KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Januari 17, 2011

Taktik jahat bermula: Umno guna Jabatan Pelajaran "dera" suami calon PAS Tenang

Inilah Umno. Jahatnya parti kebangsaan ini jelas sedari dulu lagi. Mereka akan lakaukan apa sahaja untuk menang. Untuk berkuku dan mencengkam kuasa di sesuatu kawasan. Era menukar guru ini sering dilakukan oleh Umno Bahagian pada tahun-tahun 80-an. Ketiak itu PAS baru bangkit dengan kepimpinan Ulamanya. 

Kini, usaha itu mahu diatur semula oleh Umno. Mempergunakan Jabatan Pendidikan Negeri untuk menyusahkan penentangnya. Umno kini lemas. Serabut perut nak hadapi kebangkitan rakyat. Mereka juga tahu, calon PAS yang baru diumumkan semalam, Normala Sudirman ada kekuatan untuk "membunuh" calon BN pada PRK kali ini.

Jabatan Pelajaran Johor cuba menukar suami kepada calon PAS di Tenang Normala Sudirman daripada kawasan itu ke Johor Bahru atas alasan beliau tidak dapat "mengawal isterinya". Arahan tiba-tiba itu, yang mengarahkan Makrof Abd Mutalib dipindahkan dalam 24 jam bagaimana pun ditarik semula selepas beberapa bantahan, lapor Malaysiakini sekejap tadi.

"Guru besar beritahu, ia kerana saya gagal kawan isteri, merujuk kepada penyertaan politiknya dalam PAS," kata Makrof yang telah mengajar di Tenang sejak 13 tahun. Ditemui ketika PAS mengumumkan calon malam tadi, Makrof memberitahu Malaysiakini bahawa beliau menerima notis pertukaran beberapa hari lagi apabila spekulasi isterinya akan bertanding pada 30 Januari ini bertiup kencang.

Menurut Makrof, notis pertukaran itu tidak menyatakan sebarang sebab. "Kami bantah keputusan itu. Normala sudah letak jawatan (sebagai guru). (Kami beritahunya) mereka tidak patut baut macam ini, jika mereka tidak menarik balik, kami akan panjangkan perkara ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau adakan sidang media. Mereka kemudian tarik balik," jelas Makrof.

Normala, bekas guru dekat Segamat, meletakkan jawatan baru-baru ini untuk berkhidmat sepenuh masa dengan parti. Menurut Makrof, notis pertukaran itu merupakan satu bentuk diskriminasi terhadap guru yang anggota keluarganya menyokong pembangkang.

Tiada ulasan: