Politik Perdana Menteri, Najib Tun Razak betul-betul koma. Zero "0" sifar. Tiada lagi denyut nadi. Tak berkongsi apa yang dibincangkan itu juga menunjukkan politik koma. Tentu ada perbincangan, kalau tak, takkan bertemu mata.
Orang-orang yang terpilih juga membuktikan Najib ada agenda tersembunyi. Istana Terengganu dan bukan Istana Negara juga jadi persoalan forensik. Mengapa Pak Lah jadi "orang tua" untuk hanya mengajak MB Kelantan menghadiri "Santapan".
Tak mengapa? Itu soal orang atas. Itu kisah politik yang sarat muslihat. Barangkali seminggu, enam bulan atau setahun. Nanti isi perbincangan mereka akan pecah berderai juga. Agaknya, inilah yang difikirkan oleh Najib sejak meninggalkan Istana Terengganu malam 24 Disember itu.
Sebagai langkah menghormati titah Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri juga memutuskan untuk tidak berkongsi maklumat mengenai pertemuan sempena majlis santapan di Istana Terengganu di sini.
"Kami kena menghormati persefahaman pertemuan dan Yang di-Pertuan mahukan ia satu majlis peribadi," kata Najib pada sidang media.
Najib berkata beliau bersama pemimpin-pemimpin PAS menghadiri majlis makan malam demi menghormati undangan Yang di-Pertuan Agong.
"Sebab itu kami hadir. Itu sahaja. Tiada komen lagi," kata Najib yang diminta mengulas mengenai lapor The Malaysian Insider awal minggu ini.
Dalam kenyataan terbaru semalam, Nik Aziz menyifatkan perkara tersebut telah selesai dan tidak perlu dibincangkan lagi.
"Tak ada dah, tutup 'book' (buku) dah," kata beliau di Kota Bharu.
Pada 4 Januari lalu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong di Istana Terengganu bulan lalu tiada kaitan dengan isu politik.
Nik Aziz berkata, berkata pemergiannya itu adalah bagi menjunjung perintah Seri Paduka Baginda yang menyampaikan titahnya melalui Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika bekas Perdana Menteri itu melawatnya ketika beliau dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia di sini bulan lepas.
"Saya menghadap baginda bersama beberapa pemimpin termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di Istana Terengganu, di Kuala Lumpur atas dasar menghormati dan menjunjung titah perintah Tuanku," katanya.

0 ulasan:
Catat Ulasan