mSTAR melaporkan sebentar tadi, kesemua 28 Ahli Undangan Negeri (ADUN) Perak serta tiga ADUN Bebas hari ini menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah untuk membuat pengakuan yang mereka menyokong Barisan Nasional (BN).
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kesemua mereka turut memberi pengakuan menyokong calon Menteri Besar Perak yang akan dikemukakan oleh BN.
"Tuanku dijangka akan membuat keputusan sama ada bubar Dewan Undangan Negeri Perak atau meminta Menteri Besar Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan dengan secepat mungkin," katanya pada sidang akhbar di Ipoh tengah hari ini selepas menghadap Sultan Perak dua kali di Istana Kinta di sini.
Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional Perak, pada pukul 9.50 pagi bersama Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah menghadap Sultan Perak untuk meminta perkenan baginda agar BN mengambil alih pentadbiran negeri.
Ini berikutan tindakan empat wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat meninggalkan parti masing-masing semalam untuk menyokong dan memberikan majoriti kepada BN bagi membentuk kerajaan negeri.
BN kini menunggu keputusan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berhubung peluang bagi perikatan itu untuk menubuhkan kerajaan negeri yang baru. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin juga diminta menghadap Sultan Perak selepas baginda menerima kunjungan Najib.
Nizar tiba di Istana Kinta pukul 12.45 tengah hari dan keluar 20 minit kemudian.
Perkembangan ini berlaku sehari selepas empat ADUN menyatakan sokongan kepada BN.
Najib berkata, Sultan Perak akan memberikan keputusan tersebut bila-bila masa dari sekarang selepas kesemua 31 ADUN termasuk tiga wakil Bebas menghadap Sultan Perak pagi tadi.
Najib mengumumkan demikian pada sidang media di Bangunan Umno di Ipoh sebentar tadi.
Sidang media 10 minit itu diadakan susulan dua kunjungan Najib ke Istana Kinta untuk mengadap Sultan Perak. Najib tiba di Istana Kinta pada pukul 9.55 pagi dan kali kedua pukul 10.55 pagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan