KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Jun 06, 2009

Perwakilan Melaka minta bebaskan institusi kehakiman dari cengkaman BN

SHAH ALAM: Krisis kehakiman yang berpunca dari campur tangan politik ke atas badan legislatif itu menyebabkan negara berada diambang keparahan.

Malah krisis kehakiman juga menyumbang 'malu' kepada Malaysia yang selama ini hanya pandai mengutarakan dakyah kononnya mereka menghormati keadilan dan proses undang-undang.

Perwakilan Muslimat PAS Melaka, Hawa Yaakob dalam membicarakan isu ini telah mengutarakan usul berhubung membebaskan institusi kehakiman dari campur tangan politik dalam sesi pembentangan usul sempena Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat di Dewan Bankuet, MBSA pada 4 Jun lalu.

Antara hujah pembentang usul tersebut ialah, badan kehakiman tidak lagi bebas sejak peristiwa pemecatan Tun Salleh Abbas hingga kepada tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad memecat Dato' Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Krisis berlarutan hingga mahkamah dilihat sebagai 'boneka' kepada Umno/BN yang ketika itu dikuasai Mahathir, menyebabkan masyarakat dunia mentertawakan institusi kehakiman dinegara ini, kata perwakilan Melaka.

Tidak cukup dengan itu, Umno/BN di bawah Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini, Dato' Seri Najib Tun Razak memperalat institusi kehakiman dalam kes rampasan kuasa di Perak selain mewujudkan persoalan dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibu.

Perwakilan Melaka meminta muslimat PAS Pusat menggesa PAS Pusat memaksa institusi kehakiman agar bebas dari campur tangan politik, kata perwakilan tersebut.

Usul tersebut diterima tanpa bangkangan, demikian kata Timbalan Pengerusi Tetap, Wan Hamidani semasa memutuskan status usul tersebut.

Tiada ulasan: