Pada penamaan calon 29 Mac lalu, memperlihatkan puluhan ribu penyokong Pakatan Rakyat menghantar calon PAS ke pusat penamaan calon. Apakah ini petanda positif kepada Pakatan Rakyat?
USTAZ AHMAD AWANG: Sokongan itu menunjukkan satu petanda amat baik kepada Pakatan Rakyat. Semua pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat hadir antaranya Lim Kit Siang, Mustapha Kamil Ayub dan Karpal Singh. Kehadiran para penyokong memberikan semangat dan rangsangan. Jelas bahawa persepsi rakyat memang hendakkan perubahan. Berbanding dengan penyokong BN kononnya didakwa 20,000 hakikatnya apa yang kita lihat hanya 5,000 sahaja sedangkan penyokong Pakatan Rakyat berganda-ganda.
Apabila calon Pakatan Rakyat diumumkan media arus perdana khususnya berbahasa Cina berminat untuk membuat liputan kami, ini jelas lagi menunjukkan suasana penamaan calon itu memberi gambaran bahawa rakyat menyokong Pakatan Rakyat. Calon PAS iaitu Dato' Seri Mohd Nizar sendiri sudah dikenali ramai menujukkan Pakatan Rakyat 'lead'. Tetapi kita tidak leka.
Bagaimana dengan jentera pilihan raya Pakatan Rakyat sehingga hari ini dan setakat mana sokongan dari petugas-petugas parti di peringkat negeri?
Setakat ini walaupun kita tidak diberi permit, sebelum penamaan calon tetapi petugas-petugas pilihan raya kita boleh dikatakan sudah masuk ke kawasan Unit Peti Undi (UPU). Terutama sekali, kita sangat dihargai apabila kontijen dari Kelantan yang paling ramai dihantar silih berganti sebaik sahaja dilancarkan oleh Mursyidul Am PAS tiga minggu lepas.
Kelantan mendahului, kemudian diikuti negeri-negeri lain tidak termasuk Kedah kerana ia turut menghadapi pilihan raya kecil di Bukit Selambau. Kontijen daripada luar silih berganti.
Memang kita daripada awal lagi mempersiapkan jentera pilihan raya. Malah kita membuka markaz operasi di tengah-tengah pusat pilihan raya. Semangat kerja daripada negeri-negeri antaranya muslimat yang turut turun padang bermunajat bersama-sama meminta pertolongan yang Maha Kuasa.
Macam mana respons pengundi Melayu setakat ini?
Melihat suasana terutama di kubu-kubu kuat Umno dahulunya kini mereka mengalu-alukan Pakatan Rakyat masuk untuk berkempen dan berceramah. Bagaimanapun kita memandang serius berhubung persoalan pengundi Melayu oleh kerana isu yang dimainkan oleh BN iaitu tiga perkara iaitu derhaka raja, mengkhianati bangsa, isu kononnya mereka sahajalah boleh mempertahankan Islam tetapi kita ada hujahnya.
Apakah isu panas yang dominan dimainkan oleh BN, sepanjang tempoh berkempen ini?
Kita tengok isu derhaka raja. Sebaik sahaja selepas penamaan calon kontraktor sudah siap memasang kain rentang yang besar di jalan besar melalui Bukit Gantang. Kain rentang itu melakarkan wajah Menteri Besar, Zambry yang merayu rakyat kerana BN sahaja boleh menjadi pembela rakyat.
Hampir sebulan sudah kita menyebarkan risalah bersabit dengan isu-isu dan tuduhan yang dilemparkan BN. Kita akan turun dari rumah ke rumah untuk menjelaskan kepada rakyat tuduhan dari BN. Insyallah dengan strategi yang telah diatur ini kita dapat menangkis dan menerangkan kepada rakyat perkara yang sebenarnya. Kita memang ada keupayaan menangkis terutama isu derhaka dan raja.
Bagaimana pula dengan kempen yang dijalankan Pakatan Rakyat setakat ini dan apakah isu yang akan di ketengahkan?
Isu-isu yang dibawa oleh Pakatan Rakyat dalam berkempen nanti, antaranya isu rasuah yang mana kita mempunyai butir-butir serta fakta-fakta yang menarik boleh dikongsi bersama para pengundi.
Tidak lupa juga isu PPSMI yang akan diperluaskan di Bukit Gantang oleh mereka di kalangan Gerakan Mansuhkan PPSMI yang turut bersama-sama dalam pilihan raya nanti. Jadi isu PPSMI ini senang kita mainkan memandangkan ia mendapat tentangan hebat di kalangan Umno Perak. Tambahan pula Nizar juga pernah bertindak menyaman kerajaan dalam isu PPSMI. Amat bertepatanlah.
Isu dalam negeri yang kita bawa ialah kita mahukan suara rakyat dikembalikan dan kemenangan Bukit Gantang adalah sebagai faktor penolakkan BN yang mempunyai segala masalah. Isu bakal Perdana Menteri Najib Tun Razak juga akan dimainkan secara bijaksana iaitu kita ambil apa yang dibangkitkan di Dewan Rakyat iaitu Najib hendaklah bersihkan dirinya terutama kepada Mahkamah Antarabangsa yang mengaitkan beliau dengan Wanita Mongolia.
