KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Februari 01, 2011

Peluang Nik Aziz jawab Tun M: Islam Umno lebih teruk daripada Islam Kuan Yew



Saya suka apabila Tun Dr Mahathir Mohamad menyerang Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (lihat posting Dr Mahathir 31/1/11 "Nik Aziz dan Kwan Yew"). Ia memberi peluang untuk Tok Guru mengukuhkan lagi hujjahnya - jika dia di pihak yang benar.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin pernah memberitahu saya bahawa dia pernah membaca buku yang menyatakan Imam 'Ali 'a.s. suka apabila ajaran Islam diserang. Serangan itu membuka peluang kepadanya untuk menerangkan kebenaran Islam melalui asas dan hujjah serangan itu.

Jika Tok Guru yakin dia berada di pihak yang benar, saya pasti dia tak akan melenting dengan serangan Dr Mahathir itu. Dia tak akan kata celaka atau khianat atau apa saja. Malah, dia akan menyambut serangan itu dengan gembira. Gembira kerana serangan itu memberikan peluru yang lebih banyak kepadanya.

Apa sahaja pandangan, ulasan, teori atau gagasan, umpamanya gagasan kerajaan perpaduan, tidak akan melenting dan histeria dengan serangan jika ia mempunyai foundation kebenaran yang kukuh. Serangan memberikan ia lebih banyak ruang dan peluang untuk merebut lebih banyak pengaruh dan mengetuk pintu hati lebih ramai khalayak untuk menyokongnya - jika ia mempunyai hujjah dan asas kebenaran yang kukuh.

Saya juga berharap, jika berlaku debat Tok Guru dan Dr Mahathir, ia tidak disambut dengan sentimen 'asabiyyah yang diperangi Islam. Harap-harap para penyokong Dr Mahathir tidak melutu Tok Guru kerana 'asabiyyah mereka kepada Dr Mahathir. Dan, para penyokong Tok Guru juga tidak memaki bekas Perdana Menteri kerana 'asabiyyah mereka kepada Menteri Besar Kelantan itu.

Biarlah mereka berdebat kerana hendak mencari kebenaran demi mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Hujjah lawan hujjah. Saya menaruh harapan sedemikian kerana 'asabiyyah kepada pemimpin semakin ganas menjadi order of the day - sama ganas dan liar tak kira dalam Umno atau PAS.

Sumber > Penarik Beca

3 ulasan:

PUTRA 1511 berkata...

tun mahathir ni mmg mcm ni...nk menyerang jer..da lame lam politik..dah lame mnjadi mush politik tok guru..tapi masih tok paham2....hummmmmmmmmmm..moga masih de masa wat tun la..

tungkaran hati berkata...

tak faham dengan kelaku nik aziz!

Tanpa Nama berkata...

tungkaran hati memang bebal dalam banyak komen2 dia kat sini. nak buat macam mana. bebal tak ada sekolah yang ajar melainkan otak dan kelakunya sendiri.