KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Februari 01, 2011

Youtube: BN menang di Dun Tenang dengan undi Melayu dedah Ilham Center



Firma penyelidik bebas, Ilham Centre dalam kajiannya menyifatkan kemenangan Barisan Nasional di DUN Tenang, bukanlah kayu pengukur kepada pola sokongan masyarakat Melayu terhadap kerajaan Umno-Barisan Nasional. 

Pengarah Eksekutifnya, Muhamad Hisomudin Bakar ketika dihubungi Tv Selangor berkata, masyarakat Melayu di Tenang agak terpinggir dengan isu-isu semasa seraya mengakibatkan undian mereka tertumpu kepada faktor parti semata. 

"Kita melihat pengundi Melayu di Tenang bagi kerajaan, ia bukanlah satu kayu pengukur untuk corak pengundian pola Melayu ke seluruh negara sebab pengundi  Melayu di Tenang ini ia agak ekslusif kerana mereka tidak makan isu.  Faktor yang kuat ialah kerana kawasan tradisi masyarakat Melayu dan Felda, mereka memilih atas dasar parti amat tinggi. Dalam kajian kita, kita mendedahkan ia meliputi 62.5 peratus," jelas Hisomudin.   

Kerusi Dewan Undangan Negeri Tenang semalam kekal milik BN selepas calonnya Azahar Ibrahim berjaya meraih 6,699 undi berbanding calon PAS, Normala Sudirman  yang mendapat 2,992 undi.  Proses pengundian semalam berjalan dalam keadaan hujan lebat tanpa henti dan banjir di beberapa kawasan pusat pembuangan undi. 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dicadangkan untuk memanjangkan tempoh membuang undi, bagaimanapun enggan bertoleransi sehingga mengakibatkan jumlah keluar mengundi hanyalah 67 peratus walaupun suruhanjaya itu menyasarkan 80 peratus pengundi keluar untuk membuang undi masing-masing.

Malah menurut Hisomudin, kesilapan pengumuman peratusan keluar mengundi malam tadi turut membayangkan sikap tidak profesional suruhanjaya itu. 

"Kami melihat sebenarnya bila keputusan undi yang dikeluarkan berbentuk 'flip flop', seolah-olah sikap SPR ini tidak profesional dalam membuat bacaan terhadap data-data yang dikeluarkan kepada pihak media."     

Untuk rekod, seramai 73 peratus keluar mengundi pada pilihan raya umum 2008. Namun paling mendukacitakan, apabila SPR sebagai badan yang dipertanggungjawabkan mengeluarkan fakta mengelirukan apabila sebelum itu mengumumkan 71.8  peratus atau lebih 10,592 pengundi keluar mengundi.

Bagaimanapun menjelang jam 10 malam tadi, SPR mengumumkan pembetulan peratusan iaitu 66.7 peratus atau 9,736 keluar mengundi.  Namun menurut Hisomudin, jika keadaan baik, PAS mungkin berjaya menambah undi di antara 700 hingga 800 undi.

Walaupun majoriti BN meningkat kata Hisomudin, namun BN ujarnya gagal mempertahankan undi bukan Melayu yang dilihat condong ke arah pembangkang. 

"Kami melihat MCA menerima tamparan hebat sebab sepanjang pemerhatian kami di kawasan masyarakat Tionghua, bendera BN tidak kelihatan. Masyarakat Cina terkesan dengan kenaikan harga barang yang tidak terkawal di bawah pentadbiran BN sekarang. Pengundi Cina ini mereka lebih kritis berbanding Melayu," ulas Hisomudin lagi.   

Tambah beliau, imej bekas menteri kesihatan itu yang terpalit dengan skandal seks turut mempengaruhi sokongan masyarakat Cina di Tenang terhadap beliau walaupun kerusi parlimen Labis, diwariskan kepada anaknya. Bahkan pengundi Cina juga katanya, tidak lagi terpengaruh dengan momokan MCA bahawa PAS adalah sebuah parti yang bersifat extrem.  

"Saya boleh sifatkan juga berlakunya peralihan luar biasa dengan kejayaan PAS meyakinkan pengundi bukan Melayu terhadap perjuangan mereka. Dahulunya PAS dianggap sebagai ekstrem, radikal, negara Islam dan sebagainya yang dilabelkan kepada PAS,nampaknya berjaya dijelaskan kepada masyarakat Tionghua dan meningkatkan pola sokongan kepada parti berkenaan.      

Sementara itu, mengulas pola pengundian masyarakat Melayu di Tenang, Hisomudin tidak menolak kemungkinan kenaikan harga getah menyebabkan pengundi mudah merasa selesa walaupun harga bahan keperluan asas meningkat naik. 

"Mungkin kita boleh anggap kenaikan harga getah itu memberikan sedikit keselesaan kepada pengundi Melayu yang beranggapan begitu," kata Hisomudin. 

Menurutnya lagi, jentera BN juga kelihatan begitu bersungguh-sungguh untuk memenangi undi masyarakat Melayu yang terang-terangan memihak kepada mereka sehingga mengabaikan pengundi bangsa lain terutama sekali pengundi Cina yang memihak kepada parti lawan. 

"Daripada segi kerahan untuk membawa keluar pengundi,kita melihat dalam keadaan banjir, jentera BN memang tenyata fokus untuk mengeluarkan pengundi Melayu berbanding dengan undi Cina," tambahnya lagi.   

Justeru katanya, tidak ada penanda aras paling jelas kepada BN untuk mengukur sokongan dan keyakinan rakyat berbangsa Melayu kepada mereka.  Manakala Pakatan Rakyat pula katanya, walaupun kalah di Tenang namun ia menyaksikan sokongan bukan Melayu terus memihak kepada gagasan itu dan usaha perlu dilipatgandakan untuk meyakinkan pengundi Melayu serta bergerak dalam kesepaduan yang utuh.   

"Pakatan Rakyat juga perlu bermuhasabah dan menilai semula kerana sebenarnya pola sokongan Pakatan Rakyat meningkat di kalangan pengundi bukan Melayu dan perlu menembusi keyakinan orang Melayu untuk memilih Pakatan Rakyat pada pilihan raya akan datang," kata Hisomudin.   

"Sedikit kelemahan kepada Pakatan Rakyat ialah ia tidak wujud dalam satu wajah gabungan yang padu berdepan dengan jentera kerajaan," tambahnya lagi.  

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tuan,
Inilah juga fenomena masyarakat Melayu di Perlis. Perlis tidaklah 'ulu' sangat, tetapi masyarakatnya tak makan isu. Undi mereka masih dipengaruhi oleh siapa paling banyak berbudi. Sejahat mana pun orang itu, asalkan pandai berbudi, itulah yang terpilih.

Zolkharnain Abidin

Tarmizi Mohd Jam berkata...

Kesian orang macam ni Ustaz. Apa cara yang boleh kita lakukan utk menyedarkan mereka? Di N9 seorang lagi peneroka menang saman Felda 29 Jan lalu. Tapi di Tenang, peneroka lah yang memenangkan BN. Mereka tak tahu langusng apa yang Felda lakukan secara halus ke atas mereka. Moga genarasi ini punah dan digantikan dgn genarasi yang celik ilmu, celik politik, celik perubahan.

aween berkata...

mereka kata jangan tak kenang budi..mereka tak menghayati cerita nabi Musa dengan Firaun,susahnya kalau mereka tidak mahu menggunakan akal utk berfikir..biasiswa yang sudah tiada.entah apa keistimewaan orang melayu dapat,minyak sama je reganya.beli barang tak dapat murah,cuma kalau saya beli barang kat China saya dapat murah sebab rupa saya macam China.