KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Jun 06, 2009

Ulama disaran nilai kedudukan strategik mereka dalam PAS

SHAH ALAM: Sudah sampai masanya ulama PAS menilai kembali kedudukan strategik mereka di dalam parti tersebut. Perkara ini ditegaskan wakil Ulama Muda, Ustaz Mohamad Arif Ashad pada sesi penangguhan Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Pusat pada hari ini.

"Dalam suasana sebelum kemenangan dicapai, Dewan Ulama berperanan sebagai rakan kongsi strategik kepada sebuah pemerintahan," katanya yang juga mewakili Dewan Ulama PAS Wilayah Persekutuan.

Namun ujarnya, selepas mendapat amanah kepimpinan negara dan sesebuah tempat, fungsi tersebut perlu dipertingkatkan dan dinilai kembali.

"Dewan Ulama PAS hendaklah mengepalai tindakan dan koordinasi antara sayap-sayap mahupun parti-parti bagi melaksanakan peranan yang sepatutnya. Kami berharap agar PAS Pusat menzahirkan pengupayaan dalam mengurus tadbir. dD tangan ulamalah terletak peranan bagi mengukuhkan kepimpinan ulama," ujarnya.

Tiada ulasan: