAS Kawasan Batu itu dipengerusikan oleh Ketua Penerangan PAS Baru, Tarmizi Mohd Jam.

"Dia mungkin PM yang terakhir mewakili BN kalau dia bersikap sebegini rupa. Ini satu tindakan penakut dan bacul. Dia tutup pintu demokrasi dan hak bersuara rakyat. Najib mahu kita terima bulat-bulat maklumat dari media mereka," katanya.

Beliau menganggap Najib sengaja memilih tiga bulan sebagai tempoh tenang 100 hari untuk mengambil-alih pucuk kepimpinan negara dan melakukan rombakan kabinet.

Tetapi, tegas Mohamad, tindakan itu sebenarnya mengundang sikap keras rakyat untuk menolak dan menentang pemerintahan Najib. Beliau hairan mengapa Najib melakukan perubahan pada permulaan yang buruk sedangkan sudah menjadi amalan PM sebelum ini memulakan perubahan dengan kelonggaran selesa?

Turut berucap Setiausaha Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) Hasni Abbas, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub dan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Wilayah Persekutuan, Haji Ishak Surin. Penyajak rakyat, Dinsman turut mencuri tumpuan apabila menyampaikan sajak "Macam Orang Gila 2".

PENA sifatkan KDN bertindak keras gantung dua lidah rasmi pembangkang

Profesor Dr Shaharil Muhamad Zain


PENGGANTUNGAN permit Harakah selama tiga bulan oleh KDN disifatkan sebagai satu kekerasan dalam usaha menyekat kebebasan akhbar di negara ini.

Timbalan Pengerusi Tetap Persatuan Penulis Malaysia (Pena), Dr Ibrahim Ghaffar, berkata kekerasan itu bukan tertakluk kepada menyekat Harakah semata-mata, tetapi menyekat periuk nasi para wartawan dan tenaga kerja Harakah dalam usaha mereka menyebarkan maklumat.

"Harus diingatkan bahawa penulis ini seorang yang kreatif, yang menjadikan tulisannya sebagai ikhtiar hidup mencari nafkah. Apabila ia disekat melalui Harakah, tidak semestinya ia akan berakhir tetapi akan terus tersebar luas di media-media lain," kata beliau yang ditemui di Rumah Pena, 23 Mac lalu.

Beliau turut mengingatkan, pihak kerajaan harus sedar dengan tindakan tersebut akan mewujudkan perasaan marah yang akhirnya akan menyebabkan semakin banyak tulisan yang menjurus kepada rasa tidak puas hati dan kebencian.

"Penggantungan ini bukan saja menyekat penulis Harakah terus menulis, hak pembaca terus membaca, tetapi kebebasan saya menulis di Harakah juga sudah tersekat. Begitu juga dengan penulis-penulis lain di akhbar itu. Kerajaan tidak boleh sekat keinginan saya menulis," ujar beliau lagi.

Dalam pada itu, Ibrahim turut berkata Harakah dijual hanya untuk ahlinya sahaja, dan BN tidak perlu bimbang dengan penulisan yang tersiar di Harakah dan sepatutnya menyuburkan percambahan pendapat dan perbezaan pandangan.

Sementara itu, Timbalan Presiden Gerakan Mansuh PPSMI, Prof Dr Shaharil Mohd Zain, berkata secara umumnya KDN menyekat kebebasan akhbar yang sepatutnya terjamin dalam perlembagaan negara.

Katanya, tanpa alasan kukuh daripada KDN menambahkan lagi kekangan kerajaan terhadap akhbar yang berpengaruh itu, selain menimbulkan perspektif negatif rakyat terhadap kerajaan.

"Apabila KDN tidak mengemukakan alasan kukuh berhubung penggantungan tersebut, ia menambahkan tanggapan negatif rakyat terhadap kerajaan. Seharusnya, setiap tindakan itu perlu diberikan alasan yang munasabah," kata beliau.

Salahuddin Ayub anggap tindakan KDN macam jakun, tak faham demokrasi


PEMUDA PAS mengutuk sekeras-keras tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan menterinya mengantung permit Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai jakun.

Perkara ini ditegaskan oleh Ketuanya, Salahuddin Ayob sebagai respon terhadap arahan terbaru KDN tersebut.

"Menjelang pemilihan agung Umno dan pilihanraya kecil di tiga tempat tindakan jakun seperti ini diambil oleh KDN dan ini terbukti telah membunuh kebebasan media di negara ini. Pemuda PAS mengutuk sekeras-kerasnya tindakan KDN ini dan mengesa arahan ini ditarik balik dengan segera," tegas Salahuddin.

Beliau juga menegaskan KDN sepatutnya menghormati hak dan kebebasan media sejajar dengan kehendak demokrasi.

Tindakan KDN ini tegas Salahuddin membuktikan kerajaan yang ada hari ini tidak peka dengan kehendak rakyat dan membelakangkan prinsip demokrasi demi mempertahankan kuasa yang ada pada mereka.

Sehubungan dengan itu beliau mengesa dewan pemuda PAS menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat berhubung isu pengantungan permit Harakah dan Suara Keadilan ini.

GMP mahu PPSMI dibunuh segera, jangan jadikan perbelanjaan RM3.2 bilion itu sebagai alasan

Dua tokoh GMP yang cukup disegani dalam perjuangan membunuh PPSMI


SETELAH kejayaan menganjurkan Himpunan 100, 000 Rakyat Bantah PPSMI di ibu kota 7 Mac lalu, Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) kini dalam usaha menyerahkan memorandum kepada Majlis Raja-Raja di seluruh negara.

Penasihat GMP, Dato' A Samad Said, berkata usaha itu akan dilakukan sebagai desakan berterusan GMP bagi memastikan dasar PPSMI tersebut dimansuhkan sama sekali. Katanya, setelah tidak menerima sebarang maklum balas daripada Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi berkenaan hasrat mereka (GMP) untuk bertemu, GMP memutuskan meneruskan siri desakan mereka dengan menemui sultan di setiap negeri.

"Kami kini sedang merangka 'roadshow' ke negeri-negeri bagi menemui dan menyerahkan memorandum kepada Raja-raja Melayu berhubung pendirian kami dalam isu ini," kata beliau dalam sidang media badan itu yang diadakan di Rumah Pena.

Mengulas pertemuan beliau dan Pengerusi GMP, Dato' Dr Hassan Ahmad dengan Menteri Pelajaran, Hishamuddin Tun Hussien, 19 Mac lalu, Samad Said menegaskan tiada tolak ansur antara mereka walaupun tersiar di media gambar mereka tersenyum mesra.

"Apabila keluar di akhbar gambar kami tersenyum, ramai penyokong GMP tertanya-tanya adakah GMP sudah 'menjual' pendiriannya? Atas sebab perlunya penerangan ini, maka sidang media ini diadakan bagi memaklumkan kepada semua pihak berhubung pertemuan kami," kata Hassan.

Dalam pada itu, menyentuh soal peruntukkan yang dibelanjakan sebanyak RM 3.2 bilion, GMP mempertikaikan alasan kerajaan yang menggambarkan kerugian sekiranya dasar itu dimansuhkan.

Timbalan Pengerusi GMP, Prof Dr Shaharir Mohd Zain, berkata alasan tersebut tidak boleh diterima memandangkan sejumlah wang itu dibelanjakan bagi perbelanjaan prasarana yang masih boleh digunakan.

"Kami tidak nampak dimana soal kerugian dan pembaziran yang seringkali diulang-ulang kerajaan berhubung perbelanjaan RM3.2 bilion itu. Bagi kami, ia tidak membazir apabila kemudahan komputer, LCD dan sebagainya boleh digunakan bagi apa saja mata pelajaran," tegas beliau.

PAS Parit gesa para bloggers pro Pakatan Rakyat bertindak efektif setelah Harakah digantung KDN

Ketua Penerangan PAS Parit, Rafei Kasini Haji Bahari mahu peranan para bloggers ditingkat bagi menyebarluas berita dan analisis semasa tentang kempen pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau


PARA bloggers pro Pakatan Rakyat digesa bertindak efektif bagi menyebarkan analisa dan berita melalui blog masing-masing bagi merancakkan lagi edaran maklumat terkini politik tanahair. Peranan mereka penting bagi menggantikan Harakah dan Suara Keadilan yang digantung permit penerbitannya selama tiga bulan oleh KDN.

Ketua Penerangannya, Rafaei Kasini Haji Bahari, yakin genarasi baru yang celik teknologi maklumat akan beralih secara melampau kepada blog dan portal berita untuk mendapatkan maklumat pro Pakatan Rakyat setelah Harakah dan Suara Keadilan digantung permitnya oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) selama tiga bulan.

Namun begitu, beliau kesal lidah rasmi PAS dan KeADILan yang menjadi wadah tradisional para penyokong Pakatan Rakyat cuba disekat kemaraannya ketika kedua-dua parti tersebut amat memerlukan media bagi menjawab tohmahan BN dan mneyampaikan maklumat tentang calon dan keupayaan parti melakukan perubahan untuk rakyat.

PAS Parit katanya, mengecam satu lagi tindakan tidak bermoral BN yang menutup pintu diskusi, menguncupkan demokrasi dan membunuh kebebasan bersuara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Pensyarah Media UM sifatkan KDN tidak faham erti demokrasi dan menyekal akal fikir rakyat



PENSYARAH Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, Professor Dr Abu Hassan Hasbullah mengecam tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengantung permit Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan dan menyifatkan ianya sebagai tindakan tidak memahami tuntutan demokrasi.

Dalam abad ke 21 ini, KDN, tegas beliau seharusnya menghormati demokrasi dan kebebasan media.

"Kerajaan khususnya KDN seharusnya merayakan demokrasi dengan bijaksana dan budiman bukan menutup ruang demokrasi. Tetapi apa yang berlaku ini memberikan gambaran bahawa kerajaan gagal mentafsir maksud dan kandungan demokrasi secara bijaksana," tegas beliau.

Abu Hassan juga menegaskan apa yang dilakukan KDN ini akan mendorong sikap agresif rakyat dalam mendapatkan maklumat menerusi media baru yang cambah seperti cendawan selepas hujan seperti blog dalam portal-portal berita.

Beliau turut menegaskan setiap rakyat mempunyai hak menyatakan akal fikir mereka dan berhak untuk meluahkan emosi mereka sejajar dengan tuntutan demokrasi. Tindakan KDN itu juga disifatkan sebagai kesedaran dan kebijakan kerajaan dalam menangani tanggungjawab informasi terhadap rakyat berada pada tahap yang rendah.

Dalam masa yang sama beliau juga mengesa agar Harakah dan Suara Keadilan menggunakan kesempatan yang ada ini untuk terus membangunkan media baru dan tidak perlu bimbang dengan tekanan seperti ini.

Dato' Zaid Ibrahim sifatkan media kuasaan BN gagal lawan wibawa Harakah dan Suara Keadilan

PENGGANTUNGAN permit penerbitan lidah rasmi Harakah dan Suara Keadilan dua parti politik, PAS dan KeADILan adalah bukti peranan media arus perdana sebagai alat parti pemerintah Umno-BN terbukti gagal. Media kuasaan mereka tidak dapat menyaingi kedua-dua akhbar yang cukup berpengaruh itu.

Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zaid Ibrahim berkata Umno-BN masih belum berpuas hati dengan peranan yang dimainkan oleh media mereka bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap parti itu.

"Seluruh media arus perdana dikawal oleh mereka, malangnya ia tidak cukup untuk memuaskan hati pihak Umno-BN dalam usaha mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap mereka," katanya pada sidang media selepas pelancaran buku hasil kompilasi kolumnis-kolumnis daripada blog media 'The Malaysian Insider' baru-baru ini.

Jelasnya, dalam keadaan pemimpin-pemimpin Umno-BN menganggap negara ini sebagai negara dunia kedua, kebebasan media semakin dikekang dan digodam semahunya. kalau boleh mereka hanya mahu akhbar dan media kuasaan mereka sahaa mneguasai pasaran maklumat di negara ini.

"Kita berlagak seperti negara dunia kedua, tetapi mereka tidak menghormati sokongan 50 peratus rakyat negara ini kepada pembangkang," ujarnya.

Menurutnya, isu penggantungan permit Harakah dan Suara Keadilan merupakan isu besar mutakhir ini kerana ia melambangkan seolah-olah kerajaan tidak menghormati kehendak rakyat negara ini. Tidak menghormati kebebsan bersuara, dan membunuh demokrasi yang memberi ruang luas kepada media.

"Berbanding kedudukan saya dalam Umno sekarang ini, saya rasakan apa yang lebih penting adalah isu penggantungan dua akhbar baru-baru ini," katanya menjawab soalan pemberita.

PAS kecam KDN, gantung 3 bulan Harakah dianggap tindakan ganas!


PAS mengecam tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengantung permit Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan dan menyifatkan tindakan ini sebagai satu perbuatan ganas untuk menyekat kebebasan demokrasi.

Setiausaha Agung PAS Pusat, Dato' Kamaruddin Jaffar menegaskan kebebasan demokrasi khususnya melibatkan Pakatan Rakyat disekat oleh Barisan Nasional (BN) dalam usaha mereka untuk mendapat sokongan rakyat.

BN tegas beliau menggunakan berbagai taktik kotor dalam usaha menyekat Pakatan Rakyat dari menyampaikan maklumat kepada penyokong-penyokongnya. BN bimbang dan takut untuk berdepan dengan rakyat, lalu mereka menutup pintu maklumat dan mengizinkan media kuasaan mereka bermaharajalela menyembelih pemikiran rakyat.

"Tindakan KDN ini jelas bermotifkan politik kerana tidak ada bukti menunjukkan Harakah melakukan fitnah. Jika benar ada fitnah atau salah lapor sudah tentu tindakan undang-undang sudah diambil namun hingga kini pihak KDN gagal membuktikannya," tegas beliau.

Kamaruddin menegaskan kerajaan BN khususnya KDN menyalahgunakan kuasa dan menyekat perkembangan maklumat kepada rakyat. PAS tegas beliau akan memastikan segala maklumat akan disampaikan kepada ahlinya dalam usaha menerangkan apa yang berlaku.

Beliau juga menjelaskan PAS akan menggunakan segala saluran dan kaedah yang berkesan bagi memastikan pengantungan permit ini akan ditarik balik.

Sasterawan Negara Dato' A Samad Said sifatkan KDN bunuh media, tikam demokrasi


SASTERAWAN Negara, Dato' A. Samad Said menyelar tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengantung permit Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai mencacatkan demokrasi.

Tegas beliau di saat tiga pilihan raya kecil akan diadakan tidak wajar bagi KDN untuk mengantung permit Harakah dan Suara Keadilan, seolah-olah mahu menyekat maklumat tiba kepada pengundi. Ia dilakukan solah-olah dengan sengaja untuk menyekat sebarang maklumat sampai atau digunakan untuk kempen pilihan raya kecil khusuusnya di Bukit Selambau dan Bukit Gantang.

Harakah dan Suara Keadilan tegas Pak Samad merupakan saluran pengimbangan demokrasi dan amat malang bila KDN bertindak membunuh demokrasi tersebut.

"Jika tiada dua akhbar ini suara demokrasi tidak lagi dapat didengari dan ianya merugikan rakyat. Bila Harakah dan Suara Keadilan disekat bermakna pertembungan itu umpama satu pihak guna senjata manakala satu pihak lagi tidak punya apa-apa senjata dan ini sungguh tidak adil," tegas Penasihat Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) itu.

Pak Samad yang kini berusia 76 tahun, seterusnya mengesa agar KDN segera membatalkan arahan yang dikeluarkan itu dan harus memastikan agar sisa-sisa demokrasi dalam negara ini tidak terus dikuncupkan.

Beliau mengesa agar rakyat terutama pengundi di ketiga-tiga kawasan yang bakal diadakan pilihan raya kecil melihat perkembangan ini dan menilainya sebaik mungkin dalam membuat pilihan mereka nanti.

KDN sarat dengan agenda politik, jika Harakah lakukan kesalahan, seret saja ke mahkamah!


JIKA benar Harakah ada melaporkan yang salah, fitnah, adu-domba, hasutan, mendedahkan maklumat Rahsia Rasmi Kerajaan (OSA), menentang Raja, pihak yang berkenaan perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap Harakah. Seret sahaja lidah rasmi PAS itu ke muka pengadilan. Itu yang paling tepat dan profesional, tegas Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) tegas beliau tidak sepatutnya bertindak bagi pihak lain dan mengambil tindakan yang tidak sepatutnya terhadap Harakah. Apa agenda KDN?

Apakah tindakan menggantung permit Harakah ini dilakukan secara profesional atau mengikut telunjuk orang-orang politik yang berkepentingan? Atau taktik Syed Hamid Albar untuk mencuri tumpuan perwakilan Umno dan Najib Tun Razak, menunjukkan ketegasan beliau terhadap "musuh-musuh" Umno?

"Jika Harakah ada laporkan berita yang salah, tidak tepat, fitnah atau adu-domba, pihak atau individu yang berkenaan sepatutnya mengambil tindakan undang-undang iaitu menyaman Harakah.

"PAS kesal dengan sikap KDN yang mengambil tindakan bagi pihak orang lain dan ini merupakan satu tindakan yang mencabuli kebebasan media," tegas Mahfuz dalam satu sidang media bersama Ketua Penerangan KeADILan, Tien Chua di lobi Parlimen 24 Mac lalu.

Mahfuz juga menegaskan dalam syarat-syarat permit yang diberikan oleh KDN tidak terdapat peraturan mengatakan Harakah perlu dijual kepada ahli-ahli parti. Harakah sama seperti akhbar-akhbar lain. Untuk dijual, mestilah dijual di kedai-kedai akhbar bukannya di markaz-markaz parti.

Lagipun, semua orang sedar ahli PAS bukan sahaja berada di markaz parti apabila ada aktiviti tetapi bertaburan di serata tempat. Kalau dijual di kedai akhbar, mereka lebih mudah mendapatkannya dan pihak pekedaipun merasakan akhbar Harakah adalah suatu yang laris dijual.

Yang membelinya sudah tentulah ahli dan penyokong parti. Mustahil pula ahli MIC, MCA apatah lagi ahli Umno untuk membeli lidah rasmi PAS seperti Harakah. KDN tidak perlu takut dan cemas kalau Harakah boleh dibeli di tempat awam. Ini kerana ahli-ahli PAS sudah melata seperti ahli-ahli Umno yang berada di mana-mana.

Tindakan pengantungan Harakah dan Suara Keadilan ini tegas Mahfuz merupakan satu tindakan terdesak kerajaan BN menjelang pilihan raya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

"Apa yang dilakukan ini adalah cubaan untuk menyekat rakyat daripada memperolehi maklumat sebenar menjelang pilihan raya kecil di tiga-tiga tempat tersebut," tegas Mahfuz.

Sementera itu Ketua Penerangan KeADILan, Tien Chua menegaskan pihaknya kesal dengan tindakan yang dibuat oleh KDN tetapi akan tetap menerbitkan Suara Keadilan seperti biasa.

Beliau menegaskan tindakan terbaru KDN ini telah mendapat bantahan banyak pihak termasuk dari kalangan NGo-NGO yang memperjuangkan kebebasan media dan hak asasi manusia.

"Kita akan teruskan walaupun tanpa permit dan pelbagai cubaan untuk menyekat penyebaran maklumat kepada rakyat. Dalam konteks sekarang, ada pemilihan (Umno), pilihan raya kecil, peralihan kuasa (Perdana Menteri kepada Datuk Seri Najib Razak), pihak berkuasa cuba menutup ruang penyebaran maklumat," tegas Tien Chua.

Beliau juga menegaskan tindakan kerajaan terhadap dua akhbar pembangkang berpengaruh ini "hanya permulaan" untuk kawalan yang ketat terhadap media selepas ini.

Selasa, Mac 24, 2009

Harakah digantung 3 bulan, huru-hara bakal dicetuskan oleh "gengster" sepanjang pilihan raya kecil?


Harakah digantung selama 3 bulan tanpa sebarang sebab dan alasan?

AKHBAR Harakah digantung selama tiga bulan tanpa sebarang alasan dan sebab. Sepucuk surat yang difakskan kepada Pejabat Harakah kira-kira jam 4.55 petang tadi hanya memaklumkan bahawa Harakah digantung selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta.

Apakah agenda di sebalik penggantungan ini? Adakah ia ada kaitan dengan kebimbangan Najib Tun Razak yang terpaksa berdepan dengan pelbagai dakwaan tentang nasib peralihan kuasanya? Atau BN makin gelabah dengan Bukit Gantang dan Bukit Selambau yang bakal meranapkan impian Najib untuk menang di pihak BN?

Namun maklumat yang baru saya terima sebentar tadi, dari seorang hamba Allah, memaklumkan terdapat agenda "jahat" akan dilangsungkan sepanjang Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau bermula dari hari penamaan calon hinggalah ke hari mengundi.

Ia dikatakan sebuah "perancangan jahat" pihak atasan BN dengan sejumlah "gengster" yang ada kaitan dengan Pakida dikenali Angkatan Rakyat Insaf, untuk mencetuskan huru-hara sepanjang kempen pilihan raya di kedua-dua kawasan ini.

Sudah dua pertemuan diadakan. Satu di Klang dan yang terkini di Concord Hotel bagi membincangan agenda dan strategi busuk untuk memenangi dua bukit tersebut oleh BN. Gengster yang dikatakan sejumlah hampir 10,000 orang ini akan "dilepaskan" dan "digerakkan" di dua kawasan pilihan raya ini kelak yang terdiri dari Melayu, India dan Cina.

Apakah penggantungan permit akhbar suka ramai rakyat di negara ini ada kaitan dengan strategi jahat ini? Agar segala maklumat "jahat" berkenaan tidak dapat disebarkan kepada rakyat tegar yang masih bergantung maklumat kepada media cetak. Saya akan cuba mendedahkan maklumat lanjut selepas ini.

Isnin, Mac 23, 2009

Presiden PAS umum Dato' Seri Nizar Jamaluddin sebagai calon PAS Bukit Gantang sebentar tadi!



PRESIDEN PAS, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah mengumumkan calon bagi memikul amanah PAS di Bukit Gantang iiatu Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin.

Ia diumumkan sekitar jam 10.40 malam tadi pada satu Ceramah Perdana dekat Simpang, tidak jauh dari bandar Taiping. Bagiamnapun, pihak polis melarang ceramah diadakan. Hanya yang diizinkan ialah pengemuman calon sahaja. Ini suatu yang pelik dan amat mengecewakan para penyokong Pakatan Rakyat yang hadir.

Nizar yang masih menjawat jawatan Menteri Besar yang sah mengikut undang-undang telah dinafikan hak beliau oleh Kerajaan Haram Negeri Perak yang dikepalai Dato' Dr. Zamry Abdul Kadir.

Dalam ucapan ringkas selepas diumumkan sebagai calon, Nizar Jamaluddin memberitahu bahawa beliau akan bertemu dengan Ismail Suffian, 49 iaitu seorang anak tempatan Bukit Gantang mewakili Barisan Nasional.

Parlimen Bukit Gantang mempunyai 3 DUN iaitu Kuala Sepetang, Changkat Jering dan Trong. Dalam PRU 12 yang lalu PAS menang mellaui Roslan Shaharom dengan majoriti 1,566 undi.

Secara umumnya, pemilihan Nizar akan dapat membolot undi bukan Melayu pada jumlah yang lebih besar disamping menarik minat lebih ramai pengundi Melayu yang simpati terhadap beliau, dengan apa yang diperlakukan oleh BN khsuusnya Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Adun lompat Osman & Jamaluddin: Paku terakhir buat keranda Ismail Safian di Bukit Gantang!

Kain rentang "Bermulanya Pembelotan Adun Changkat Jering" banyak dinaikkan sekitar Bukit Gantang tetapi kebanyakan "wajah" Osman dikoyak-koyak tanda "marah" orang ramai terhadap beliau


PILIHAN RAYA Kecil Bukit Gantang kini menjadi fokus dunia dalam menilai demokrasi yang terkubur di Perak. Sejak rampasan kuasa dilakukan oleh BN di negeri ini, kebangkitan rakyat Perak sukar diempang. Bukit Gantang bagaikan tempat mereka melepaskan amarah terhadap BN. Kerisauan BN di sini tidak dapat disembunyikan lagi.Ikuti pendapat Ketua Penerangan PAS Negeri Perak, Misbahul Munir Masduki tentang 'mood' pengundi Bukit Gantang menghadapi 'perang" BN pada pilihan raya kecil ini:

Pada pilihan raya kecil ini mungkin khidmat dua Adun Pakatan Yang melompat itu khususnya Osman Jailu dan Jamaludin Radzi akan digunakan kerana sebelum ini pemimpin Umno melabelkan mereka adalah hero yang menyelamatan orang Melayu di Perak. Apa komen saudara?

MISBAHUL MUNIR: Selama 10 bulan kerajaan Pakatan Rakyat menerajui negeri Perak apa peranan dua Exco itu dalam mesyuarat Exco yang bermesyuarat setiap minggu. Dalam mesyuarat, semua Exco bebas memberi pandangan, cadangan dan teguran secara terus dan telus. Saya difahamkan, Osman dan Jamaluddin antara Exco yang kurang bercakap.
Pendek kata mereka tidak ada idea bernas bagi membantu kerajaan negeri Perak dari sudut ekonomi, sosial, apatah lagi yang berkaitan dengan agama. Mereka lebih suka berdiam diri dalam apa sahaja isu yang berbangkit dalam mesyuarat. Sekali sekala sahaja mereka bersuara, tetapi apa yang disuarakan tidak rasional.

Maknanya kedua-dua mereka lebih banyak diam dari menyuarakan kehendak rakyat?

Sekiranya mereka tidak mampu bersuara dalam mesyuarat disebabkan tidak upaya berhujah atau mungkin pandangan mereka akan diperkecilkan oleh orang lain, mereka boleh berjumpa Menteri Besar untuk menyatakan pandangan-pandangan dan teguran kalau betul Menteri Besar mengikut telunjuk DAP.
Pintu bilik Menteri Besar sentiasa terbuka untuk Exco bila-bila masa sahaja. Tidak ada sebab mereka tidak boleh berjumpa untuk berbincang dengan Menteri Besar dalam isu-isu yang kononnya merugikan orang Melayu. Menteri Besar cukup terbuka dalam hal ini. Tetapi sayang mereka tidak pernah menggunakan kesempatan ini untuk tujuan tersebut.

Bagaimana peranan Adun Changkat Jering sebagai anggota Exco Kerajaan Negeri?

Osman tidak berperanan dalam melaksanakan tugas sebagai Exco dan juga wakil rakyat. Beliau adalah Exco Pelancongan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO dan Pembangunan Insan. Apa yang beliau buat untuk pelancongan, melainkan selalu ke luar negara dengan isteri barunya itu. Untuk apa?
Beliau melantik dirinya sendiri sebagai pengerusi sebuah anak syarikat di bawah portfolio Exco Pelancongan, dan melantik isteri barunya itu sebagai Pengurus Besar syarikat tersebut.
Majlis Pakatan Rakyat Negeri baru bercadang untuk menegurnya supaya letak jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Syarikat tersebut kerana bercanggah dengan peraturan, dan menasihati supaya tidak melantik isterinya sendiri sebagai Pengurus Besar, tetapi belum sempat berbuat demikian, beliau telah hilang dan akhirnya keluar parti.

Osman juga bertanggungjawab dengan NGO dan Pembangunan Insan?

Sepuluh bulan Osman tidak buat apa-apa pun untuk NGO dan Pembangunan Insan. Tidak ada satu cadangan apatah lagi program yang dijalankan untuk portfolio tersebut.
Manakala prestasi beliau sebagai wakil rakyat juga cukup tidak popular, tanyalah pengundi Changkat Jering. Berapa kali beliau bertemu rakyat?
Berapa kali pula beliau berjemaah di masjid atau surau seluruh Dun Changkat Jering? Berapa kali beliau menziarahi orang sakit dan kematian?
Di Changkat Jering, ada sembilan buah masjid. Saya diberitahu oleh sumber yang boleh dipercayai, sepanjang 10 bulan sebagai Adun, beliau tidak pernah sekali pun solat Jumaat di masjid-masjid tersebut.
Bahkan saya sendiri tidak pernah melihat kelibatnya solat jemaah dan mendengar tazkirah Zuhur di surau Setiausaha Kerajaan Negeri, sedangkan beliau kerap juga berada di pejabatnya. Saya juga diberitahu, selama 10 bulan, belum sekali pun beliau hadir Mesyuarat Jawatankusa Tanah Daerah, dan hanya sekali pernah hadir dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah.

Tapi Osman cukup lantang menuduh Dato' Seri Nizar ikut telunjuk DAP sebelum ini?

Osman Jailu ada menyatakan Menteri Besar ikut telunjuk DAP dalam membuat keputusan dalam mesyuarat Exco. Saya cabar Osman Jailu, senaraikan keputusan-keputusan mesyuarat Exco yang dikatakan MB ikut telunjuk DAP.
Dan senaraikan isu yang melibatkan orang Melayu dan Islam yang beliau kononnya perjuangkan dalam mesyuarat Exco. Tanya juga pimpinan KeADILan Perak, apa peranannya pula dalam parti?

Dulu Osman kata tangkapan rasuahnya itu fitnah dari BN...

Saya juga mendapat maklumat ada komplot BN/Umno berhubung dengan isu rasuah. Beliau cukup takut jika disabitkan. Sehingga beliau pernah menyebut akan keluar parti dan menjadi bebas daripada masuk penjara.
Beliau menafikan berkali-kali dakwaan rasuah itu. Menurutnya dakwaan tersebut palsu dan komplot jahat BN untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan, tiba-tiba BN pula yang disokongnya.

Apakah dengan melompat jadi wakil bebas dan menyokng BN itu satu tindakan yang menyelamatkan Melayu?

Orang Melayu sudah selamat di bawah Pakatan Rakyat. Apa yang dia buat dalam Exco dahulu untuk selamatkan orang Melayu. Kalau tidak berani hendak menyuarakan dalam mesyuarat Exco, kenapa tidak berbincang dengan bertemu Menteri Besar di pejabat. Tidak ada usaha dibuat ke arah itu. Yang saya tahu mereka jumpa Menteri Besar hendakkan projek.

Adun Behrang macam mana pula?

Adun Behrang, Jamaludin Radzi cukup tidak suka jika sesuatu permohonan itu latar belakangnya orang Umno. Sedangkan Menteri Besar kadang kala bersikap terbuka, DAP pun kadang kadang bersifat terbuka. Asalkan seseorang layak, berikan sahajalah walaupun latar belakangnya Umno.
Tetapi Jamaluddin antaranya yang menentang. Dia pernah cakap kepada saya permohonan-permohonan yang berlatarkan orang Umno jangan bagi langsung. Umno ini orang Melayu sedangkan kita masih lagi bersikap terbuka. Kita hendak bagi tanpa mengirakan fahaman politik tetapi dia tolak terus. Tiba-tiba dia menyokong BN.

Adakah Saudara setuju kalau dikatakna mereka berdua adalah pengkhianat perjuangan?

Pada saya mereka ini pengkhianat. Pertama mengkhianati mandat rakyat. Menderhaka mandat rakyat. Mereka sebenarnya pengkhianat. Saya hendak cabar mereka apa yang hendak mereka selamatkan.

Apa harapan PAS pada pilihan raya keci ini?

Harapan kita tinggi. Mahu melihat calon PAS memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang. Kita berikan sepenuh tumpuan di Bukit Ganttang. Pilihan raya kecil ini menentukan pengaruh kita walaupun itu bukan mutlak.

PAS akan pastikan Bukit Gantang jadi suara rakyat membantah Najib Tun Razak



PILIHAN RAYA Kecil Bukit Gantang kini menjadi fokus dunia dalam menilai demokrasi yang terkubur di Perak. Sejak rampasan kuasa dilakukan oleh BN di negeri ini, kebangkitan rakyat Perak sukar diempang. Bukit Gantang bagaikan tempat mereka melepaskan amarah terhadap BN. Kerisauan BN di sini tidak dapat disembunyikan lagi.Ikuti pendapat Ketua Penerangan PAS Negeri Perak, Misbahul Munir Masduki tentang 'mood' pengundi Bukit Gantang menghadapi 'perang" BN pada pilihan raya kecil ini:

Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang kian hampir. Bagaimana persiapan Penerangan Negeri?

MISBAHUL MUNIR: Gerak kerja kita terbahagi kepada dua. Pertama pra pilihan raya. Gerak kerja ini telah pun berjalan sehingga hari penamaan calon. Pelancaran gerak kerja pilihan raya ini telah pun dilancarkan pada 8 Mac lalu oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Simpang, Taiping.
Pelancaran kedua untuk semua pertugas-petugas pilihan raya dalam Istimak Pilihan raya yang diadakan di Bukit Cempedak pada 9 Mac lalu yang melibatkan 2,000 petugas petugas pilihan raya dari seluruh negeri Perak yang dirasmikan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Serentak itu diadakan motivasi pilihan raya oleh pimpinan PAS Pusat dan Negeri, antaranya Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa; Naib Presiden, Dato’ Husam Musa; Ketua Penerangan, Dato’ Mahfuz Omar, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Haji Ahmad dan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh.Selain itu kita susun beberapa program untuk turun ke setiap Unit Peti Undi (UPU).
Pendekatan kita dengan isu yang diketengahkan ialah isu-isu yang boleh mengubah minda pengundi. Walaupun isu nasional itu banyak, ia tidak boleh mengubah minda pengundi, kita tidak akan ketengahkan. Kita akan sentuh isu-isu yang boleh mengubah minda pengundi walaupun isu itu berkaitan dengan tempatan walaupun kecil tetapi mampu mengubah minda pengundi yang akhirnya mereka memberi undi kepada calon PAS.
Sekarang ini jentera Penerangan telah turun ke Dun-Dun dan ke setiap UPU dalam Parlimen Bukit Gantang. Peringkat awal kita bertemu dengan petugas-petugas menerangkan strategi penerangan. Peringkat kedua kita terus bertemu dengan pengundi-pengundi, tepat kepada saranannya dan kita lagi tumpukan kepada program yang umum, lebih baik kita tumnpukan ceramah ke rumah rumah, kedai-kedai kopi dan sebagainya.

Berapa ramai petugas yang dijangkakan terlibat dengan pilihan raya kecil ini?

Kita terima petugas dari seluruh negara. Oleh kerana pilihan raya kecil Bukit Gantang serentak dengan pilihan raya kecil Bukit Selambau, tidak mungkin petugas dari seluruh negara akan datang. Saya difahamkan petugas dari Pulau Pinang, Kedah dan Perlis tidak akan turun ke Bukit Gantang, mereka akan tumpu di Bukit Selambau. Petugas-petugas yang lain akan turun ke sini dan ia sudah pun diagih-agihkan ikut Dun dan UPU yang mana mereka bertugas.
Sekarang ini semua negeri sudah mula turun ke Bukit Gantang, melapor diri, melihat kawasan dan mencari tempat penginapan. Bertugas di bilik gerakan dan UPU. Pendekatan kita petugas luar membantu petugas tempatan. Mana-mana UPU yang agak lemah dibantu negeri negeri yang kuat.
Selain itu petugas-petugas dari Bukit Gantang dan kawasan yang berdekatan dengannya. Setiap kawasan di negeri ini menghantar 100 petugas. Ada yang bertugas secara sepenuh masa, kalau lima hari dia berada di sini, dia akan bekerja selama itu dan mereka tidak boleh keluar masuk sesuka hati.

Mungkin Penerangan Negeri ada pendekatan tersendiri di Bukit Gantang?

Ada. Kita guna pendekatan 3M - menerang, mendamping dan menawan. Kita hendak terangkan apa yang telah kita laksanakan selama 10 bulan Pakatan Rakyat memerintah Perak. Kita hendak terangkan isu-isu yang dibangkitkan oleh BN. Kita hendak isu-isu yang sengaja BN cipta, segala tohmahan BN akan kita jawab. Kita dampingi juga mereka, orang orang dewasa dan orang muda kita akan dampingi dengan cara tersendiri. Program ramah mesra bertemu dengan pengundi akan kita lakukan.

Apakah isu yang dijangkakan akan diputar oleh BN?

Isu yang mainkan oleh media hari ini, itulah isu yang Umno gunakan. Antaranya Dato' Seri Mohamad Nizar sebagai Menteri Besar boneka, beri tanah kepada orang Cina, Nizar derhaka dengan raja kerana menyembah derhaka, BN akan memainkan isu perkauman. Jika isu perkauman dimainkan di kawasan ini, kita akan buat aduan polis.

PAS tidak ada masalah untuk berhadapan dengan orang bukan Melayu, tetapi PAS mungkin menghadapi masalah dengan orang Melayu?

Pengundi bukan Melayu, khususnya kaum Cina dan India, mereka boleh menerima perubahan. Surat khabar Cina memberikan laporan yang tepat dan betul. Mereka mendapat maklumat yang betul sedangkan surat khabar yang berbahasa Melayu tidak memberikan gambaran sebenar apa yang telah Kerajaan Pakatan Rakyat buat.
Ini menyebabkan orang Melayu tidak mendapat penerangan yang jelas. Kita akan pergi menemui golongan akar umbi untuk memberikan penerangan yang jelas dan betul. Kita akan sebarkan risalah dan bahan-bahan bercetak untuk menjelaskan apa juga isu yang dibangkitkan oleh BN. Orang Cina tidak perlu macam itu, surat khabar mereka sudah memberikan liputan berita yang benar. Orang Cina tidak mudah termakan fitnah.

Ada kemungkinan BN menggunakan samseng dalam pilihan raya kecil ini sebagaimana peristiwa yang berlaku pada 3 Mac lalu, kumpulan samseng telah membuat provokasi dan menghalang Adun-Adun untuk masuk ke Bangunan Perak Darul Ridzuan...

Kita tidak menolak peranan samseng akan digunakan oleh BN dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang. Bagi BN ia boleh dilakukan. BN akan gunakan apa sahaja untuk memang. Kumpulan samseng ini akan digunakan untuk mengugut, menakut-nakutkan pengundi.
Mereka akan membuat provokasi dengan harapan kita akan membuat tindakan balas menyebabkan berlakunya pergaduhan, memungkinan berlakunya rusuhan antara orang Melayu dengan kaum Cina. BN kemudiannya akan mempersalahkan Pakatan Rakyat. Televisyen dan media massa pro-BN akan memaparkan kejadian tersebut dan meletakkan kesalahan kepada Pakatan Rakyat. Ini yang BN mahu lihat. Kita harap penyokong kita tidak mudah melatah.

Setiap kali pilihan raya, isu pengundi hantu ditimbulkan. Bagaimana di sini?

Pengundi hantu ini beberapa sebab ia berlaku. Antaranya pengundi itu tidak berdaftar tetapi menggunakan daftar pengundi orang lain ataupun pengundi yang menggunakan kad pengenalan orang lain.
Ada jawatankuasa yang mengkaji mengenai pengundi yaang sebenar berdasarkan senarai pengundi yang telah dikeluarkan oleh SPR. Sekiranya ada pengundi yang dicurigai yang tidak ada dalam senarai daftar mengundi, kita akan buat bantahan. Kemungkinan terdapatnya pihak tertentu yang akan mengutip kad pengenalan daripada pengundi untuk disimpan, selepas pilihan raya kecil nanti akan diberikan balik kepada mereka. Kad pengenalan inilah yang akan digunakan untuk orang tertentu mengundi pada hari pengundian.

Apa uniknya pilihan raya kecil Bukit Bantang berbanding dengan pilihan raya kecil yang lain?

Pertama, pilihan raya kecil ini diadakan apabila YB Roslan Shaharom meninggal dunia pada saat kita sedang berkrisis. Kerana itu pilihan raya kecil berbeza dengan Permatang Pauh. Permatang Pauh diadakan apabila (Presiden KeADILan) Wan Azizah (Wan Ismail) letak jawatan. Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu diadakan apabila wakil rakyat daripada BN meninggal dunia.
Di Bukit Selambau, penyandangnya letak jawatan. Itu biasa. Tetapi berlainan di Bukit Gantang, pilihan raya kecil ini diadakan daklam suasana kita sedang berkrisis. Berlaku krisis dalam tempoh kurang dua minggu Allahyarham Roslan meninggal dunia. Inilah uniknya pilihan raya kecil Bukit Gantang.

Pada pendapat Saudara, adakah Bukit Gantang penting untuk kedua-dua kumpulan, Pakatan Rakyat dan BN?

Saya menjangkakan pilihan raya kecil ini akan lebih hebat. Masing-masing akan menguji pengaruh, apakan pengaruh BN lebih kuat atau Pekatan Rakyat, pengaruh Dato' Seri Nizar ke yang kuat atau pengaruh Najib (Razak).
Sehingga ada yang buat andaian antara Dato' Seri Nizar dengan Istana. Jika calon Pakatan Rakyat bermakna rakyat bersama Dato' Seri Nizar. Ini bukan sembarangan pilihan raya. Pilihan raya ini menguji Pakatan Rakyat.

Apakan pilihan raya kecil ini PAS mampu meraih kemenangan yang besar?

Kita yakin calon PAS mampu menewaskan calon BN. Dari segi majoriti bergantung kepada keadaan. Dalam suasana pilihan raya kecil ini BN dan partinya, akan menggunakan segala kekuatan termasuk menggunakan jentera kerajaan, radio untuk berkempen bagi memenangkannya.

Himpunan Rakyat Menangkan "2 Bukit" di Markaz PAS Taman Melewar, 24 Mac ini!



NAIB Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Angkatan Muda KeAdilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin akan bersama warga kota Kuala Lumpur berhimpun menyatakan sokongan padu memenangkan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang dan Dun Bukit Selambau di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Selasa 24 Mac ini, 9 malam.

Demikian dimaklumkan oleh Setiausaha PAS Kawasan Batu, Haji Ismail Yahya kepada media semalam. Katanya, program anjuran PAS Batu itu bertujuan untuk mengembelingkan petugas pilhan raya disamping mengutip derma bagi membiayai operasi gerekerja pilihan raya di "Dua Bukit".

Beliau berkata, "Himpunan Rakyat Menangkan 2 Bukit" dianjurkan sebagai simbolik kepada bantahan kuat rakyat terhadap BN di negara ini. Selain isu-isu kemelut Perak yang belum tamat, kempen kuat AMK "Katakan Tidak Kepada Najib" dan desakan agar Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam dan perasuah Umno yang lain diambil tindakan tegas oleh SPRM.

Penyajak tersohor, Dinsman akan mendeklamasikan sajak sinis terhadap PPSMI dan PM yang akan undur, Abdullah Ahmad Badawi. Orang ramai dijemput hadir.

Hantar signal tidak iktiraf “politik pintu belakang” yang menaikkan Dr Zambry sebagai MB BN di Bukit Gantang


MALAM ini Presiden PAS akan mengumumkan calon PAS yang akan bertanding menentang calon Umno-BN dalam pilihan raya kecil parlimen Bukit Gantang, beritahu Roslan SMS dalam blognya.

BN telah pun mengumumkan nama calonnya. Penamaan calon dijadualkan pada hari Ahad 29 Mac ini. Dan pertarungan di Bukit Gantang nanti dikira sengit. Apa pun PAS perlu menang PRK ini. Suasana di Perak hari ini sebagaimana kita semua tahu adalah tegang.

Walaupun kehidupan rakyat berjalan seperti biasa namun kemelut perlembagaan dan politik masih berligar dan menghantui hati dan perasaan semua rakyat. Kini ada dua MB di Perak, dan rakyat terus tertanya-tanya. Tuntutan agar diserahkan kembali mandat kepada rakyat untuk membuat keputusan setakat ini tidak diendahkan.

Tiba-tiba Allah swt mentakdirkan berlaku satu pilihan raya kecil juga. Bukan kerana ada wakil rakyat melompat tetapi kerana wakil rakyat meninggal dunia, lalu terpaksa sama ada suka atau tidak diadakan juga satu PRK. Apa “significant” PRK ini? Dari segi politiknya, sekurang-kurangnya rakyat Perak diberi peluang untuk menyuarakan isi hati mereka.

Mereka mahu dewan negeri dibubarkan agar mereka boleh memutuskan siapa yang mereka mahu memimpin negeri ini, tetapi permintaan itu tidak dilayan, kini PRK ini membuka peluang bagi mereka merakamkan suara hati itu.

Jika BN kalah juga sebagaimana mereka kalah berturut-turut dari Permatang Pauh sehingga ke Kuala Terengganu bermakna, mereka sudah tidak ada harapan untuk pergi lebih jauh lagi. Dan di Bukit Gantang jika ini berlaku, mesejnya rakyat tidak mengiktiraf “politik pintu belakang” yang menaikkan Dr Zambry sebagai MB BN.

Kerana itu penting bagi PAS , seluruh pimpinan pendukung dan penyokongnya memberikan tumpuan dan bekerja bersungguh-sungguh sehingga dapat mempertahankan bukit bertuah ini. Biar kita menghantar isyarat yang jelas kepada pihak BN dan semua pihak lain yang berkaitan yang merestui “politik pintu belakang” di Perak ini.

Hanya rakyat di Bukit Gantang yang dapat menebus kembali kuasa dan maruah rakyat yang dinodai oleh “politik pintu belakang” yang dimaksudkan.Begitulah juga halnya di Bukit Selambau dan di Batang Ai, PKR atas nama Pakatan Rakyat perlu juga menang di sana.

Calon kita akan diumumkan malam nanti, sudah pasti ianya calon yang difikirkan oleh pimpinan sebagai yang terbaik untuk memenangkan parti.

Marilah kita semua membantu beliau untk memenangkan parti. Kalau kita boleh di Permatang Pauh dan di Kuala Terengganu, tidak ada sebab mengapa kita tidak boleh mencapai prestasi yang sama di Bukit Gantang. Ayuh kita ke sana!

MB Nizar berjaya kumpul RM42,000 hasil lelongan serpihan plak demokrasi yang dipecahkan oleh MBI







Acara lelongan lima serpihan plak demokrasi di bawah "Pokok Demokrasi" oleh Pakatan Rakyat berjaya memungut RM42,000 semalam - Foto ehsan Ajijoi


ACARA lelongan lima keping serpihan plak demokrasi yang berlangsung di bawah "Pokok Demokrasi" iaitu pokok sena di Ipoh, tidak jauh dari Bangunan Kompleks Perak darul Ridhwan telah berjaya mengutip melebihi RM42,000, semalam.
Menurut bloggers Ajijoi, bidaan dibuka kepada orang ramai yang berminat untuk membeli dan menyimpan plak demokrasi sebagai tanda kenangan. Lelongan yang dibuka untuk bidaan bermula daripada RM500 untuk satu serpihan plak tersebut telah mendapat sambutan yang di luar jangkaan.

Plak yang pertama telah dibida sebanyak RM6,800 manakala harga tertinggi diperolehi melalui plak yang kelima dengan nilai RM17,000. Hampir 200 orang telah berkumpul di bawah pokok demokrasi tersebut untuk menyertai lelongan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat.

Kehadiran Menteri Besar Dato Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menyerikan lagi acara lelongan tersebut. Nizar lapor Ajijoi, menyatakan di dalam ucapan ringkasnya bahawa demokrasi perlu sentiasa ditegakkan seluruh rakyat Perak.

Acara lelongan plak diadakan bagi mengutip sejumlah wang untuk mendirikan sebuah plak demokrasi yang lebih besar dan teguh dibawah pokok sena setelah pihak yang tidak bertanggungjawab memecahkan plak tersebut dan seterusnya diruntuhkan sepenuhnya oleh MBI.

PAS Perak mohon gunakan tempat yang sama digunakan Najib sewaktu umumkan calon BN

Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang akan mengumumkan nama calon PAS Parlimen Bukit Gantang malam ini.


CALON PAS yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang akan diisytiharkan dalam satu majlis Ceramah Besar-besaran yang akan diadakan pada 23hb Mac 2009 ini. Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang akan membuat perisytiharan tersebut, kata Ketua Penerangan PAS Perak, Misbahul Munir Masduki pada blognya.

PAS Perak akan memohon menggunakan tempat yang sama digunakan oleh Datuk Najib sewaktu mengumumkan calon BN. Tempat tersebut adalah premis awam, kalau calon BN boleh diumumkan di situ, tidak ada sebab calon PAS tidak boleh diumumkan di tempat yang sama.

Kelmarin, ceramah Datuk Seri Anwar bersama Dato' Seri Nizar diharamkan menggunakan kawasan yang telah disewa oleh PAS di Simpang bagi tujuan majlis-majlis ceramah sempena kempen pilihanraya Bk. Gantang.

Permohonan permit telah tidak diluluskan oleh IPD Taiping. Ceramah terpaksa dipindahkan ke Markaz PAS, Bukit Cempedak. Walau bagaimanapun perpindahan tempat tidak menjejaskan kehadiran orang ramai. Sementara itu, ratusan FRU dan pihak polis telah mengepong dan membuat sekatan jalanraya bagi menghalang ceramah tersebut diadakan di Simpang.

Mari "ajar" pemimpin BN yang "kurang ajar" di Bukit Gantang!


TINDAK-TANDUK BN semakin 'kurang ajar' apabila merampas kuasa di negeri Perak secara tidak bertamadun menyebabkan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak yang sah melalui pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac lalu digulingkan dengan tidak beradap dan biadap.

"Oleh kerana BN 'kurang ajar', mari kita 'ajar' BN di Bukit Gantang, pengundi di kawasan ini tanpa mengira bangsa wajar 'mengajar' BN yang 'kurang ajar' merampas kuasa rakyat di negeri ini," kata Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusuf Rawa.

BN katanya, telah 'merompak' kuasa rakyat pada 5 Februari lalu dengan menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat secara tidak bermoral, kerana itu pengundi pengundi di kawasan ini wajar menolak parti yang merompak kuasa rakyat.

"Kita tidak mahu terima calon daripada parti perompak di bumi Bukit Gantang," jelasnya.

PAS katanya membela semua bangsa tidak kira India, Cina, Sikh dan kaum lain, kerana itu PAS bersama parti-parti komponen Pakatan Rakyat akan berlaku adil kepada semua kaum.

Sementara itu Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pusat, Hu Pang Chaw mengingatkan kaum Cina dan India agar terus bersatu bersama orang Melayu dalam PAS dan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) agar mereka tidak mudah diperkotak-katikkan oleh MCA dan MIC.

"BN suka melihat India, Cina dan Melayu tidak bersatu, mereka mahu menghancurkan Pakatan Rakyat, kerana itu kaum Cina dan India jangan mudah terpedaya dengan dakyah BN," ujar beliau.

Beliau menyeru seluruh pengundi Cina dan India bersatu memberi undi kepada calon PAS bagi menyingkirkan Umno-BN dari Bukit Gantang.

Pada majlis itu juga Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin merasmikan Pelancaran Gerak Kerja Kelab Penyokong PAS di Parlimen Bukit Gantang, sekali gus menyuntik semangat ahli kelab penyokong PAS di negeri ini untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh bagi mempastikan calon PAs memenangi kerusi Parlimen tersebut pada 7 April nanti.

Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang memberikan ucapan pada majlis itu, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Negeri Perak, Zainudin Yusoff; Pengerusi Kelab Penbyokong India Pusat, Balasubramaniam dan Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang.

Balasubranamium, meminta pengundi India di Bukit Gantang tidak memberi undi kepada BN, sebaliknya menyokong calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat.

Mohamad Sabu, Nizar Jamaluddin dan Ustaz Idris Ahmad antara nama popular, sebagai calon Parlimen Bukit Gantang!

MB Perak, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin seorang yang berani, tegas dan lantang

Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu seorang tokoh vokal dan berkarismatik

AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (kiri) anak tempatan, masih muda bertenaga, pernah bertanding pada PRK Changkat Jering sebelum ini

PERSITIHARAN calon akan dibuat pada 23 Mac ini oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dijangka di Dataran Pakatan Rakyat Jalan Changkat Jering-Simpang.

Sementara itu Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat akan berlangsung pada 23 Mac, hari ini jam 2.30 petang di Markas Tarbiyyah PAS Air Kuning, Taiping untuk membuat pemilihan terakhir calon PAS bagi Parlimen Bukit Gantang, yang akan dipengerusi Tuan Guru Abdul Hadi.

Antara nama-nama yang disebut bakal menjadi calon Parlimen Bukit Gantang termasuklah Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan seorang anak tempatan yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Idris sebelum ini pernah bertanding pada pilihan raya kecil Changkat Jering menentang calon BN tetapi tewas. Malah, dikatakan nama MB Perak, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamalauddin juga turut diselitkan pada saat-saat akhir.

Siapapun yang bakal dipilih, mesyuarat Jawatan Kuasa PAS Pusat petang ini akan menentukannya dan pada sebelah malam, nama pemegang amanah parti itu akan diumumkan oleh Presiden PAS.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa menggesa seluruh petugas pilihan raya bagi Parlimen Bukit Gantang agar meningkatkan gerak kerja dari masa ke semasa sehingga hari hari pengundian 7 April, kerana itu para petugas jangan sesekali merasa terlalu yakin dengan kemenangan yang akan dicapai.

"Tugas dan tanggungjawab seluruh petugas mesti berjalan terus, segala gerak kerja dan arahan mesti dipatuhi, bukan mudah untuk mencapai kemenangan kerana BN akan menggunakan segala usaha dan tipu daya untuk memerangkap kita," katanya.

Beliau berkata demikian dalam pertemuan dengan para petugas pilihan raya PAS Bukit Gantang di Markas PAS Negeri Air Kuning, 17 Mac lalu.

Beliau mengingatkan seluruh petugas petugas agar mematuhi segala arahan, bekerja sebagai sebuah pasukan dan jangan mudah putus asa mahupun terlalu yakin dengan kemenangan, yang penting segala gerak kerja mesti dijalankan mengikut perancangan dan arahan, di samping itu jangan lupa penggantungan dengan Allah wajar sama sekali.

Beliau meminta seluruh petugas, ahli dan penyokong penyokong meletakkan keyakinan terhadap Allah, menunaikan solat hajat dan berdoa agar calon Pakatan Rakyat berjaya dalam pilihan raya kecil di Bukit Gantang.

Pengundi Bukit Gantang diingatkan jangan pilih calon "Parti Perompak" 7 April depan




HARI pengundian 7 April ini menuntut rakyat khususnya pengundi di Parlimen Bukit Gantang menjadi 'hakim' dalam menentukan siapah yang layak menjadi wakil rakyat kawasan itu.

Pengundi yang bijak pastinya tidak akan memilih 'parti perompak' untuk diadikan wakil rakyat kerana BN melalui Pengerusi Perhubungan Umno Perak telah 'merompak kuasa rakyat' di negeri ini menyebabkan Kerajaan Pakatan Rakyat tumbang secara tidak bertamadun, demikian pesanan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang ketika berucap di majlis Pelancaran Gerak Kerja Pilihan Raya Kelab Penyokong PAS di sini 15 Mac lalu.

“Rakyat negara ini tidak sewajarnya lagi mempercayai dan memberi undi kepada BN yang ternyata telah bertindak zalim kepada rakyat Perak apabila Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak yang dipilih secara sah melalui prses pengundian dalam pilihanraya umum ke-12 pada 8 Mac lalu telah dirampas haknya oleh BN yang rakus dan gilakan kuasa, katanya yang juga Naib Presiden PAS.

"Pengundi di kawasan ini sewajarnya tidak lagi memberikan undi kepada BN kerana BN ternyata telah merampas hak rakyat negeri Perak," katanya. Beliau berharap seluruh pengundi di kawasan ini bertindak bijaksana dan menghantar mesej jelas bahawa pengundi di sini sudah tidak perlukan BN lagi.

Beliau yakin pengundi pengundi di kawasan Bukit Gantang akan bersikap seperti mana pengudi di Permatang Pauh dan Kuala Terangganu yang menolak BN walaupun mereka dijanjikan dengan pelbagai ganjaran yang ternyata hanya janji manis yang tidak boleh dipercayai sama sekali.

Pada majlis itu Ustaz Ahmad awang melancarkan dana untuk mengisi tabung Kelab Penyokong PAs Negeri Perak.