KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Februari 02, 2009

Tak sah kalau tak "celup" kaki kat Markaz PAS - A Samad Said

A Samad Said buat julung kali jejaki kaki ke Markaz Tarbiyah PAS Taman Melewar, menyokong Kempen Himpunan 100,000 Rakyat Bantah PPSMI

Bersama Prof. Dr Shaharil Mohd Zain, Timbalan Pengerusi Gerak Mansuh PPSMI yang bersuara lantang. Sebelah kiri Cikgu Ishak Surin mantan SU Agung Partai Rakyat Malaysia

Sempat merakamkan memori bersama Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said sejurus usai program. Di kanannya, Cikgu Ishak Surin dan mantan Timbalan Presiden PAS, Hassan Shukri

"KALAU tak 'celup' kaki kat markaz PAS ni tak sah untuk perjuangan." Begitulah kata-kata Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said secara berseloroh sewaktu minum-minum di Restoran Taqwa, Taman Melewar selepas usai Ceramah Membantah PPSMI di Markaz Tarbiyah PAS Taman Melewar.

MAAF... selepas memuatkan berita terakhir semalam, saya bergegas ke Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar untuk menyambut beberapa tokoh pejuang bahasa di sana. Antaranya Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said. Juga beberapa pemimpin Gerak Mansuh PPSMI (GMP) Prof. Dr. Shaharil Mohd Zain, Prof. Dr Abdullah Hassan, Ainon Mohamad dan Dinsman.

Jadi memang tidak sempat untuk update perkembangan terkini berkenaan dua ADUN PKR yang dikatakan telah mengosongkan kerusi Behrang dan Changkat Jering. Dalam tempoh tidak sampai 24 jam ini, pelbagai senario tercetus dan akan diulas dan dilaporkan selepas ini...

Program malam tadi adalah lanjutan Pelancaran Kempen GMP Himpunan 100,000 Rakyat Ke Istana Negara 7 Mac depan, yang diadakan petang 31 Januari di Sogo, Kuala Lumpur. Ia dianjurkan oleh Jawatan Kuasa Bertindak Membantah PPSMI PAS Wilayah Persekutuan.

AlhamdulilLah, lebih 1,000 orang hadir mendengar ucapan pejuang-pejuang bahasa termasuklah gegaran ceramah Mohd Sabu dan Hanifa Maidin. Pak Samad mendeklemasikan sajaknya yang indah, menyindir sinis kerajaan dan memukul tajam para para pencinta PPSMI.