TENGAH KALUT juga. Isu Jamaluddin Mohd Radzi dan Osman Jailu belum reda malah makin berapai-api, bertiup kencang pula cerita Timbalan Speaker yang juga Adun Jelapang dikatakan mahu melompat parti. Ramai yang "penin" memikirkan lepas satu isu, datang isu lagi yang menampar Kerajaan Perak.
Mengulas ura-ura berkaitan Timbalan Speaker Dun Perak, Hee Yit Fong akan menyertai MCA, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang berkata, setakat ini Adun Jelapang itu komited menyokong kerajaan Perak di bawah pentadbiran Menteri Besar, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin.
Laporan media yang menyatakan Yit Fong akan menyertai MCA hanyalah 'perang psikologi' sahaja, sedangkan katanya Adun Jelapang itu sendiri tidak berminat sertai BN.
Ujarnya Yit Fong bukan bermasalah dengan kerajaan Pakatan Rakyat Perak, sebaliknya dengan kepimpinan DAP sahaja, justeru isu beliau mahu lompat parti tidak timbul.
Dalam perkembangan berkaitan, PAS Perak telah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan pilihan raya kecil di Dun Behrang dan Changkat Jering jika sah dua adun kawasan itu melepaskan jawatan mereka.
Mengulas lanjut Ahmad berkata, pihaknya sentiasa bersedia memandangkan PAS Perak telah mengadakan seminar dalamannya pada 31 Januari lalu berhubung persediaan bagi menghadapi pilihan raya ke-13.
"Kita juga bersedia jika ada sebarang kemungkinan pilihan raya kecil negeri Perak jika Dun dibubarkan," tegasnya.
3 Februari lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan kedua-dua ADUN Behrang dan Cangkat Jering masih penyandang bagi kerusi DUN terbabit kerana wujud keraguan dalam surat peletakan jawatan yang dikemukakan oleh Speaker DUN Perak, N. Sivakumar sebelum ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan