KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, April 06, 2009

Muhyiddin cukup takut dan gentar kalau rakyat jadikan pilihan raya "pungutan suara"



PAS Wilayah Persekutuan berasa hairan mengapa Timbalan Presiden Umno yang baru, Tan Sri Muhyiddin Yassin takut untuk menjadikan pilihan raya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai sebagai "pungutan suara" rakyat terhadap kepimpinan baru Umno dan BN.

Tegas Timbalan Pesuruhjayanya, Mohd Nazir Zakaria, kenyataan Muhyiddin meminta rakyat tidak menjadikan tiga pilihan raya kecil pada 7 April ini sebagai satu "pungutan suara" penerimaan rakyat terhadap kepimpinan baru Umno dan BN oleh Datuk Seri Najib Tun Razak adalah bukti dari dalam bahawa mereka sebenarnya tahu rakyat tidak bersama BN lagi.

Nazir berkata, perubahan yang dilakukan oleh Umno terhadap anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan jawatan utama pada perhimpunan parti itu Mac lalu, sebenarnya sudah terlambat kerana arus deras kebangkitan rakyat untuk menurunkan BN kian kencang.

"Ini sebenarnya "pungutan suara" rakyat terhadap BN. Rakyat benar-benar marah dengan tindakan keras pemimpin Umno mengekalkan PPSMI. Tak hormat dengan cerdik pandai. Tembak mereka dengan gas pemedih mata, walhal usaha mereka ke istana itu unurk kepentingan anak bangsa.

"Rakyat juga cukup sakit hati dengan "rampasan kuasa" BN menjatuhkan Kerajaan Perak pimpinan Pakatan Rakyat secara tidak bermaruah. Mereka (BN) "beli" tiga Adun Pakatan Rakyat, SPRM duduk diam. Rakyat patut marah ini!" tegas beliau ketika dihubungi.

Sebelum ini, Bernama melaporkan Muhyiddin berkata sememangnya pilihan raya kecil ini mempunyai signifikasi kerana secara kebetulannya proses peralihan kepimpinan dan kuasa itu berlaku ketika tiga pilihan raya kecil, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah dan Batang Ai, Sarawak serta Parlimen Bukit Gantang, Perak diadakan.

"Saya nak ingatkan ini bukan pungutan suara kepada kepimpinan Najib (Datuk Seri), ini pilihan raya kecil," kata Muhyiddin kepada pemberita selepas mendengar taklimat jentera pilihan raya BN di Bilik Gerakan BN Merbok baru-baru ini.

Tiada ulasan: