KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, Januari 09, 2011

Ada berani tubuh Suruhanjaya Diraja kesan apa yang dilindungi kerajaan dalam kes kematian negri Teoh Beng Hock

Tuan Ibrahim Tuan Man mahu pihak media yang membuat tohmahan kononnya Beng Hock membunuh diri  segera memohon maaf secara terbuka kepada keluarga beliau dan rakyat Malaysia

PAS mendesak diadakan siasatan sepenuhnya terhadap kematian Teoh Beng Hock dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja, tegas Naib Presidennya, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man kepada Harakah.

Katanya, masa yang lama diambil dalam siasatan koroner telah menunjukkan tidak ada penyelesaian yang konkrit dalam kes ini malah, keputusan mahkamah 5 Januari lalu, jelas menunjukkan tidak ada unsur bunuh diri sebagai mana dilaporkan oleh media massa sebelum ini. 

PAS katanya, mendesak supaya pihak media yang membuat tohmahan itu memohon maaf secara terbuka kepada keluarga Beng Hock dan rakyat Malaysia amnya dengan mengeluarkan kenyataan penuh bagi menghormati keputusan mahkamah tersebut. Ustaz Tuan Ibrahim juga mencadangkan supaya pegawai SPRM yang terlibat dalam penyiasatan mangsa pada malam kejadian digantung tugasnya bagi memudahkan siasatan dijalankan.

"Perkara ini merupakan prosedur biasa dalam mana-mana jabatan. Kes ini mestilah menjadi pengajaran besar kepada negara dengan memastikan semua pihak berkuasa hendaklah mematuhi prosedur soalsiasat agar kejadian sebegini tidak berlaku dimasa hadapan," ujar beliau.

Sementara itu, Peguam PAS, Mohamed Hanipa Maiden (gambar kanan) menegaskan, sejak dari awal lagi sebelum inkues dibuat, keluarga dan para peguam mendiang Beng Hock telah mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya, namun ketika itu kerajaan berdegil.

"Saya lihat ada sesuatu yang sebenarnya cuba ditutup. Bukan saya tidak terima keputusan inkues. Inkues ini hanya dikendalikan oleh seorang majistret yang hierakinya dalam kehakiman adalah paling bawah. Saya tidak pertikai wibawa majistret tersebut, tetapi sebenarnya persoalan yang penting ialah apa yang cuba diselindungkan dalam kes kematian semasa dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ini?" katanya.

Pada 6 Julai lalu, Mahkamah Koroner menolak bunuh diri sebagai punca kematian Teoh pada 2009. Koroner Azmil Muntapha Abas, yang mendengar inkues bagi menyiasat punca kematian Beng Hock mulai 29 Julai 2009, turut memutuskan bahawa tidak ada penglibatan pihak ketiga dalam kes ini. Beng Hock ditemui mati pada 16 Julai, 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di Pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan tersebut.

Mengulas lanjut, Hanipa berkata, jika kerajaan bersungguh dan telus tanpa melindungi sesiapa, seharusnya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk benar-benar memberikan keadilan kepada keluarga Beng Hock.

"Apa yang saya boleh katakan ialah, tuduhan kerajaan sebelum ini kononnya mendiang membunuh diri adalah tidak boleh terpakai dan ditempelak dengan keputusan inkues ini. Cuma apa punca kematian mendiang? Ini yang saya katakan perlunya satu siasatan menyeluruh oleh suruhanjaya," katanya. Hanipa turut menjangkakan keluarga Beng Hock akan memfailkan semakan kehakiman berdasarkan kepada keputusan inkues tersebut.

Sementara itu, Majlis Peguam Malaysia turut menggesa supaya kerajaan menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung punca kematian Beng Hock. Presidennya, Ragunath Kesavan berkata suruhanjaya itu perlu diberi ruang yang luas bagi menyiasat situasi dan punca kematian Setiausaha Politik kepada Exco Kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, serta menyemak soal siasat dan teknik yang digunakan SPRM.

"Kedua-dua aspek ini saling berkait dan tidak boleh dianalisis secara berasingan," ujarnya. Ragunath berkata kerumitan kes tersebut memerlukan penelitian holistik dan menyeluruh oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja.

Dalam perkembangan berkaitan, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak Kerajaan Persekutuan tidak meneruskan cadangan menubuhkan Suruhanjaya Diraja berhubung kes kematian Beng Hock. Presidennya, Dato' Ibrahim Ali (gambar kanan) berkata, tindakan itu tidak perlu memandangkan penghakiman terbuka dalam inkues sebelum ini memutuskan punca kematian Beng Hock bukan kerana bunuh diri atau dibunuh.

"Ia (keputusan) mahkamah terbuka. Jadi maksudnya, kita serah kepada polis untuk disiasat (punca kematian). Kalau ada yang bersalah, dia boleh didakwa. Kenapa hendak sibuk dengan suruhanjaya," kata Ibrahim.

Tiada ulasan: