KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Jun 10, 2009

Kontroversi: PAS rayu agar semua pihak tidak membangkitkan isu Kerajaan Perpaduan

Mustafa Ali diapait oleh Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Shamsuri (kiri) dan Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Roslan SMS (kanan)

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa bersetuju dengan saranan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali agar seluruh pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat menghentikan segala kenyataan yang boleh mengelirukan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat khususnya mengenai Kerajaan Perpaduan.

Jelasnya, isu kerajaan perpaduan ini telah menimbulkan banyak salah faham pelbagai pihak.

"Apa yang dimaksudkan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ialah PAS tidak menutup ruang perbincangan dengan sesiapa dan tidak pula menyebut hendak membawa PAS kepada Umno dan Barisan Nasional.

"Jadi, akibat daripada kekeliruan kenyataan ini, saya ingin menyebut sebagaimana saya nyatakan dalam ucapan penggulungan Muktamar PAS, PAS tidak pernah mempunyai hasrat untuk membawa PAS kepada Umno dan Barisan Nasional," tegasnya.

Nasharudin menjelaskan PAS tidak pernah membesarkan mengenai Kerajaan Perpaduan ini. Sehubungan itu katanya, tumpuan PAS ialah untuk memperkukuh parti dan Pakatan Rakyat serta bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Kecil Manek Urai.

Terdahulu, Mustafa dalam sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pada 9 Jun lalu merayu seluruh pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat supaya megnhentikan kenyataan yang berkait dengan isu-isu yang boleh memberi kekeliruan kepada penyokong PAS khususnya berkaitan dengan kerajaan perpaduan.

"Saya menggunakan perkataan merayu kerana saya tidak ada autiriti untuk arah (mengarah). Jadi saya merayu khususnya pimpinan PAS agar tidak ada sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan, yang akan memberikan barangkali gambaran serta persepsi negatif.

"Tugas saya hari ini bersama jentera pilihan raya PAS ialah lawan dengan Barisan Nasional. Berbicara mengenai Kerajaan Perpaduan adalah tidak relevan pada waktu ini. Sebab apabila kita menggunakan apa istilah pun mengenai kerjasama ini, ia 'misleading'. Sebab kerjasama kita hari ini adalah dengan Pakatan Rakyat. Kalau 'engagement' ya. Kita nak bercakap dengan MCA dan MIC tidak ada masalah. Bercakap tidak salah," katanya.

Dalam pada itu beliau turut memberi respons kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang meminta PAS memberi penjelasan mengenai pembentukan Kerajaan Perpaduan.

"Saya tidak salahkan Guan Eng membuat kenyataan itu. Saya tahu memang ada dilontarkan oleh Presiden PAS mengenai Kerajaan Perpaduan ini. Tapi ia hanya satu teori dan konsep. Pada saya sekadar melontarkan itu tidak salah," katanya.

Jelas Mustafa, isu mengenai Kerajaan Perpaduan pernah dilontarkan dalam Mesyuarat Jawatan Kuasa PAS tetapi tidak pernah dibincangkan sehingga menjadi satu keputusan. Mustafa juga berkata beliau dimaklumkan ada perbincangan antara Abdul Hadi dengan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim tentang konsep Kerajaan Perpaduan ini.

Beliau turut difahamkan Abdul Hadi, Anwar dan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Harun Din mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi memberi penerangan mengenai perkara tersebut.

"Saya tidak tahu apa respons Tuan Guru Nik Abdul Aziz selepas itu. Dan kemudian berlaku peralihan kuasa daripada Abdullah kepada Najib. Sebab itu, bagi saya mungkin Tuan Guru Abdul Hadi apabila beliau maklumkan perkara tersebut kepada Anwar sebagai pemimpin Pakatan Rakyat, mungkin dia mengandaikan maklumat tersebut sampai kepada DAP.

"Tetapi apabila DAP mengatakan tidak tahu mengenai perkara ini, maknanya maklumat tersebut tidak sampai kepada DAP," jelasnya.

Beliau berpendapat, kenyataan yang timbul adalah disebabkan berlaku salah faham mengenai isu Kerajaan Perpaduan ini. Bagaimanapun katanya, isu ini tidak akan berbangkit setelah diberi penjelasan.

Justeru katanya, dalam perjumpaan dengan pemimpin Pakatan Rakyat akan datang, isu mengenai Kerajaan Perpaduan ini akan dapat diterangkan oleh Presiden PAS sendiri.

6 ulasan:

Tuk Ketuo berkata...

Tu la la lain kali den nak posan pado geng Nasa dan Nasa sendiri kalau buek kojo pikir bebaik dulu jangan ikut sodap raso yo.

Sepatutnyo muhasabah diri Allah bagi umat manusio kt Malaysia ni berubah dan berani menyokong PAS tapi kau sumo jangan la khianat pulak.

Mohamad Shafri Shamsudin berkata...

Kepada Tok ketua. Bilo pulak Nasa tu kianat. Den raso kau ni memang tak baco maklumat terkini. kau ni memang nak rosakkan perpaduan dalam PAS ko? Bukan geng Nasa jo yang patut muhasabah diri, tapi kau dan orang lain pun kono muhasabah diri. Napo? Diri ko tu dah suci bonar ko. Tulah kau ni asyik nak terimo berito fitnah. Tu sobab kau pun jadi macamni. Setiap borito lain kali kono tapis, perikso samo ado berito tu boto atau tidak. Jangan asyik nak tibai orang jo kojo kau.

Tanpa Nama berkata...

Assalam'mualaikum dan salam sejahtera,

Saya cadangkan agar SEMUA ULAMA isi jawatan dalam PAS. Kami mahu ulama tampal poster, ulama buat ceramah, ulama anjur demontrasi, ulama buat rundingan NGO, ulama kukuhkan kerjasama dgn Umno; pendek kata orang bukan ulama tak payah susah-susah nak sibuk dalam PAS sekarang.

Tak payah ke hulu ke hilir buat kerja parti. Kita bagi ulama buat. Pemuda pun kata, kini giliran mereka nak buktikan ulama boleh buat semua kerja.

Mat Sabu tak payah penuhi ceramah seluruh Malaysia. Rehat saja di rumah atau isi ceramah di masjid surau dan kawasan rakan taulan. Buat apa susahkan badan.

Begitu juga Husam. Tumpu saja di Kelantan. Biar ulama cari duit untuk projek Kompleks PAS Pusat di Bangi tu. Biar ulama yang buat kerja kali ini.

Sudah terang lagi bersuluh. Ulama memang nak wujudkan benteng antara ulama dan profesional. Mereka yang gilakan kuasa, tengok usul ulama untuk dapatkan kerusi presiden, timbaln dan satu kerusi naib presiden untuk ulama... bukti kegilaan itu.

Jangan bimbang. Kita bagi ulama memimpin. Biar mereka buktikan bukan setkat baca doa dan imam solat tapi boleh jadi hulubalang, penglima perang, pemimpin genius, ketua bijaksana; pendek kata macam ulama warasatul anbiya' yang disebut oleh nabi saw.

Orang JIM dalam PAS, orang Umno yang dah masuk PAS, orang lain-lain fahama dalam PAS boleh basuh kaki undur dan duduk tengokj sahaja ulama buat kerja.

PAS boleh pinda perlembagaan, tukar Parti Islam SeMalaysia jadi Parti Ulama SeMalaysia. PAS kepada PUS pula.

Mari kita yang bukan ulama tubuh parti baru yang guna perlembagaan sama seperti PAS. Kita ramai pemimpin. Bukan semua ulama atau ustaz setuju dengan Kerajaan Perpaduan. Bukan semua setuju dengan Hadi dan Nasharuddin.

Mohd Nasha Abdul Halim
Lorong Haji Taib, KL

Tanpa Nama berkata...

Assalam'mualaikum dan salam sejahtera,

Saya cadangkan agar SEMUA ULAMA isi jawatan dalam PAS. Kami mahu ulama tampal poster, ulama buat ceramah, ulama anjur demontrasi, ulama buat rundingan NGO, ulama kukuhkan kerjasama dgn Umno; pendek kata orang bukan ulama tak payah susah-susah nak sibuk dalam PAS sekarang.

Tak payah ke hulu ke hilir buat kerja parti. Kita bagi ulama buat. Pemuda pun kata, kini giliran mereka nak buktikan ulama boleh buat semua kerja.

Mat Sabu tak payah penuhi ceramah seluruh Malaysia. Rehat saja di rumah atau isi ceramah di masjid surau dan kawasan rakan taulan. Buat apa susahkan badan.

Begitu juga Husam. Tumpu saja di Kelantan. Biar ulama cari duit untuk projek Kompleks PAS Pusat di Bangi tu. Biar ulama yang buat kerja kali ini.

Sudah terang lagi bersuluh. Ulama memang nak wujudkan benteng antara ulama dan profesional. Mereka yang gilakan kuasa, tengok usul ulama untuk dapatkan kerusi presiden, timbaln dan satu kerusi naib presiden untuk ulama... bukti kegilaan itu.

Jangan bimbang. Kita bagi ulama memimpin. Biar mereka buktikan bukan setkat baca doa dan imam solat tapi boleh jadi hulubalang, penglima perang, pemimpin genius, ketua bijaksana; pendek kata macam ulama warasatul anbiya' yang disebut oleh nabi saw.

Orang JIM dalam PAS, orang Umno yang dah masuk PAS, orang lain-lain fahama dalam PAS boleh basuh kaki undur dan duduk tengokj sahaja ulama buat kerja.

PAS boleh pinda perlembagaan, tukar Parti Islam SeMalaysia jadi Parti Ulama SeMalaysia. PAS kepada PUS pula.

Mari kita yang bukan ulama tubuh parti baru yang guna perlembagaan sama seperti PAS. Kita ramai pemimpin. Bukan semua ulama atau ustaz setuju dengan Kerajaan Perpaduan. Bukan semua setuju dengan Hadi dan Nasharuddin.

Mohd Nasha Abdul Halim
Lorong Haji Taib, KL

Tanpa Nama berkata...

Assalam'mualaikum dan salam sejahtera,

Tok Guru Nik Aziz boleh jadi Presiden. Dia berani dan tegas. Walaupun kumpula pro muqabalah tuduh dia macam-macam. Sisa-sia usianya itu mesti dimanfaatkan untuk kesinambungan perjuangan Islam di negara ini.

Ulama kita cukup pelik. Yang anjur solat dua imam, tak makan sembelih Umno, nikah dua kali, kafir-mengkafir ialah dari kalangan ulama Terengganu.

Mereka seperti Tok Guru Harun Taib, Tok Guru Hadi Awang, Tok Guru Mustafa Ali, Tok Guru Latif Mohamad Besut, Tok Guru Ghazali Losong, Tok Guru Bakar Chik, Tok Guru Bakar Abdullah, Tok Guru Wan Mutalib dll.

Kini mereka inilah yang beriya-iya mahukan bekerjasama dengan Umno dan kongsi kuasa atas nama Kerajaan Perpaduan. Pelik bin ajaib. Amanat Haji Hadi sudah terbalik.

Kalau bukan bekerjasama, macam mana Kerajaan Perpaduan boleh dibentuk? Kerajaan ini hanya boleh dibuat dengan orang yg pegang kuasa macam Umno. Ia tak boleh buat dengan PKR atau DAP. Ia tak boleh berlaku dengan NGO.

Sebab itu, cakap tak serupa bikin PAS begitu ketara. Hadi baik, Nasa baik, Harun taib dan Haron Din baik kata, "kita mengadakan muqabalah atau muzakarah dengan semua pihak termasuk Umno (Parti lawan".

Tetapi mengapa usul Dewan Muslimat untuk haramkan SIS diluluskan. Kenapa tidak aktifkan muzakarah atau muqabalah? Hantar ulama yang hebat-hebat pathkan hujah SIS. Ranapkan hujah SIS. Ulama muslimat, ulamah muda dan ulama tua yang handal-handal dalam PAS kan ramai.

Muqabalah ini terkandung dalam ucapan dasar tapi usul itu jelas bercanggah dengan prinsip yang diperjuangkan.

Kalau dgn DAP yang kafir itu boleh bermugabalah, NGO yang kafir juga boleh bermuzakarah, mengapa SIS diharamkan, dimatikan, ditolak ketepi? Pelik ni...

Sebabnya, hujah bermuqabalah dengan semua pihak itu membawa makna hanya untuk Umno sahaja. "Semua pihak" hanya untuk kelabui mata ahli PAS dan orang lain.

Tetapi, orang PAS sekarang tidak bingung lagi. Mereka celik. Ahli tak takut dan gentar dengan isu "wala'" dan "siqah" yang diutarakan oleh Haron Din. Itu isu lama. Itu isu untuk menyelamatkan diri pimpinan yang bersalah.

Mohd Nasha Abdul Halim
Lorong Haji Taib, KL

Tanpa Nama berkata...

Assalam'mualaikum dan salam sejahtera,

Ahli PAS boleh taat dan patuh pada pimpinan yang jujur dan amanah. Bukan pimpinan yang terang-terang menipu dan berbohong macam Haron Din. Hujah diapun pada muktamar minggu lalu dangkal ketika jawab kecaman Husam.

Ahli PAS jangan bimbang. Kita bagi sahaja kepada Haron Din tentukan nasib dan masa depan PAS. Kemasukannya dalam haraki kepimpinan cukup menampakkan kelaiann sikap PAS terhadap Umno. Soal dia Haron Din lebih Umno dari pemimpin Umno itu soal dia. Tapi dalam PAS, Haron kena ikut kehendak PAS bukan PAS kena ikut kehendak dia.

Tapi nampaknya, dia nak bawa PAS berkongsi kuasa dengan Umno. Hadi setuju. Nasharuddin setuju. Harun Taib dan Cikgu Pa setuju.

Cumanya, mereka sedang berfikir macam mana nak bagi seluruh ahli PAS setuju dgn syor itu? Ada AJK PAS Pusat minta Presiden jelaskan dalam Mesyuarat AJK sebelum sebelum muktamar tentang apa yang dikatakan Kerajaan Perpaduan.

Tok Guru Bakar Chik dan Tok Guru Harun Taib minta supaya Presiden bagi penerangan kepada AJK semua. Tapi dihalang oleh Cikgu Pa. Belum masanya. Kita cool dulu.

Dalam muktamar ke55 tak berbangkit isu Kerajaan Perpaduan. Tapi dalam sidang media Hadi dan Nasharuddin beriya-iya melahap isu ini dengan penuh ghairah. Media melaporkan. Media tidak menokoh tambah. Itulah yang disebut mereka.

Bila jadi bising. Semua orang cakap. PKR dan DAP nafi mereka tahu hal itu... tenggelam punca pula Presiden. Mula kata itu idea yang dilontar kepada umum. Cara layanannya macam ia suatu agenda khusus PAS menuju perkongsian kuasa dgn meninggalkan PKR dan DAP yang ada tahaluf siasi.

Ustaz Ahmad Awang ketika menggulung perbahasan mengesahkan ada dikalangan pemimpin PAS kat pentas itu, yang mahu membawa PAS berkongsi kuasa dengan Umno.

Katanya, tuan-tuan jangan tak percaya, ada pemimpin kita yang mahu PAS kongsi kuasa dengan BN. "Saya tak mahu sebut siapa, tapi ada," katanya sambil mengesahkan pemimpin itu menelefon beliau sewaktu krisis awal pembentukan Kerajaan Perak. Pemimpin PAS itu mahu Ahmad Awang fikirkan kongsi kuasa dengan Umno Perak.

Paling teruk, setahun yang lalu semasa rundingan dgn Pak Lah, jawatan menteripun sudah diagihkan. Jawatan MB negeri-negeri tertentupun katanya sudah diagihkan. Koata bertanding kerusi Parlimen dan Dunpun telah ditetapkan. Inilah yang menjadi kemarahan dalaman pemimpin tertentu yang tak sebulu dengan ulama.

Lagi teruk, semua pertemuan dan rundingan sulit dalam gelap tidak dilaporkan kepada Dewan Harian dan JK PAS Pusat. Moderator rundingnya Nasharuddin dan Haron Din.

Bila isu ini panas pada muktamar tahun lalu, dikatakan pula mendapat persetujuan atau kelulusan Majlis Syura Ulama. Tetapi sehingga kini, Dewan Harian dan JK PAS Pusat tidak dimaklumkan apa isi pertemuan atau rundingan itu.

Kini, perpecahan kian ketara. Ahli-ahli bawahan sudah disindir sinis oleh rakan taulan. Ahli macam hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PAS.

Ini menyebabkan Cikgu Pa terpaksa tutup isu Kerajaan Perpaduan ini pada sidang media 9 Jun lalu. Dia minta pemimpin PAS termasuk Hadi dan Pakatan tidak membangkitkan isu ini lagi. Hentilah.

Soalnya, siapa yang memulakannya? Siapa yang gatal mulut bercakap dengan media isu ini? Dulu kata sudah ditarik balik tetapi masa muktamar ligat semula isu ini dihidupakan? Siapa yang menghidupkannya?

Fikir-fikirkan lah wahai ahli-ahli PAS sekalian. Dunia tanpa sempadan sukar untuk menutup apa jua maklumat dan kritikan sulit terhadap pimpinan parti. Lambat laun, ia akan meletup juga tembelang buruk pimpinan. Wassalam.

Mohd Nasha Abdul Halim
Lorong Haji Taib, KL