KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Januari 17, 2011

MP Surau, YB Teo Nie Ching diberi penghargaan lancar Facebook PAS Batu


Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching telah melancarkan Facebook PAS Batu ketika berceramah bersama bekas Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu baru-baru ini, di Dataran Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar. Teo telah diberi penghormatan oleh PAS Kawasan Batu memotong reben sebagai simbolik pelancaran laman sosial PAS Batu yang dikenali "PAS Batu". 

Kepada ahli dan penyokong PAS Kawasan Batu dan daripada kawasan lain seluruh negara, anda boleh klik pada "suka" untuk menyertai kumpulan ini. Cari kata laluan "PAS Batu"  pada laman Facebook anda.

Turut serta pada malam itu, Yang DiPertua, Ishak Surin, Timbalannya, Shuhaimi Abdul Rahman, Naibnya, Tarmizi Mohd Jam, Setiausaha, Ismail Yahya, Bendahari, Rosden Yassin, Ketua Penerangan, Jamhur Nawawi serta Ketua Dewan Muslimat, Salbiah Abdul Wahab. Lebih 1,000 hadir menikmati deklamasi sajak oleh penyajak tersohor, Pyan Habib "Bapaku Seorang Y.B". 

Tiada ulasan: