KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Februari 05, 2009

Harakah hantar Salmiyah, Intan ke Ipoh ikuti nasib Kerajaan Perak


HARAKAH menghantar dua lagi wartawannya, Salmiyah Haron dan Intan Abdullah ke Ipoh untuk membuat liputan terkini berkenaan nasib Kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang "ditikam" dari belakang oleh empat Adunnya semalam yang bertindak keluar dari parti yang diwakili mereka.

Empat Adun yang dirayakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak, semalam termasuklah Adun Bota, Nasharuddin Hashim yang kembali ke lubuk asal diikuti Adun Jelapang, Hee Yit Poon. Dua lagi Adun yang membuka gelanggang Jamaluddin Mohd Radzi dan Osman Jailu turut memperkukuhkan penggodaman mereka terhadap Kerajaan Perak pimpinan Nizar Jamaluddin.

Teguran Tun Mahathir Mohamad juga begitu pedas untuk Najib apabila beliau menyifatkan tindakan Najib mengutip Adun Behrang dan Changkat Jering yang ada kes rasuah di mahkamah sebagai tidak bijak sebaliknya akan merosakkan terus kepercayaan rakyat terhadap BN pada pilihan raya umum ke 13 akan datang.

Tiada ulasan: