KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Januari 31, 2011

PAS Batu ucap tahniah kepada Cikgu Mala, "Pulut Kuning" menanti 5 Januari ini



Seluruh kepimpinan PAS Kawasan Batu mengucapkan tahniah atas keberanian dan kegigihan calon PAS Dun Tenang, Cikgu Normala Sudirman yang sedia menyahut cabaran dan amanah jemaah untuk menjadi alat sebagai calon PAS menentang Umno-BN dalam PRK Dun Tenang berakhir hari ini, 30 Januari 2011.

Menurut Naib Yang DiPertuanya, Tarmizi Mohd Jam, kalah bukanlah alasan untuk undur atau bergerak ke belakang, tetapi membiasakan diri dengan cabaran dan menanamkan semangat juang yang jauh lebih kental dan tegar pada masa depan.

Katanya, Cikgu Mala sarat dengan aura kepimpinan baru, tokoh yang memiliki potensi besar dalam Muslimat PAS, pantas, pintar dan cekap dalam menentang arus manipulasi, dalam menyantuni aliran dedikasi.

Apapun yang diperkatakan kepada Cikgu Mala, tegasnya, beliau seorang bekas guru yang cekal dan patut di ketengah di dalam parti.

Sehubungan itu, Tarmizi berkata, PAS Batu akan mengadakan Ceramah Khas dan Kesyukuran Pulut Kuning sempena meraikan para petugas PAS sepanjang berkempen di Dun Tenang. Program yang menjadi acara tetap setiap kali selepas PRK itu akan diadakan di Dewan Masyarakat Taman Gombak, Jalan 2, laluan ke Taman Melawar dari arah Greenwood pada Sabtu, 5 Januari depan.   

Tetamu yang akan menceritakan perihal PRK Dun Tennag ialah Pengarah PRK Dun berkenaan yang juga Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Naib Pengerusi DHPP PAS Pusat, Vincent Lee. Pesuruhjaya PAS Wilayah, Mohamad Noor Mohamad yang diundang sama tidak dapat hadir kerana ada tugas di Acheh, Indonesia pada tarikh berkenaan, ujarnya.

Orang-ramai dijemput hadir bagi meraikan para petugas dan mendengar sendiri atau bersoal jawab dengan mereka yang terbabit di Dun Tenang sepanjang kempen.