KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Jun 06, 2009

Ulama mahu tiga jawatan teratas PAS - Presiden, Timbalan Presiden dan satu kerusi Naib Presiden

SHAH ALAM: Dewan Ulama PAS telah meluluskan usul supaya jawatan presiden, timbalan dan satu daripada tiga naib presiden parti itu diperuntukkan kepada golongan ulama dalam usaha memantapkan golongan itu.

Usul Dewan Ulama Terengganu itu dibuat atas dasar ulama telah mempelopori penubuhan PAS dan menerajui kepemimpinan ulama sejak 27 tahun lalu - apabila era Datuk Asri Muda yang dianggap nasionalis ditumbangkan pada 1982.

"Ini bukan bermaksud hendak mengetepikan sumbangan yang diberikan oleh kepimpinan besar dalam jemaah yang bukan ulama, seperti aktivis. Tetapi jawatan presiden dan timbalan hanya satu sahaja. Dan satu daripada tiga tempat untuk naib. Perkara ini perlu dipertegaskan balik," kata pembentang usul Nik Masri Nik Malik.

Dalam sesi perbahasan Ucaptama Ketua Dewan Ulamak perwakilan negeri itu membuat gesaan yang serupa dengan alasan dua jawatan teratas menganggotai badan berpengaruh besar dalam penggubalan dasar parti iaitu Majlis Syura.

Saiful Bahari Mamat berkata, perkara itu mesti dipertegaskan kembali kerana ia digariskan dalam perlembagaan parti.

Sementara itu ketua baru Dewan Ulama, Datuk Harun Taib berkata, usul tersebut bukanlah satu keutamaan kepadanya, sebaliknya ingin meraih sokongan lebih besar buat PAS daripada pelbagai pihak.

"Saya tidak tumpu kepada usul itu, tetapi kerja yang lebih besar daripada itu bagi saya, (kita hendaklah) membesarkan lagi (sokongan kepada) PAS supaya mendapat sokongan masyarakat pada masa akan datang," katanya.

Kira-kira 200 perwakilan – kebanyakannya lelaki pertengahan umur menghadiri Muktamatr Dewan Ulama PAS yang bersidang di auditorium Muzium Shah Alam, 4 Jun lalu.

Tiada ulasan: