PAS Kawasan Batu menyifatkan kemelut pelantikan SUK di Selangor sebagai tindakan terdesak PM, Najib Tun Razak bagi mengembalikan kuasa Umno-BN di negeri itu secara tidak demokrasi. Ini pernah dilakukan oleh mereka di Perak dengan campurtangan dan peranan SUK sehingga tergulingnya Kerajaan PR pimpinan MB Besar, Nizar Jamaluddin.
Menurut Ketua Penerangannya, Haji Jamhur Nawawi, "projek kacau" diatur sedemikian rupa bagi menarik perhatian rakyat kononnya Pakatan Rakyat "menderhaka" kepada Sultan Selangor apabila menolak pelantikan Kusrin Munawi sebagai SUK yang baru.
Jentera penunjuk perasaan mereka yang bertopengkan badan-badan NGO seperti Perkasa, GAPS dan lain-lain sudah disusun rapi bagi mengangkat segala isu yang meledak, agar mereka ke tengah berdemontrasi bagi memarakkan lagi suasana kecoh, huru-hara dan gegak-gempita agar simpati rakyat berpindah semula kepada Umno-BN selepas ini, tegasnya kepada Sanggahtoksago.Com.
Sementara itu, Setiausaha PAS Kawasan Kepong, Haji Amran Abdul Majid pula menyifatkan, usaha nekad untuk menumbangkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor ini turut dibantu oleh media tunggangan mereka seperti Utusan 1Malaysia, Berita Harian, TV3 dan RTM. Melalui paparan yang beragenda jahat itu, mereka cuba menaikkan kemarahan rakyat dan berkempen kononnya Kerajaan Pakatan Rakyat "menentang" Istana dengan harapan tercetus huru-hara bagi membolehkan dharurat diistihar.
Melalui taktik kotor ini, Umno-BN dijangka dapat merampas kembali Selangor dari tangan Pakatan Rakyat. Namun, ia cukup disedari oleh para pemimpin Pakatan Rakyat dan sentiasa berwaspada dengan mainan jijik mereka, tegas beliau ketika dihubungi Sanggahtoksago.Com sebentar tadi.
"Simbah cat merah menjadi acara kian popular sekarang, sebagai amaran keras agar menutup mulut. Dulu Umno anti demontrasi, kini mereka pula kemaruk berdemo. Maklumlah, polis pun tak sembur air asid dan tak ledakkan gas pemedih mata kepada kumpulan ini," sinis beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan