KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Januari 08, 2011

Yahudi Mark Zuckerberg makin kaya, identiti pelabur laman tersohor dunia Facebook terbongkar

Pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg (gambar bawah) yang berusia 26 tahun semakin kaya ekoran pelaburan baru yang dibuat oleh dua pelabur baru, lapor sebuah akhbar. Dedah Agensi, ekoran pelaburan baru itu, nilai kekayaan Zuckerberg kini hampir AS$14 bilion (RM42.92 bilion).

Firma Goldman Sachs membuat pelaburan sebanyak AS$450 juta (RM1.37 bilion) dan syarikat Digital Sky Technologies membuat pelaburan AS$50 juta (RM153.30 juta).

Pelaburan dalam bentuk wang tunai itu membolehkan Facebook mengupah pekerja baru selain mengekalkan pekerja sedia ada. Ia juga menyebabkan nilai Facebook meningkat kepada AS$50 bilion (RM153 bilion).

Zuckerberg yang memiliki suku saham dalam laman itu dan bilionair termuda di dunia akan meningkatkan kekayaannya kerana sebelum ini majalah Forbes membuat anggaran kekayaannya berjumlah AS$6.9 bilion (RM21.15 bilion) semasa Facebook bernilai AS23 bilion (RM70.51 bilion). 

Sementara itu, sebuah syarikat pelaburan Rusia, DST Global yang dilaporkan melabur sebanyak AS$50 juta (RM153.3 juta) di dalam syarikat laman sosial Facebook adalah milik taikun Internet, Yury Milner (gambar atas), lapor sebuah akhbar.

Milner juga merupakan pengerusi Kumpulan Mail.Ru yang kini berkembang menjadi firma Internet terbesar di Rusia. Kedua-dua syarikat itu telah memperoleh keuntungan besar dalam sektor laman jaringan sosial.

Menurut AFP, kumpulan itu mempunyai 2.38 peratus pelaburan di Facebook termasuk DST Global yang jumlahnya tidak didedahkan tetapi laporan tahun lalu mendedahkan bahawa ia adalah sebanyak 10 peratus.

Laporan daripada akhbar The New York Times baru-baru ini menjelaskan bahawa sekiranya DST Global melabur sebanyak AS$50 juta (RM153.3 juta) dalam Facebook, jumlah gabungan pelaburan firma itu bersama Mail.ru dalam laman itu adalah melebihi AS$500 juta (RM1.5 billion). 

1 ulasan:

Unknown berkata...

assalamualaikum admin..sedihnya membayangkan...smakin kaye yahudi,semakin drita saudara2 di Palestine...Facebook...adeyy...dah jadi keperluan,bukan lagi kehendak..sayangnye...=(

smpai bile kite nak terus mengkayakan yahudi ni..??

"Ya ALLAH..do protect us from being mean to our brothers and sisters in Islam..especially those in Palestine..the sacred land for Muslim..do protect them from any harms made by the jews laknatullah...and do reward all those people,our brothers and sisters,with jannah..may YOU give them strength to stand and fight..and do make us here,able to strive,mujahadah,and open our heart so that we wont easily fall into the games made by the jews laknatullah...do protect us Ya ALLAH..ameen Ya Rahman...ameen Ya Rahim...