Tiga nama utama disebut-sebut. Selain Timbalan Menteri Besar sekarang, Datuk Ahmad Yaakob, nama Datuk Husam Musa dikatakan dominan mengatasi satu lagi nama Ustaz Nik Amar Nik Abdullah.
By TARMIZI MOHD JAM
SECARA berani, Tok Guru Nik Abdul Aziz bersedia untuk meletak jawatan Menteri Besar selepas Pilihan Raya umum ke 12 nanti. Itupun, jika PAS diberi mandat semula.
Siapa penggantinya, makin kontroversi. Pro dan kontra bergumpalan dalam selimut PAS Kelantan.
Siapa penggantinya, makin kontroversi. Pro dan kontra bergumpalan dalam selimut PAS Kelantan.
Tiga nama utama disebut-sebut. Selain Timbalan Menteri Besar sekarang, Datuk Ahmad Yaakob, nama Datuk Husam Musa dikatakan dominan mengatasi satu lagi nama Ustaz Nik Amar Nik Abdullah.
Walaupun, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman yang menjadi mantan Timbalan Menteri Besar pertama di bawah Tok Guru Nik Abdul Aziz, tetapi namanya sudah lama tidak disebut sebagai pengganti Tok Guru Nik Aziz.
Tidak tahulah, kalau ada ura-ura untuk menarik beliau semula ke Darul Naim! Kita lihat sahaja, adakah beliau bertanding Dun atau masih mengekalkan kerusi Parlimen Pangkalan Chepa dalam pilihan raya kali ini.
Namun terdapat pandangan, kononnya Datuk Halim tidak bertanding kali ini. Baik di Dun mahupun Parlimen.
Sebab itu, kata sumber tersebut, beliau dilantik oleh PAS Pusat menjadi “Perunding” yang mengetuai Jawatankuasa Perundingan Kerusi PAS-PKR bagi menyelesaikan pembahagian kerusi di semua peringkat.
Apakah pengumuman Tok Guru untuk melepaskan jawatan MB selepas pilihan raya nanti suatu yang “strategic” sifatnya, sukar ditelah.
Ini kerana, rakyat mahu Tok Guru terus menerajui Kelantan. Begitulah gimik dan aspirasinya.
Bagaimanakah agaknya, jika Tok Guru benar-benar meletakkan jawatan? Adakah rakyat akan bersetuju dengan penggantinya untuk tempoh yang terdekat?
Barangkali, untuk satu penggal, mereka “terpaksa” menerima kerana “perangkap” yang disediakan oleh Tok Guru begitu lunak.
Jika Tok Guru letak jawatan sebelum pilihan raya, macam mana pula?
Adakah peluang PAS Kelantan untuk memerintah tergugat dan tergigit jika pengunduran itu dibuat sekarang?
Mungkinkah, rakyat “tidak percaya” dengan pengganti Tok Guru? Lalu, mereka akan membuang undi protes melalui peti undi dalam pilihan raya tidak lama lagi.
Inikah yang dibimbangi Tok Guru, jika pengunduran beliau dibuat sekarang? Rakyat tidak lagi mengundi PAS.
Sedangkan pada masa yang sama, PAS amat memerlukan undi bagi menyelamatkan kerajaannya yang hanya tinggal lebihan satu kerusi dengan kekuatan dua undi sahaja.
Maka, Tok Guru memilih strategik “mengumumkan keinginannya” meletak jawatan sebelum pilihan raya dan “letak jawatan sebenar” selepas pilihan raya… yang pada hemat saya amat “sarat” dengan maslahat politiknya.
“Kalau PAS Kelantan kalah, macam mana?” Tanya seorang aktivis PAS bila membahaskan isu pengunduran Tok Guru Nik Aziz dari menjadi MB Kelantan, yang hangat diperkatakan seminggu ini.
“Jawabnya, tak ada perbalahanlah lagi. Soal siapa yang patut jadi pengganti Nik Aziz tentulah tamat serta-merta!” sampuk seorang teman yang mula giat menulis politik di sesawang digital.
Lama saya tidak mengunjungi Tok Guru Nik Abdul Aziz di Kelantan. Sejak menjadi Menteri Besar, ada beberapa kali menziarahi beliau bersama rakan-rakan seperti Allahyarham Mohd Anang. Baik di rumahnya di Pulau Melaka mahupun di JKR 10, Kota Darul Naim.
Sejak muktahir ini, beliau jarang benar memberi ceramah di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar. Kalau adapun, kemungkinan saya ada urusan lain pada masa yang sama. Jadi tak dapatlah saya nak menyapa atau bertanya khabar...
Tok Guru bagi saya, adalah idola yang cukup hebat yang mencorak gaya politik saya.
Banyak tulisan saya samada dalam bentuk artikel mahupun buku dan makalah tidak berkala, menonjolkan imej bersih dan tok lebai beliau memimpin Kerajaan Kelantan.
Saya masih ingat, ketika makan nasi bungkus bersama Tok Guru di surau Bangunan PAS Kelantan, Jalan Dato' Pati, Kota Bharu sewaktu hari mengundi pada pilihan raya umum 1990.
Pada waktu itu, saya mengetuai Biro Harakah Kelantan dan pejabatnya di Tingkat 1, bangunan tersebut.
Kami makan nasi bungkus bersama. Sambil makan, kami berbual-bual. Kata saya, nampak gayanya PAS akan menang di Kelantan. Naluri saya cukup kuat berkata BN akan tumbang.
Saya kata begitu kerana sepanjang kempen berlangsung, dan beberapa lokaliti yang saya lawati sekitar Kota Bharu, Rantau Panjang, Bachok dan Kubang Krian menunjukkan sesuatu yang luar biasa.
Pengundi terang-terangan menunjukkan sokongan mereka terhadap PAS dan Semangat 46 yang bernaung dibawah nama Angkatan Perpaduan Ummah.
Bila saya tanya mereka, adakah situasi seperti ini wujud dalam pilihan raya sebelum ini, mereka kata tidak. Kali ini kami nak ubah kerajaan!
Tok Guru hanya senyum sambil makan nasi bungkus yang disediakan pihak urusetia. Waktu itu, Tok Guru adalah Pesuruhjaya PAS Kelantan.
Sebelum itu, Cikgu Rahim Abdullah pun (sekarang Speaker Dun Kelantan) pernah memberitahu saya, kalau PAS menang, Tok Guru Nik Aziz adalah Menteri Besarnya.
Wan Nik Yusuf Ngahpun (sekarang Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat) pernah mengiyakannya.
Saya menjolok dengan kata-kata itu, agar boleh saya melanjutkan usikan saya kepada Tok Guru. "Selalunya, Pesuruhjaya jadi MB, Tok Guru!" kata saya spontan. Tok Guru senyum simpul.
Beliau terus makan sambil duduk bersila dengan kain serban bersantai dibahu.
Kalau tak silap saya, Tok Guru ada berkata; "Kita tengoklah dulu. Undipun belum dikira lagi..."
Cikgu Wan Rahim turut sama makan nasi bungkus di situ, turut mencelah dan mengiyakan dakwaan saya tadi. Saya cukup respect dengan Cikgu Wan Rahim yang banyak memimpin dan menggerakkan urusan pilihan raya waktu itu.
Kalau tidak silap, Cikgu Rahim adalah Setiausaha JPN dan Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman (Datuk) adalah Pengarah Pilihan Raya ketika itu.
Ketika bertugas di Biro Harakah Kelantan, tempat tidur saya ialah di pejabat Harakah itu sendiri. Masa itu saya masih bujang.
Jadi, Pengarah Urusan Harakah ketika itu adalah Naib Presiden PAS, Dr. Daeng Sanusi Daeng Mariok meminta saya bertugas di Kelantan.
Kami di Harakah memanggil beliau dengan nama Pak Daeng sahaja. Beliau bertanding di Parlimen Rantau Panjang dalam pilihan raya 1990 itu.
Saya pernah mengikuti beliau berkempen di Rantau Panjang setelah bubar parlimen. Atas inisiatif untuk membuat liputan terus, Pak Daeng menghantar saya ke Kelantan dan terus menubuhkan Biro Harakah Kelantan.
Saya kira, wartawan dan petugas Harakah waktu itu, semuanya marhaen dan gaji rendah dibawah tuntutan gaji minima MTUC RM900.
Tetapi kami senang hati, bekerja dan bertugas kerana ia sebuah perjuangan. Ia adalah jihad. Sepanjang bertugas, tempat tidur saya di bawah meja di Pejabat Harakah itu.
Rakan yang sering menemani saya waktu itu ialah Hanapi Yaakob atau panggilan glamournya Awang Jelaji. Cikgu YIK yang berasal dari Kuala Krai. Beliaulah yang menjadi teman sembang saya dan bermundar-mandir sekitar Kota Bharu.
Jadi, pada sebelah malam atau waktu lapang, saya akan pergi ke Pejabat Jabatan Pilihan Raya PAS (JPN) Kelantan.
Kadang-kadang bersembang dengan Cikgu Wan Rahim, Allahyarham Mazlan Mulong, Wan Nik Yusuf Ngah yang berjaga hingga ke pagi.
Tetapi saya banyak melihat kerja-kerja mengemaskini data-data pilihan raya yang dikendalikan sahabat saya Sdra. Khalil. Beliau berasal dari Perak, kalau tidak silap dari Selama. Beliau bertugas sepenuh masa dengan JPN Kelantan waktu itu.
Setelah diumumkan, usikan saya kepada Tok Guru tengahari tadi menjadi kenyataan. PAS menang besar dan saya berbangga kerana melihat sendiri tumbangnya kerajaan Barisan Nasional Kelantan.
Keesokan harinya, saya menghadiri Sidang Media PAS Kelantan mengumumkan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar dengan gelaran rasami "YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat".
Sementara itu, Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman diistihar sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan. Beliau adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan merangkap Pengarah Pilihan Raya Negeri waktu itu.
Sidang media itu diadakan di Pejabat PAS Kelantan. Rakan saya, yang kini menjadi salah seorang Pengarang Harakahdaily, Rashidi Hassan hadir pada sidang media itu.
Kembali saya ke Kuala Lumpur, saya menulis sebuah buku yang bertajuk Antara Visi & Misi: Mampukah Ulama Mentadbir?
Buku itu diterbitkan oleh GG Edar dan dijual dengan harga RM10.00. Dicetak 5,000 naskah dan habis terjual dalam masa dua bulan.
Terima kasih, Ibnu Hasyim atau Dr. Mohd Hasyim kerana berani menerbitkan buku itu. Itulah buku pertama saya dan Dr. Mohd Hasyim bagi saya antara pendorong untuk saya terus menulis buku selepas itu hinggalah sekarang.
Kini, Tok Guru sudah memerintah Kelantan selama lebih kurang 18 tahun. Khabarnya, sudah kurang sihat. Acapkali dimasukkan ke hospital. Tetapi penyakitnya, tidaklah kritikal.
Saya benar-benar mohon kehadrat Allah SWT, agar beliau dipanjangkan usia dan diberikan kesihatan yang utuh untuk meneruskan agenda memperjuangkan nasib rakyat Kelantan dan agama Islam di negara ini.
Tok Guru telah banyak mengubah lanskap politik tanahair. Telah banyak mengubah lanskap politik PAS hingga mampu membina persepsi positif orang luar, orang bukan Islam dan bangsa bukan Melayu terhadap PAS yang dulunya parti kampung atau parti tok lebai.
Maaf, saya belum nampak lagi, siapakah yang mampu menjadi Tok Guru Nik Aziz ke II di Kelantan buat masa ini. Jangan ada yang tersinggung, barangkali itu keegoan saya.
Dan saya tidaklah begitu berminat untuk “menelek” siapakah pula bakal pengganti beliau, kerana semua nama-nama yang perkatakan adalah rakan taulan saya (pernah bergaul dan berkenalan baik dengan mereka).
Baik YB Datuk Husam Musa, YB Ustaz Nik Amar Nik Abdullah ataupun YB Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (barangkali PRU-12 bertanding kerusi Dun, mana tahu). Atau juga Datuk Ahmad Yaakob. Biarlah, ketentuan sebenar menentukannya!
Apa yang penting, Tok Guru sihat wal-afiat dan mampu lagi berpencak silat dan berdepan dengan tipu daya PIlihan Raya Umum Ke 12 esok lusa.

1 ulasan:
Macam mana orang Kelantan tanpa Nik Aziz nanti? Aku tengok, kekuatan Pas Kelantan banyak bergantung dengan Tok Guru Nik Aziz. Mungkin kerenahnya kurang, wibawanya hebat, berbanding tok-tok guru lain. Akupun tak berapa pasti penggantinya itu mampu jadi macam Nik Aziz? Katanya yang paling hampir ketokohan macam MB itu ialah Nik Amar anak Pak Nik Lah. Husam macam tokoh politik biasa, macam Umnolah senang. Ahmad Yaakob juga katanya boleh jadi check and balance antara puak Husam dan Nik Amar. Entahlah. Akupun benggong dibuatnya. Apapun, harap Nik Aziz dapat tentukan penggantinya agar Pas Kelantan tak tutup kedai lepas ini.
Catat Ulasan