KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, April 07, 2009

Lebih 20,000 para penyokong Pakatan Rakyat sudah berkumpul di pusat penjumlahan undi di Wisma Perbandaran Taiping sekarang!

PARA penyokong Pakatan Rakyat sedang bergerak menuju ke pusat penjumlahan undi di Wisma Perbandaran Taiping untuk menyambut peristiharan kemenangan calon PAS Bukit Gantang, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebentar lagi.

Berita kemenangan Nizar sudah tersebar dan semakin ramai penyokong Pakatan Rakyat dari pelbagai kaum meluru ke sana untuk merayakan kemenangan rakyat, dan kejayaan pengundi Bukit Gantang mengirimkan Nizar ke Parlimen.
Kini lebih 20,000 para penyokong Pakatan Rakyat sudah berkumpul di hadapan Wisma Perbandaran Taiping untuk menyambut peristiharan kemenangan Nizar. Pada masa yang sama, para penyokong entah dari mana terus beratli arus ke kawasan ini.

Sehingga kini, angka sebenar majoriti yang diperolehi Nizar belum diumumkan tetapi menurut beberapa sumber yang rapat di sana, Nizar dijangka memperolehi majoriti sekitar 3,000 undi. Dan ini membuktikan keyakinan rakyat dan tsunami politik 2008 masih marak dalam hati rakyat di negara ini sekalipun Najib menjadi orang nombor satu negara.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Woah! I'm really loving the template/theme of this website (). It's simple, yet effective.
A lot of times it's tough to get that "perfect balance" between usability and appearance. I must say you've
done a amazing job with this. In addition, the blog
loads very quick for me on Firefox. Exceptional Blog!