KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, April 06, 2009

PAS Wilayah sifatkan ketokohan Nizar mampu tarik undi bukan Melayu


PAKATAN Rakyat yakin akan dapat membolot undi masyarakat Cina dan India di Bukit Gantang ekoran kemarahan mereka terhadap sikap dayus pemimpin BN yang terpaksa menjatuhkan Kerajaan Perak secara tidak bermoral.

Menurut Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Wilayah Persekutuan, Ishak Surin, rampasan kuasa BN itu telah meningkatkan sokongan rakyat khususnya orang-orang Cina dan India di negeri ini.

Berdasarkan fakta, seramai 14,955 pengundi Cina dan 5,526 India yang akan menjadi penentu kepada nasib calon yang bertanding pada pilihan raya kecil kawasan itu.

PAS melalui calonnya, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin telah pun berkempen sebelam hari penamaan calon dan penerimaan pengundi begitu luar biasa berbanding sambutan terhadap calon BN, Ismail Safian.

Ishak yang ditemui selepas usai penamaan calon bagi pilihan raya kecil Bukit Gantang yakin, sekalipun BN meletakkan anak tempatan di kawasan ini, namun ia tidak sedikitpun mempengaruhi minat pengundi untuk memenangkan BN.

Kempen untuk majoriti 34,884 pengundi Melayu telah lama berjalan, tetapi usaha memenangi undi Cina dan India tetap diteruskan dan sambutannya semakin kukuh sejurus pelancaran Kelab Penyokong PAS di Simpang baru-baru ini.

Daripada 38 kawasan peti undi di kawasan Parlimen itu, majoriti pengundinya ialah Melayu, kecuali di lima kawasan peti undi -- Kuala Sepetang, Jalan Mengala, Simpang Baru, Pasir Hitam Trong dan Sungai Rotan.

Pada pilihan raya kali ini, majoriti pengundi Cina ialah di Kuala Sapetang dan terdapat kira-kira 4,000 pengundi Cina, diikuti Simpang dengan kira-kira 1,000 dan Pasir Hitam serta Sungai Rotan dengan kira-kira 500 pengundi.

Kata Ishak, Nizar yang amat disenangi oleh pengundi Cina dan India di kawasan ini, merupakan seorang tokoh yang telah berjaya memecahkan tembok perkauman sempit hingga mencemaskan BN dan terpaksa menuduh calon PAS itu sebagai "alat DAP".

Sementara itu, calon BN, Ismail Safian gelisah dengan trend sokongan pengundi bukan Melayu yang menurun 30 peratus pada pilihan raya 2008.

Katanya, pada 2004, 70 peratus orang Cina menyokong BN tetapi turun pada pilihan raya lalu.

Majoriti pengundi Cina adalah dari Kuala Sapetang, Simpang Halt, kampung Port Weld, Sungai Sapetang Kechil, Pekan Port Weld dan Jalan Mangala di Kuala Sapetang. Selebihnya di Kampung Temerloh, Pasir Hitam Trong, Sungai Tinggi di Trong dan Pengkalan Aor, Simpang (Lama dan Baru), Kawasan JKR dan Larut Tin di Changkat Jering.

Pada pilihan raya umum 8 Mac, 2008, Roslan memenangi kerusi berkenaan setelah menewaskan calon BN Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi dan calon Bebas M. Mohganan dengan majoriti 1,566 undi.

Tiada ulasan: