KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Februari 05, 2009

Hee Yit Fong "ganyang" 12,219 pengundi di Jelapang bila lompat parti

ADUN Jelapang dari DAP menang dengan majoriti besar 6,707 bagi menobatkan Hee Yit Foog sebagai wakil rakyat. Beliau diangkat oleh rakyat tetapi semalam, 4 Februari 2009, Yit menongkah arus, menafikan suara rakyat yang mengangkatnya bersekongkol dengan BN bagi menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Yit yang telah berjuang dengan DAP selama 20 tahun dikatakan bergeser dengan Ngor dan Ngeh hingga menyeret pimpinan tertinggi DAP, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dengan beberapa dakwaan kononnya berlaku nepotisme dalam DAP Perak.

Ia berikutan Ngor dan Ngeh dikatakan memusatkan kuasa kerana mereka adalah sepupu. Selain menang sebagai ahli parlimen, adun mereka berdua juga dilantik menjadi Exco Negeri Perak.

Yit dari seorang kerani asalnya, diangkat oleh DAP bertanding di DUN Jelapang seterusnya dipilih sebagai Timbalan Speaker Perak. Dalam pilihan raya lalu, Yit mendapat 12,219 undi dan calon BN Loh Koi Pin meraih 5,512 undi. Sementara calon bebas, M. Saraswathy hanya memperolehi 1,275 undi.

Soalnya, apakah Yit dan rakan-rakan selompatannya seperti Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Osman Jailu (Changkat Jering) dan Nasharuddin Hashim (Bota) boleh bertahan pada pilihan raya akan datang.

1 ulasan:

Steven Sim berkata...

Sebagai ahli DAP saya tidak bersetuju sekali dengan tindak tanduk Hee mengkhianati kepercayaan parti dan rakyat kepada beliau.

Jikalau betul fitnah beliau terhadap pemimpin parti tentang nepotism, adakah UMNO dan BN lebih alim dan suci?

Saya yang dari Pulau Pinang menyokong kenyataan pemimpin PR mengecam tindakan 4 bekas wakil rakyat PR di Perak yang mengkhianati rakyat dan membantu UMNO memusnah-binasakan demokrasi di Malaysia.

Steven Sim