Jumlah Paparan Halaman

Rabu, Februari 04, 2009

Adik As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya, Ismail Mahmud meninggal dunia semalam

PENGAMAL perubatan Islam, Ustaz Ismail Mahmud, 58 tahun, meninggal dunia 2 Februari lalu, di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), dekat sini, ekoran kegagalan fungsi buah pinggang.

Allahyarham yang juga adik Ustaz Ibrahim Libya, mulanya di tempatkan di Hospital Sungai Buloh selepas mendapat serangan jantung sebelum dipindahkan ke PPUM.

Allahyarham ketika hayatnya pernah memegang jawatan penting dalam PAS Baling. Beliau turut ditahan ISA selepas tragedi berdarah Memali pada 1985. Selain berkhidmat sebagai guru sekolah, beliau pernah bertugas di TV3.

Menurut anak saudaranya, yang juga anak As-Syahid Ibrahim Libya, Islah Ibrahim, Allahyarham kemudiannya menjadi pengamal perubatan Islam yang beroperasi di Kuang, Selangor iaitu Pusat Perubatan Ismail Bin Mahmud atau lebih dikenali sebagai As-Syifa'.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Rahimah Abd Ghani serta lima orang anak serta seorang cucu. Jenazahnya selamat disemadikan di Tanah perkuburan Islam, Batu 17, Kuang.

1 ulasan:

dulu_PAS_la_ni_PAS berkata...

Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raajiuun. Sahabat ana waktu kat TV3 dulu.