Kejatuhan Ben Ali, yang bakal diikuti Mubarak, bukan sahaja menggerunkan regim lain di dunia Arab -- tidak kira sama ada yang mengamalkan sistem monarki atau republik, bermusuh atau bersahabat dengan Israel -- malah memberi isyarat jelas bahawa proses transformasi ini akan menjalar ke peringkat global, terutama di negara-negara Islam, tulis Ahmad Lutfi Othman mengulas kebangkitan rakyat di Tunisia dan Mesir muktahir ini dalam blognya Detikdaily.
Bagaimanapun, bagi saya, pemimpin yang mahu menawarkan perubahan, yang berdepan penguasa zalim dan menindas, semuanya harus dekat dengan nurani rakyat, merasai denyut degup jantung mereka, bukan turut dilihat bermewah-mewah dan berseronok dengan kehidupan elitis. Memang suasana di setiap negara berbeda-beda dan tidak memerlukan keadaan menjadi seteruk rantau Arab untuk berlakunya pertukaran regim, 'kan?
Kejayaan mengkagumkan revolusi di Tunisia dalam masa 24 jam dan kini dilihat menjalar ke Mesir juga mengingatkan tentang pengaruh dunia maya atau kuasa siber, yang juga digeruni di Malaysia.
Di Mesir, akses internet disekat dan panggilan telefon disekat. Operasi stesen TV Al-Jazeera turut diarah tutup. Jaringan laman sosial seperti Facebook dan Twitter yang cukup berkesan membangkitkan amarah rakyat tertindas di negara tersebut dihalang.
Jika Mubarak berjaya digulingkan dan pemerintahan yang "benar-benar baru" muncul di Kaherah, pengaruhnya ke atas masyarakat Islam di Malaysia tidak boleh dipandang ringan, apatah lagi jika pemimpin yang dikaitkan dengan Ikhwan Muslimin bakal memainkan peranan penting dalam kerajaan Mesir nanti.
2 ulasan:
perlukah kita seperti mereka di Tunisia atau Mesir demi perjuangan politik yang tidak menyebelahi kita!(di Malaysia yang suka berdemo hanya orang Melayu sahaja..yang lain tu ada la sikit India...!)
isunya regim umno-bn mesti diturunkan untuk malaysia yg lebih gemilang. melainkan anda suka harga barangan naik, ISA dipacu, AMCP diperalat, polis diperkuda, mahkamah ditunggang, kroni keliling pinggang diperkaya... tiuada masalah orang Melayu saja yang suka demo. gerakkan rakyat untuk bangkikt. Melayu jadi pelopornya... Hanya jenama Umno-Bn yang takut dgn kebangkitan rakyat!
Catat Ulasan