KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Jun 04, 2009

Ustaz Nik Abduh yang sarat kontroversi antara yang menang Exco Pemuda PAS Pusat

GOMBAK: Anak Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menimbulkan kontroversi sebulan yang lalu, berjaya mengekalkan kerusi Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini.

Ustaz Nik Mohd Abduh merupakan antara 12 yang dipilih kali ini. Seramai 23 orang bertanding kerusi Ahli Jawatankuasa Kerja Pemuda PAS Pusat bagi sesi 2009-2011. Keputusan pemilihan diumumkan pada pukul 3.50 petang tadi oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Ustaz Hassan Shukri.

Nik Mohd Abduh yang tewas dalam pemilihan jawatan Ketua Pemuda PAS Kelantan dua minggu lalu memperoleh 194 undi. Turut kekalkan kerusi ialah Ustaz Riduan Mohamad Nor, Abdullah Abdul Karim, Ustaz Mohd. Firdaus Jaafar, Ustaz Mohd. Nazri Chik Zain, Suhaizan Kaiat, Ustaz Kamal Ashaari, Kamaruzaman Mohamad dan Mohd. Adram Musa.

Lain-lain jawatan telah dimenangi tanpa bertanding termasuk Nasrudin Hassan yang dipilih menggantikan Salahuddin Ayub sebagai Ketua Pemuda PAS.

Lebih 80 peratus Ahli Jawatan Kuasa Dewan Pemuda PAS kali ini diisi oleh kumpulan ulama dan perkembnagan ini begitu menarik untuk disorot oleh banyak pihak khususnya dalam kemaraan PAS mengikut arus perubahan yang diledakkan oleh rakyat.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah. Seingat saya, sebelum pemilihan dahulu, ada pihak-pihak yang beria-ria benar mengatakan bahawa akar umbi mahukan Mujahid. Ternyata kenyataan itu bukan berdasarkan 'survey'. Berdasarkan imaginasi atau emosi, mungkin?