TERBARU dari Pekan, Pahang. Berita terkini diterima sebentar tadi dari http://www.pahangdaily.co.cc/: Sungguh mendebarkan nampaknya kerana ia berkaitan dengan kehilangan dua orang Exco PKR dari Perak sejak empat hari yang lalu.
Kami mendapat maklumat kini mereka berdua sedang berada di rumah Timbalan Perdana Menteri Dato' Najib Razak di Pekan Pahang. Najib khabarnya sedang memujuk kedua-dua exco terbabit iaitu Jamaluddin Md Radzi dan Osman Jamlu untuk keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) malam ini juga.
Kami difahamkan kini rumah Najib sedang dikawal ketat oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Mungkin ia bagi menggelakkan berlakunya insiden yang tidak diingini dan Najib mahu perbincangan membawa Exco PKR terbabit berjalan dengan lancar dan teratur agaknya.
Tambah mengejutkan kami juga mendapat maklumat langsung dari rumah Najib sekarang ini bahawa terdapat juga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berada di sini sekarang ini. Apa ke jadah mereka berada di rumah Najib !! .
Ini bermakna mereka sengaja mahu menggertak dua Exco PKR terbabit jika tidak mahu masuk UMNO dan tinggalkan PKR maka kes rasuah mereka akan diteruskan dan mereka bakal berhadapan dengan tindakan keras bahkan boleh dipenjarakan jika disabitkan dengan kesalahan.
Namun, kami agak hairan dan musykil dengan senario ini sebenarnya. Sesuatu yang amat mendukacitakan jika Najib meneruskan usaha dan cara "politik baru"nya ini. Ternyata ia amat berbahaya dan perlu dielakkan demi perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
NASIHAT SAYA: Masih meneliti kebenaran berita ini. Bagaimanapun, ia terpulang kepada persepsi pembaca sekalian berhubung perkembangan terbaru politik Perak ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan