Apakah mesej yang nak disampaikan Allah SWT dalam banjir mengejut di Labis? Bermula pagi 30 Januari, hari pengundian bagi Dun Tenang, hujan turun dengan lebatnya. Sebelum itu sudah ada beberapa tempat ditenggelami air.
Mungkinkah ada kaitan dengan serangan dan penghinaan para pemimpin BN terhadap Islam di sana semasa kempen PRK? Menghina dan mengherdik, memperlekehkan salam, hudud dan lain-lain. Apakah ini bayaran "tunai" kepada BN bagi membuktikan keprihatinan mereka terhadap "rakyat didahulukan" atau malepetaka terhadap "penipuan" dan "berat sebelah" kempen pilihan raya mereka di Tenang? Semua tahu, seluruh jentera kerajaan dikerah berjuang untuk BN. Sejumlah duit rakyat digunakan untuk BN. Saluran tv dan radio juga jadi jentera penerangan BN. Pendek kata, tiada jentera Bn yang tulen melainkan peralat jentera kerajaan atas nama "1Malaysia".
Lapor Kelab Greenboc, Segamat lumpuh sejak malam kelmarin apabila terputus perhubungan darat dengan dunia luar, berikutan semua laluan keluar masuk ke daerah itu ditenggelami air sehingga 1.5 meter. Jalan keluar masuk ke daerah ini membabitkan Jalan Batu 8 Jementah-Lubuk Batu, Jalan Gemas-Segamat dan Jalan Bandar Segamat-Labis ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan.
Berikutan perkembangan itu, semua pengguna jalan raya dinasihat tidak menggunakan laluan berkenaan berikutan kedua-dua hala jalan ditenggelami air dan berbahaya untuk dilalui. Jurucakap polis berkata, semua hubungan ke Segamat kini lumpuh berikutan jalan dinaiki air mencecah paras dada orang dewasa, malah di sesetengah kawasan termasuk laluan di Tenang Station dikategorikan bahaya kerana arus deras.
Pasukan penyelamat kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan berikutan Sungai Segamat terus merekodkan kenaikan parasnya berikutan hujan berterusan sejak seminggu lalu.
Dalam pada itu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menghentikan sementara operasi pejabatnya di Segamat. Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar, berkata ahli dan majikan yang ingin mendapatkan perkhidmatan KWSP boleh menghubungi cawangan KWSP terdekat iaitu di Muar atau Melaka.
Sementara itu, banjir besar yang melumpuhkan pekan Labis dan beberapa kawasan sekitarnya sehingga menjejaskan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang kelmarin, mulai surut. Bagaimanapun, kebanyakan kedai dan premis perniagaan masih ditutup.
Tinjauan mendapati kedai makan dan serbaneka di pekan ini diserbu penduduk mendapatkan bekalan makanan sehingga stok makanan mulai berkurangan. Tinjauan mendapati beberapa jalan sekitar Pekan Labis dipenuhi sampah sarap yang dihanyutkan banjir malam kelmarin, manakala beberapa jalan raya turut rosak.
Penduduk Kampung Paya Merah, Paya Merah Lama dan Lembah Bakti di Labis juga masih ditempatkan di pusat penempatan banjir berikutan rumah mereka ditenggelami air sehingga paras bumbung.



0 ulasan:
Catat Ulasan