Kebetulan pula Sirul salah seorang yang tertuduh dalam kes Altantuya, adalah penduduk kawasan Parlimen Bukit Gantang, ini bermakna isu itu boleh ditimbulkan.
Bagaimana respons pengundi terhadap calon Bukit Gantang iaitu Menteri Besar Perak yang sah, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin?
Daripada malam pengumuman calon oleh Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang, kehadiran orang ramai di padang yang mana menjadi medan BN ketika mengumumkan calon mereka, agak luar biasa. Kehadiran ramai penyokong menyebabkan kawasan berkenaan sesak dengan pelbagai reaksi daripada mereka.
Ada yang bertempik, bangun bertepuk tangan, melaungkan takbir dan reformasi 'non stop' sehingga kita minta mereka bertenang seketika. Daripada reaksi penyokong dan pengundi di Bukit Gantang kita melihat rakyat memberi pengharapan besar kepada kita untuk membawa perubahan.
Bukan Melayu sahaja malah sokongan kaum Cina dan India pun tidak kurang hebatnya. Walaupun pada awalnya kita mendapat permit untuk pengumuman calon bagaimanapun disaat akhir FRU hampir naik ke pentas memberi amaran meminta program malam itu dihentikan ini mungkin kerana kehadiran para penyokong yang terlalu ramai memaksa mereka bertindak.
Dalam hal ini kita melihat diskriminasi ini jelas apabila mereka (BN) akan mencari jalan dengan cara apa sekali pun untuk menghalang ruang untuk kita mendekati rakyat.
Khabarnya ada yang tidak berpuas hati di kalangan pemimpin Umno bahagian terhadap calon "bidan terjun" Ismail Safian. Apa komen Ustaz?
Umno memang daripada awal lagi tidak mahu calon daripada luar, jadi benarlah mereka memilih orang tempatan untuk bertanding malangnya calon itu tidak dikenali pengundi mereka. Ismail bekerja dengan kerajaan tetapi tidak tinggal di situ.
Memang dia lahir dan ada kampung di situ tetapi zahirnya orang kampung tidak kenal mereka. Beliau pernah memegang jawatan penerangan bahagian beberapa tahun dahulu, tetapi dia jatuh kemudian dia mencabar Ketua Umno Bahagian, bagaimanapun beliau kalah sehinggakan dikatakan menendang basikal di luar dewan memperlihatkan sifat panas baran beliau.
Umno kenal watak beliau. Tetapi oleh kerana Najib mahukan beliau sebaliknya Umno mahukan Timbalan Ketua Umno Bahagian yang kini menjadi pensyarah di Kolej Islam Perak. Akhirnya Najib lantik Ismail Saffian.
Terpaksalah Umno terima. Jadi sekarang ini kononnya kompromilah. Misalnya dalam proses bantahan ketika pernamaan calon Ismail Saffian tidak meletakkan jawatan dalam ruangan profesion. Jadi kita bantah bagaimanapun di tolak, justeru Ismail mengemukakan surat peletakkan jawatannya pada 23 Mac 2009 sebagai pegawai kerajaan.
Terdapat risalah haram yang cuba melaga-lagakan PAS dengan mufti dan istana. Zambry Abdul Kadir menuduh PAS yang melakukan perbuatan itu. Apa yang Ustaz boleh jelaskan?
Sebenarnya kita telah membuat laporan polis dua minggu lepas, jadi mereka tersepit akhirnya menuduh kita semula. Kita sudah lama tahu perkara ini. Kita juga tahu mereka yang buat. Kita tidak perlu bimbang masalah ini tidak memberi kesan kepada pengundi-pengundi kita.
Ada banyak isu-isu yang ditimbulkan, misalnya terkini di dalam blog iaitu 'Kill Nizar' pun kita sudah buat laporan polis.
Terdapat rungutan di kalangan media betapa susah untuk mendapatkan calon PAS, Nizar Jamaluddin. Apakah senario ini baik untuk media?
Sebenarnya, jadual Nizar telah diatur yang mana sehari ada sepuluh tempat yang perlu dihadiri. Kita tak tutup mulut calon, seperti digembar-gemburkan media BN. Bukannya dia tidak mahu berjumpa dengan media.
Apa yang kita tekankan apa jua mengenai pilihan raya Bukit Gantang kita ada sidang media setiap hari yang diketuai oleh Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat dan Pengarah Operasi.
Apa maklumat mengenai pilihan raya boleh ditanya disitulah. Macam mana orang hendak 'follow' Nizar sekejap di sana sekejap di sini. Kita yang mengaturkan pergerakan Nizar bukannya dia. Pada kita tidak mengatakan bahawa Nizar mengenepikan pihak media. Ataupun... media boleh mengikuti program Nizar turun berkempen.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan