KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Februari 04, 2009

Jamaluddin dan Osman tidak diiktiraf menjadi anggota DUN Perak


KERAJAAN PERAK mesti bertindak tegas apabila SPR membelakangkan kuasa Speaker dalam isu pengosongan kerusi Behrang dan Changkat Jering. Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar tetap dengan keputusannya bahawa Jamaluddin Mohd Radzi and Mohd Osman Mohd Jailu tidak lagi menjadi anggota dewan tersebut.

Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin juga sependapat dengan beliau.
Sambil menekankan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mempunyai bidang kuasa untuk menolak pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering, Sivakumar menegaskan bahawa beliau mempunyai "kuasa mutlak" untuk membuat keputusan yang berhubung dengan dewan itu.

"SPR mempersoalkan keputusan saya dan merampas kuasa saya," Malaysian Insider memetik beliau berkata, merujuk kepada budibicaranya untuk menerima surat perletakan jawatan dari Jamaluddin dan Mohd Osman yang sebelum ini hilang tanpa dapat dikesan.

"Saya menyifatkan kerusi itu telah kosong. Mereka bukan lagi ADUN," katanya lagi.

Tiada ulasan: