Pakatan Rakyat terus mara membela rakyat dengen mengemukakan pelbagai cadangan hasil penjimatan belanja berhemat negara, jika meneng nanti.
Biarkan juak-juak Umno ini "muntah darah" dengan ejekan dan perangai kurang ajar mereka terhadap rakyat selama ini khususnya orang-orang Melayu yang merempat di bumi sendiri.
Guru-guru atau pendidik di negara ini antara yang amat gembira jika Pakatan Rakyat memerintah selepas Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Tawaran memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 seorang pada setiap bulan tidak pernah difikirkan oleh kerajaan Umno-BN selama ini.
Pakatan Rakyat telah meneliti kesan kewangan dari pelaksanaan ini. Ia mengambil kira terdapat 537,221 jawatan di dalam perkhidmatan pendidikan termasuklah pengurusan kementerian (24,153), dasar dan pembangunan pendidikan (4,059), operasi pendidikan (498,399) dan pembangunan profesionalisme keguruan (10,610).
Usaha menaiktaraf mutu pendidikan negara bermula dengan reformasi pendidikan dari pihak atas (penggubalan dasar, pembangunan keguruan) sehinggalah ke tahap pengajaran di bilik darjah (keberkesanan pembelajaran dan pengajaran).
Oleh itu, Pakatan Rakyat berhasrat untuk memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 kepada semua pegawai dan guru yang bertanggungjawab di dalam sistem pendidikan kita.
Ini akan menelan belanja RM3.2 bilion setahun. Jumlah ini adalah kecil jika dibandingkan dengan pembaziran-pembaziran lain yang kini berleluasa di bawah Umno-BN.
Kos perbelanjaan semua lawatan Perdana Menteri ke luar negara setakat ini sebanyak RM8.7 juta boleh menanggung imbuhan bagi 1,450 orang guru.
Bayaran kepada Apco sebanyak RM77 juta bagi tahun 2009 boleh menampung imbuhan bagi 12,800 orang guru iaitu keseluruhan tenaga kerja yang membangunkan profesionalisme perguruan.
Pembaziran Umno-BN sebanyak RM131 juta bagi menampung perbelanjaan perunding dan kos operasi Pemandu bagi tahun 2010 boleh membayar imbuhan bagi 21,833 lagi orang guru, iaitu hampir keseluruhan tenaga kerja kementerian.
Ini belum lagi pembaziran-pembaziran mega seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada sektor korporat dan kroni, kos menyelamatkan kroni yang melibatkan Empangan Bakun sebanyak RM6 bilion dan ketirisan akibat rasuah yang dianggarkan mencecah RM28 bilion setiap tahun.
Maka tidak timbul negara akan bangkrap jika tawaran ini dilaksanakan. Persoalan sama ada negara mampu membayar imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 setiap bulan hanya direka-reka oleh pemimpin Umno-BN. Perkara yang sebenar adalah keikhlasan mereka untuk mengangkat martabat pendidikan di negara ini.
Oleh itu, jumlah RM3.2 bilion setiap tahun bukanlah jumlah yang terlalu besar demi masa depan anak-anak Malaysia.
Malah, sekolah-sekolah usang yang gagal diperbaiki oleh kerajaan kononnya tiada cukup peruntukan, mampu dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat jika diberi peluang memerintah.
Kerajaan Umno-BN mengaku tidak upaya untuk membiayai kos pembaikan RM30 juta buat setiap 300 buah sekolah usang yang kini telah diklasifikasikan sebagai "menghadapi risiko keruntuhan", adalah sesuatu yang amat memeranjatkan.
Ini kerana, jumlah RM30 juta buat 300 buah sekolah usang ini hanya akan melibatkan peruntukan sebanyak RM9 bilion walhal Kementerian telah diperuntukkan sebanyak RM36 billion buat Perbelanjaan sepanjang 2011 ini.
Kerajaan Umno-BN memang tidak pernah merancang untuk menyelamatkan sekolah-sekolah usang ini, walaupun sedia tahu ianya melibatkan keselamatan dan nyawa anak-anak serta guru-guru kita.
Jika ketirisan berjumlah RM340 bilion, iaitu sebanyak RM100 bilion telah berlaku sepanjang 22 tahun di era Mahathir, dan ketirisan RM240 bilion sepanjang lima tahun pemerintahan PM berikutnya seperti yang dilapor Barry Wain dapat dikawal dan dikesan semula, pastinya masalah kekurangan peruntukan ini tidak akan berlaku.

0 ulasan:
Catat Ulasan