Dalam menghadapi pilihan raya kecil ini, Umno dan Barisan Nasional (BN) menggunakan isu pemilihan Dato' Seri ini atas desakan DAP bukan keputusan yang dibuat oleh PAS Pusat. Apa komen Dato' Seri dalam hal ini?
DATO' SERI NIZAR: Saya rasa tidak ada benarnya dakwaan tersebut kerana kita dalam PAS, dalam soal menentukan calon Bukit Gantang ini kita memilih, menilai dan menentukan sendiri siapa yang mahu dipilih. Memang ada kita minta pandangan dari rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat tapi akhirnya kita sendiri akan menentukan siapa yang layak.
Dalam PAS kita ada Majlis Syura dan Jawatankuasa PAS Pusat untuk membuat penilaian dan seterusnya memilih calon yang sesuai dalam mana-mana pilihan raya sama ada pilihan raya kecil atau pilihan raya umum. Malah Dato' Seri Presiden juga meminta pandangan dari pimpinan PAS yang lain serta tidak membuat keputusan sendiri.
Jadi jelas bahawa dalam PAS ini kita mementingkan permuafakatan dalam membuat sesuatu keputusan. Permuafakatan ini bukan hanya dalam parti tetapi juga dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. Sebab itu kita meminta pandangan dari DAP dan juga KeADILan.
Jadi saya rasa dakwaan mengatakan DAP yang menentukan pemilihan saya untuk menjadi calon Bukit Gantang ini tidak betul dan pada saya itu merupakan salah satu cara atau strategi Umno-BN untuk mengaburi mata rakyat.
Pada pendapat Dato' Seri kenapa PAS memilih Dato' Seri untuk bertanding dalam pilihan raya kecil ini?
Saya rasa ini menunjukkan sikap keterbukaan PAS. Pemilihan saya ini menunjukkan bahawa PAS tidak mengamalkan politik kedaerahan. Ini juga menunjukkan perbezaan antara PAS atau Pakatan Rakyat berbanding parti lawan dalam memilih calon.
Kita tidak hanya mementingkan anak tempatan untuk di ketengahkan sebagai calon dalam mana-mana pilihan raya sebaliknya kita membuka ruang kepada calon-calon luar yang dirasakan layak untuk bertanding. Ini bukan bermaksud calon tempatan tidak layak atau tidak mempunyai pengaruh tetapi dalam PAS atau Pakatan Rakyat tidak mengamalkan politik kedaerahan iaitu politik lama yang masih diamalkan oleh pihak lain.
PAS mahupun Pakatan Rakyat sudah meninggalkan amalan politik lama ini bukan hanya dari segi pemilihan calon malah dalam menengahkan isu untuk berkempen juga kita tidak mengamalkan politik lama.
Pemilihan saya ini juga dibuat kerana pengundi-pengundi Bukit Gantang tidak menitik beratkan soal calon tempatan atau calon luar. Apa yang lebih penting bagi pengundi di Bukit Gantang ini ialah kemampuan calon itu membawa suara mereka di Dewan Rakyat atau di Dewan Undangan Negeri.
Adakah Dato' Seri merasakan isu calon luar akan mempengaruhi pengundi di Bukit Gantang?
Saya rasa kalau pun ada kesan ianya hanya kecil kepada segelintir pengundi Melayu yang masih lagi terikat dengan politik lama yang dibawa oleh Umno-BN. Bagi kaum-kaum lain seperti Cina atau India, soal calon luar ini tidak menjadi masalah kepada mereka kerana apa yang penting bagi mereka calon itu mampu melaksanakan amanah yang telah mereka beri.
Saya sebagai calon untuk Parlimen Bukit Gantang ini telah diberikan maklumat tentang apa masalah setempat atau masalah tempatan jadi tidak menjadi satu masalah bagi saya sekiranya terpilih untuk membela nasib penduduk Bukit Gantang biarpun saya bukan anak tempatan.
Dengan maklumat yang diberikan ini, mana-mana calon yang bukan anak tempatan dapat mengetahui apa masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan ini dan ingin saya tekan bahawa isu calon luar ini merupakan satu permainan politik cara lama yang masih menjadi pegangan Umno-BN.
Tapi jentera BN akan memanaskan isu ini...
Saya menyeru kepada pengundi-pengundi Bukit Gantang agar tidak terpengaruh dengan isu ini sebaliknya lebih melihat ke hadapan dan menerima politik baru yang di bawa oleh PAS dan Pakatan Rakyat.
Saya yakin dan percaya pengundi-pengundi di Bukit Gantang ini tidak kira Melayu, Cina atau India sudah bijak dan matang untuk menilai calon pilihan mereka. Saya juga yakin dan percaya mereka tidak mudah dipengaruhi oleh isu-isu seperti calon luar ini.
Pengundi-pengundi di Bukit Gantang sudah banyak mendapat maklumat dari sumber-sumber alternatif apa yang berlaku dan politik lama yang dibawa oleh Umno-BN ini akan ditolak oleh rakyat Bukit Gantang.
Apakah Dato' Seri sudah menjangka akan dipilih mewakili PAS dalam pilihan raya kecil ini?
Saya tak menjangka sama sekali. Pertamanya kerana kemelut politik di Perak saya terlibat secara langsung dan memerlukan saya menumpukan sepenuh perhatian untuk berhadapan dengan krisis ini jadi saya langsung tak menyangka saya akan dipilih bertanding dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang ini.
Kedua, dalam menghadapi krisis politik di Perak ini ia memerlukan masa dan tenaga yang banyak untuk digunakan kerana ia melibatkan isu undang-undang dan berbagai lagi. Untuk itu saya langsung tidak menduga akan dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang ini.
Saya merasakan tentunya PAS Pusat akan membiarkan saya menyelesaikan dan menumpukan perhatian kepada kemelut politik di Perak berbanding menyerahkan tugas untuk bertanding dalam pilihan raya kecil ini.
Saya juga menyangka calon yang baru akan dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya kecil ini dan kes politik Perak pula sudah sampai ke peringkat Mahkamah Persekutuan jadi saya rasa tentulah saya akan ditugaskan untuk menyelesaikan kes ini terlebih dahulu.
Dato' Seri ada dalam mesyuarat itu? Atau berada di mana?
Sewaktu pemilihan calon ini hendak dibuat, saya berada di Putrajaya menghadapi kes politik Perak di mahkamah. Pimpinan PAS Pusat mengarahkan agar saya pulang segera ke Bukit Gantang untuk turut sama bermesyuarat bagi menentukan calon yang bakal dipilih. Saya difahamkan waktu itu ada dua calon yang sudah disenarai pendekkan. Dan saya tahu kerana saya juga AJK PAS Pusat nama saya tidak ada. Namun kerana kes di mahkamah itu memakan masa yang lama, saya tidak sempat menghadapi mesyuarat tersebut.
Selesai kes di mahkamah, saya terus ke Bukit Gantang dan waktu itu mesyuarat sudah pun selesai. Saya diberitahu, dua calon yang disenaraikan itu tidak dipilih sebaliknya nama saya dicadangkan dan kemudiannya dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang.
Apa reaksi Dato' Seri?
Sudah tentunya saya terkejut dengan pemilihan tersebut namun saya menerima amanah ini dengan hati terbuka dan mengucap terima kasih kepada PAS Pusat kerana memberi kepercayaan terhadap saya untuk bertanding.
Umno-BN juga memainkan isu Dato' Seri yang dikelilingi begitu ramai Exco bukan Melayu dan mereka memberikan gambaran Dato' Seri lebih mengutamakan wakil rakyat bukan Melayu. Apa komen Dato' Seri?
Itu semua hanyalah persepsi dan kita tidak dapat untuk menyembunyikan persepsi ini. Saya tidak nafikan barisan Exco saya lebih ramai bukan Melayu kerana wakil rakyat DAP lebih ramai. Ketika itu cuma ada tiga orang Exco Melayu namun dua orang Exco iaitu Jamaluddin Mohd Radzi dan Osman Jailu selepas dilantik terus menghilangkan diri dan yang tinggal hanyalah YB Zainudin Mohd Yusuf.
Bila dua orang tersebut menghilangkan diri setiap kali diadakan mesyuarat Exco dan sidang media sudah tentu yang tinggal itu lebih ramai Exco bukan Melayu. Apa lah daya saya untuk menutup perkara tersebut kerana memang hakikatnya Exco bukan Melayu lebih ramai disebabkan DAP mempunyai lebih ramai wakil rakyat berbanding PAS dan KeADILan.
Tidakkah ini telah menjadi isu besar yang ditiupkan BN di Perak ini?
Perkara ini sebenarnya bukanlah satu isu besar di kalangan rakyat tetapi hanya Umno-BN menjadikannya isu besar seolah-olah saya ini lebih mementingkan bukan Melayu untuk berbanding orang Melayu.
Namun ingin saya tegaskan biarpun lebih ramai Exco bukan Melayu tidak bermakna saya hanya menjadi boneka kerana banyak keputusan yang dibuat sepanjang saya menjadi Menteri Besar yang berpihak kepada kepentingan orang Melayu.
Dan keputusan ini juga mendapat sokongan penuh barisan Exco yang terdiri dari kalangan bukan Melayu. Saya pernah meminta mereka mengemukakan apa bentuk arahan yang dikeluarkan oleh DAP untuk saya laksanakan jika benar dakwaan mereka bahawa saya ini boneka DAP tetapi mereka tidak mengemukakan kerana apa yang mereka cakapkan itu satu tohmahan atau tuduhan jahat semata-mata untuk memburuk-burukkan pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak.
Apa yang BN terlalu irihati dengan Dato' Seri atau Pakatan Rakyat?
Kerana kerjasama erat PAS, DAP dan KeADILan yang sukar untuk mereka gugat, maka mereka memainkan isu ini untuk merosakkan nama baik Pakatan Rakyat. Umno-BN juga amat takut bila PAS dan DAP, dua buah parti yang sebelum ini dilihat sukar untuk bekerjasama tetapi kini boleh membentuk satu pakatan bersama KeADILan dan dapat memerintah dan mentadbir negeri jauh lebih baik dari Umno-BN dan diterima oleh rakyat.
Saya yakin dan percaya politik lama ini, politik perkauman yang dibawa oleh Umno-BN ini tidak akan memberi kesan dalam pilihan raya kecil ini sebaliknya ia mungkin akan memberi kesan negatif kepada mereka. Pengundi-pengundi di Bukit Gantang ini matang dan bijak dalam menilai isu ini.
Apakah isu derhaka dan pemberian hak milik kekal tanah kepada orang Cina akan memberi kesan kepada Pakatan Rakyat?
Saya rasa isu-isu ini tidak memberi kesan di Bukit Gantang ini. Isu derhaka itu pada peringkat awal ia digembar-gemburkan. Saya tidak nafikan sedikit sebanyak memberi kesan kepada rakyat namun selepas diberi penerangan dan penjelasan, alhamdulillah rakyat sudah dapat memahami apa yang berlaku sebenarnya.
Rakyat juga lebih tahu siapa yang derhaka kepada Raja berbanding Pakatan Rakyat. Di Perak ini sendiri sudah ada kes di mana Umno yang menderhaka kepada Raja iaitu kes melibatkan Sultan Idris Shah dan Tan Sri Ghazali Jawi suatu masa dahulu.
Mereka juga tahu banyak lagi kes yang membuktikan Umno yang menderhaka kepada Raja dan yang menyebabkan penderhakaan terhadap Raja itu kerana Umno yang melakukan atau menyebabkan perkara ini berlaku.
Isu tanah yang diputarbelitkan BN selama ini, macam mana di Bukit Gantang ini?
Untuk isu pemberian tanah pula, ia dijadikan isu kerana Umno-BN tidak dapat menerima hakikat Pakatan Rakyat dapat melaksanakan janji-janji yang telah kami buat. Berbeza dengan mereka yang sering menabur janji tetapi tidak melaksanakannya. Mereka juga merasa tergugat bila kita dapat memberikan hak milik kekal kepada kaum Cina sedangkan mereka tidak dapat melakukannya.
Mereka sebenarnya tahu kita memberikan hak milik kekal tanah kepada lebih ramai orang Melayu berbanding orang Cina tetapi mereka memutar belitkan fakta ini. Mereka sebenarnya terperangkap dengan apa yang mereka lakukan kerana telah banyak tanah orang Melayu yang mereka berikan kepada seorang tauke Cina berbanding kita yang memberikan kepada ramai kaum Cina dan kita tidak melupakan orang Melayu.
Apa sebenarnya yang Dato' Seri lakukan?
DAP bersetuju bila saya katakan orang Cina perlu terima banyak ini (tanah) dan orang Melayu banyak ini. Ini yang menakutkan Umno-BN bila kita menjadi sebuah kerajaan yang telus dan berintegriti serta diterima rakyat.
Bagaimana dengan isu-isu tempatan. Apakah ia dapat membantu Pakatan Rakyat?
Banyak isu-isu tempatan yang boleh kita gunakan dalam kempen bagi memastikan kerusi parlimen Bukit Gantang ini terus kekal ditangan PAS. Contohnya isu kemiskinan iaitu jurang pendapatan yang begitu besar antara kaum.
Perkara ini, rakyat dapat menilai sepanjang pentadbiran Pakatan Rakyat selama 11 bulan di mana banyak perkara dapat diselesaikan yang tidak berpihak kepada mana-mana kaum.
Maksud saya disini, banyak perkara yang sebelum ini tidak dapat dirasai oleh sesetengah kaum dapat dirasai ketika pemerintahan Pakatan Rakyat. Baik Melayu, Cina dan India mereka dapat mengecap nikmat sepanjang pemerintahan Pakatan Rakyat dan ini tidak berlaku ketika Umno-BN memerintah.
Dari segi hubungan antara kaum, macam mana pula?
Hubungan antara kaum juga bertambah baik ketika kami memerintah dan situasi seperti ini tidak berlaku ketika Umno-Bn memerintah. Jadi isu tempatan ini bukan satu masalah besar kepada kita kerana rakyat lebih bijak menilai siapa yang mampu membantu rakyat dan siapa yang menipu rakyat.
Adakah isu rasuah, penyalagunaan kuasa dan pembaziran boleh memberi kesan kepada pengundi Melayu?
Isu rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pembaziran yang dilakukan oleh Umno-BN ini lebih mendapat perhatian pengundi-pengundi bukan Melayu di Bukit Gantang ini manakala bagi orang Melayu pula isu tempatan seperti kemiskinan dan setingga lebih diutamakan.
Tetapi kesan daripada pemilihan Umno yang lalu, saya tidak nafikan orang Melayu juga sudah dapat menilai apa perubahan yang digembar-gemburkan oleh Umno-BN. Mereka dapat menilai sendiri pemilihan tersebut. Media-media arus perdana yang pro kerajaan yang mendedahkan siapa yang terlibat dengan rasuah dalam pemilihan Umno baru-baru ini tetapi terus dipilih.
Maka ini telah menyedarkan pengundi-pengundi Melayu. Secara tidak langsung isu nasional seperti rasuah, pembaziran dan salahguna kuasa sekarang ini sudah dinilai oleh orang Melayu apatah lagi orang bukan Melayu. Selepas pemilihan Umno, secara tidak langsung kami dibantu untuk melancarkan lagi kempen kerana apa yang berlaku ketika pemilihan Umno baru-baru ini telah memberikan kesan kepada pengundi Melayu di Bukit Gantang.
Ketika penamaan calon baru-baru ini begitu ramai penyokong-penyokong yang turut hadir memberi sokongan. Bagaimana Dato' Seri melihat situasi ini?
Ya. saya melihat suasana ketika penamaan calon itu merupakan manifestasi kepada pembubaran Dun Perak. Ini juga merupakan cerminan sokongan kepada Pakatan Rakyat. Saya rasa tidak pernah berlaku dalam pilihan raya kecil, muncul begitu ramai rakyat mengiringi kami dan ini merupakan satu petanda baik kepada Pakatan Rakyat.
Apa yang berlaku juga merupakan satu signal rakyat yang mahukan politik baru dan menolak politik lama yang rasuah, zalim, perkauman dan rakus. Pilihan raya kecil Bukit Gantang ini menjadi satu tanda bahawa rakyat sudah muak dengan apa yang dilakukan oleh Umno-BN selama ini. Mereka menunjukkan bahawa mereka mahukan sebuah kerajaan yang bersih, telus, tidak rasuah dan berintigriti.
Adakah isu PAS menjadi boneka DAP dan derhaka akan memberi kesan kepada pengundi di Bukit Gantang?
Saya tidak nafikan jika isu boneka dan derhaka itu tidak kita tangani dengan baik ia akan memberi kesan kepada kita tetapi kerana perkara ini sudah diberikan penerangan maka perkara itu saya rasa kalau ada pun memberi kesan hanyalah kesan yang kecil.
Tapi ingin saya tegaskan kalau mereka teruskan dengan isu ini, mereka akan menghadapi masalah dengan pengundi-pengundi bukan Melayu dan di Bukit Gantang ini, pengundi bukan Melayu juga memainkan peranan yang besar. Jadi saya rasa pengundi di Bukit Gantang terutama orang Melayu lebih faham dan matang untuk membuat penilaian serta memikirkan perkara ini.
Ada sesetengah pihak berpendapat kehadiran begitu ramai penyokong Pakatan Rakyat dari kalangan bukan Melayu boleh memberi kesan kepada undi Melayu. Apakah Dato' Seri bersetuju dengan pendapat ini?
Selama 11 bulan Pakatan Rakyat memerintah di Perak, orang Melayu dapat menilai bahawa kita sentiasa berusaha memertabatkan agama Islam. Malah DAP juga menghormati usaha ini dan mereka menyokong bila kita memartabatkan sekolah agama rakyat dan mengembalikan institusi pengajian Islam.
Program-program yang berunsur Islam yang kami laksanakan mendapat sambutan dari kalangan rakyat. Pendekatan Islam yang kita bawakan jauh berbeza dengan apa yang dibawa oleh Umno-BN. Pendekatan Islam yang kita bawakan juga bukan sahaja diterima baik oleh orang Melayu tetapi juga diterima oleh bukan Melayu. Kutipan zakat ketika Umno-BN jauh lebih rendah berbanding ketika kami memerintah.
Inilah yang dicemburui oleh umno-BN kerana pendekatan kami tidak bersifat perkauman sebaliknya mereka terus dengan pendekatan politik lama yang semakin ditolak oleh rakyat.
Dato' Seri merupakan individu terawal membela bahasa Melayu bila membawa ke mahkamah isu PPSMI. Boleh Dato' Seri jelaskan.
Ya. Pada tahun 2006 saya bersama empat lagi penjaga murid-murid yang terpaksa belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) mengambil keputusan untuk membawa kes ini ke mahkamah. Kami membuat keputusan untuk membawa kes ini ke mahkamah kerana ianya jelas melanggar Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pendidikan serta Akta Bahasa Kebangsaan.
Saya bertindak demikian kerana saya tidak lihat ada pemimpin Umno yang berusaha membentengi bahasa Melayu sedangkan mereka mengatakan mereka menjaga ketuanan Melayu. Apa yang saya lakukan ini juga satu lagi bukti bahawa yang berusaha mempertahankan bahasa Melayu adalah PAS.
Bagaimana dengan sokongan golongan muda terhadap Pakatan Rakyat di Bukit Gantang ini?
Alhamdulillah saya lihat sokongan golongan muda terhadap Pakatan Rakyat semakin meningkat dan ini dapat disaksikan ketika hari penamaan calon 29 Mac lalu. Sokongan ini kami terima kerana golongan muda sudah muak dengan politik lama yang dibawa oleh Umno-BN.
Dalam pilihan raya kecil ini terdapat seorang calon bebas yang turut bertanding. Apa komen Dato' Seri mengenai calon bebas ini, apakah ia boleh memberi kesan ke atas sokongan orang Melayu terhadap Dato' Seri dan Pakatan Rakyat?
Calon bebas ini saya rasa merupakan usaha pihak-pihak tertentu untuk memecahkan undi orang Melayu. Namun sekali lagi ingin saya tegaskan saya yakin dan percaya pengundi di Bukit Gantang ini cukup matang dan bijak untuk membuat penilaian.
Apa nasihat Dato' Seri kepada pengundi Bukit Gantang?
Nasihat saya kepada pengundi Bukit Gantang agar melihat pilihan raya kecil ini sebagai satu referendum. Seluruh rakyat Malaysia berharap agar penolakan terhadap ketidakadilan dan pentadbiran korup yang selama ini memerintah Malaysia. Rakyat Malaysia berharap agar pengundi Bukit Gantang memberikan mesej ini kepada pemimpin Umno-BN.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan