KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, Januari 23, 2011

Datang ramai-ramai: Ceramah Rakyat "Umno Derhaka Lagi" di Markaz PAS Taman Melewar 26 Januari ini


Kengganan dan sikap berbelit-belit Umno Selangor untuk tidak mahu menyokong usul pindaaan mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang akan dibongkar dalam Ceramah Rakyat "Umno Derhaka Lagi" Rabu, 26 Januari ini.

Menurut Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Batu, Tarmizi Mohd Jam, ceramah rakyat ini akan disampaikan oleh Timbalan Speaker Dun Selangor, Haniza Talha yang juga Adun Taman Medan, seorang yang berautoriti unutk membicarakan isu ini. Bersama beliau, penganalisa politik terkenal, Ahmad Subky Abdul Latif (bekas Ketua Penerangan PAS Pusat) dan Ann Wan Seng (bekas Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat). 

Program bermula jam 9.30 malam di Dataran Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar. Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai. Dan sebarkan maklumat ini kepada semua blog, website, Facebook dan Twitter anda.

Tarmizi yakin, Adun Umno-BN tidak akan mengundi bagi memberikan kuasa terhadap Sultan dalam hal ini kerana mereka lebih suka menyokong Tun Mahathir Mohamad yang telah "mengurangkan" imuniti Raja-raja Melayu pada tahun 1993 yang lalu. Lantaran itu, ia menjadi prinsip Umno. Maka BN Selangor tidak sekali-kali akan berkongsi undi walaupun satu bagi menyokong pindaan ini dibuat.

"Tindakan ini akan menjelaskan kepada umum dan Tuanku Sultan bahawa Umno-BN sebenarnya berpura-pura menyokong Istana, ketuanan melayu dan hak Sultan, sebaliknya apabila terkena batang hidung mereka, maka mereka akan mengelak dan berdalih," jelas Tarmizi kepada Sanggahtoksago.Com

Tiada ulasan: