KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Januari 27, 2011

Kempen teruk MCA: SPR mesti ambil tindakan terhadap Chua Soi Lek


PAS terkejut kerana SPR masih belum mengambil sebarang tindakan terhadap Presiden MCA, Chua Soi Lek kerana mengeluarkan kenyataan yang menghina umat Islam. Menurut AJK PAS Pusat, Dato' Kamarudin Jaffar kenyataan Soi Lek itu boleh memecah belahkan kesepaduan masyarakat di antara Melayu, Cina dan India. 

Bagi mengelak kenyataan tersebut berlanjutan beliau mencadangkan supaya memohon maaf kepada umat Islam dan tidak mengulangi kata-kata yang berupa penghinaan itu.  Menurut beliau, SPR perlu mengambil tindakan terhadap Chua Soi Lek supaya perkara seperti itu tidak diulang oleh mana-mana pimipinan MCA lain dan MIC. 

Kenyataan Soi Lek itu tegas beliau membuktikan kegagalan Umno untuk menjelaskan bab hukum Islam mengikut syariat kepada orang bukan Islam.Inilah akibatnya jika mereka tidak faham tentang Islam kerana tiada usaha pimpinan Umno untuk memberi penerangan dan penjelasan tentang syariat tentang hukum Islam. 

Sewajarnya kata beliau, Umno yang duduk satu bumbung dengan MCA perlu mengajar mereka atau memperkenalkan ahli dan pimpinan MCA tentang ajaran Islam.  Calon PAS, Normala Sudirman tidak bersalam dengan pengundi lelaki telah dijadikan isu oleh MCA melalui Presidennya, Chua Soi Lek. 

1 ulasan:

Reformasi98 berkata...

Jika UMNO gagal nak mentarbiyyah MCA, aku ucap tahniah kat PAS sebab dengar cerita lepas menang DUN Tenang ni, Guan Eng, Kit Siang, Karpal Singh Tian Chua dan ramai lagi akan memeluk Islam kerana telah mendapat hidayah dari PAS. Jika di lihat Tian Chua yang memberi salam baru juga telah disahut oleh orang2 PAS yang duduk berdekatan dengan aku baru2 ni dalam satu ceramah. Tahniah sekali lagi.
Lingkup nampaknya UMNO nak mengislamkan MCA.