KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Februari 05, 2009

Speaker Perak mula bertindak, seret SPR ke Mahkamah kosongkan 3 kerusi

TERKINI DARI MALAYSIAKINI: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak menfailkan satu permohonan di Mahkamah Tinggi Ipoh pagi ini, untuk mengisytiharkan tiga kerusi anggotanya - yang dianggap meletakkan jawatan - telah kosong.

V Sivakumar berkata beliau telah menerima surat peletakan jawatan ketiga-tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR dan DAP itu.Jamaluddin Mohd Radzi (wakil rakyat Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) didakwa menyerahkan surat peletakan jawatan mereka hujung minggu lalu.

Mereka berdua bagaimanapun menafikannya dan mendorong Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak surat peletakan jawatan tersebut. Suruhanjaya itu juga berpendapat kerusi kedua-duanya tidak kosong dan pilihanraya kecil tidak boleh diadakan.

Adun Jelapang dan juga bekas timbalan speaker DUN Hee Yit Foong didakwa menyerahkan suratnya semalam tidak lama selepas mengisytiharkan keluar DAP.Dalam satu kenyataannya, Sivakumar berkata permohonannya untuk memaksa SPR mengiktiraf telah kosong dan memanggil satu pilihanraya kecil.

Tiada ulasan: