Ada macam-macam qaul. Pertemuan sulit. Santapan Diraja. Rundingan terus. Namun sehingga kini, tiada siapa tahu isi kandungan pertemuan itu. Malah tiada siapa juga tahu, apakah makanan atau menu yang disantap oleh mereka yang terpilih malam itu. Yang pasti pertemuan itu ada.
Benarkan Umno sedang koma? Di masukkan ke dalam ICU untuk dapatkan rawatan kecemasan segera. Tun Mahathir Mohamad pada tahun lalu, pernah menyifatkan Umno sebagai parti usus busuk. Usus yang sedang membusuk. Maknanya ada jangkitan kuman yang teruk. Semua orang tahu usus itu busuk tetapai usus yang dimiliki oleh Umno ini lebih busuk dari usus busuk itu. Ini kerana usus itu sedang membusuk punah.
Adakah kerana parti ini kian busuk dan membusuk maka ia perlu kepada pertolongan daripada PAS? Kenapa PAS? Kenapa tidak minta pertolongan itu daripada DAP atau PKR? Apa yang tak kena? Apapun boleh dibuat kesimpulan, Umno kini benar-benar nazak. Koma. Hanya menunggu untuk dibacakan talqin.
Tidak pernah sebelum ini Presiden Umno menunjukkan rasa cemasnya kepada pembangkang. Dalam Perhimpunan Agong Umno tahun lalu, Najib beriya-iya menyingsing lengan dan sanggup bercerai daging dengan tulang demi mem pertahankan Putrajaya. Apakah maksud tersiratnya? Barangkali dia lebih nampak Umno bakal dijunamkan dalam kubur selepas PRU-13 tanpa keranda, tanpa kain kafan.
Adakah ini yang memerlukan Najib berjumpa dengan PAS pada 24 Disember lalu. Barangkali, pertemuan itu boleh dijadikan kayu ukur tentang tahap kesihatan Umno yang dikatakn umum tengah nazak itu. Mnegikut Teori RAHMAN, memang tiada siapa lagi yang akan menjadi PM dari kafilah Umno-BN selepas ini. N yang terakhir itu ialah Najib. Selepas itu tiada.
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menggambarkan Pakatan Rakyat seratus peratus komited dan tidak tergugat kerjasama walaupun pemimpin PAS mengadakan pertemuan atas jemputan Umno di Istana Terengganu 24 Disember lalu.
Pemimpin-pemimpin PKR dan DAP menuntut penjelasan rasmi PAS meskipun Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah memberikan penjelasan kelmarin.
"Saya yakin Pakatan Rakyat seratus peratus komited, apa yang berlaku ialah ketakutan pihak Umno, bukan senang nak mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri pada masa yang sama,” kata beliau pada sidang media di sini.
"Ini menunjukkan betapa hebatnya PAS dan Pakatan Rakyat, kalau PAS sahaja mereka tak jumpa... ini kekuatan Pakatan Rakyat. Mereka sudah mula tergugat dan bimbang. Pakatan Rakyat tak terjejas kerana pertemuan ini,” kata beliau merujuk kepada laporan media mengenai pertemuan itu."
Ketika ditanya sama ada wajar PAS memberikan penjelasan rasmi sebagaimana diharapkan oleh rakan komponen mereka dalam Pakatan Rakyat – PKR dan DAP, Khalid yang juga anggota biro politik parti Islam itu berkata: "Saya merasakan perlu dan saya sudah pasti PAS akan berbuat demikian, walaupun bukan secara terbuka tetapi dalam mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat.”
"Pada konvensyen di Pulau Pinang, kita buat komitmen, kita semakin rapat,” katanya sambil menegaskan PAS sudah pun membuat keputusan menolak sebarang bentuk kerjasama politik atau Kerajaan Perpaduan dengan Umno.
"Apa sekalipun yang penting pemimpin-pemimpin PAS sudah memutuskan bahawa soal Kerajaan Perpaduan atau kerjasama politik sudah ditolak oleh ahli-ahli. Apa pun yang dibincangkan, sudah tidak perbincangan seperti itu dan tidak keinginan (ke arah itu)," katanya lagi.
Terdahulu, The Malaysian Insider melaporkan, pertemuan pemimpin-pemimpin kanan PAS dengan Presiden dan Timbalan Presiden Umno mencetuskan rasa tidak senang di kalangan rakan mereka dalam PKR dan DAP yang turut mahukan penjelasan rasmi parti Islam itu. Justeru mereka mahu PAS mendedahkan butiran hasil perbincangan itu.
Kata Khalid, pertemuan tempoh hari juga menunjukkan "betapa terdesaknya Umno-BN mahu menggunakan atau memberi idea supaya Yang di-Pertuan Agong menjemput pemimpin-pemimpin PAS hadir." Katanya lagi, Umno-BN sedar bahawa PAS tidak akan hadir jika pihak berkenaan yang mengundang menghadiri seumpama itu.
1 ulasan:
kesimpulan mudah Tarmizi ialah Umno kini benar-benar nazak. Koma. Hanya menunggu untuk dibacakan talqin.
Nampaknya anta terlupa, yang menentukan hidup dan mati adalah Tuhan.
kadang2 orang yang nazak tak mati tapi orang yang melawatnya mati sebab aksiden dan sebagainya.
Jadi jangan takbur. Tok guru anta pun kata pertemuan tu tak ada apa2. Hanya memenuhi undangan.
Tok guru anta pun, anta nak fitnah?
Catat Ulasan