KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Januari 19, 2011

PAS Putrajaya ligat kumpul dana RM50,000 untuk tumbangkan Tengku Adnan dalam PRU-13

PAS Kawasan Putrajaya makin ghairah untuk menumbangkan BN di kawasan itu, yang kini diwakili Dato' Tengku Adnan Tengku Mansor.  Sehubungan itu, satu majlis Pelancaran Gerakkerja Pilihanraya ke 13 telah dilancarkan sabtu, 15 Januari lalu oleh naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub di Dewan Baginda Jaya, Kampung Abu Bakar Baginda. 

Kata Yang DiPertuanya, Ustaz Nazir Zakaria kepada Sanggahtoksago.Com, majlis berupa makan malam itu bertujun untuk mengumpul dana bagi menghadapi PRU-13 tidak lama lagi.

"PAS Putrajaya ditubuhkan selepas PRU-11 dan 4 tahun kemudiannya, dalam PRU-12 buat pertama kalinya PAS diamanahkan bertanding di sini. Serba kekurangan, pengalaman bahkan kewangan. 

"Dalam PRU-11 (2004) Parlimen Putrajaya dibentuk dan buat pertama kalinya kerusi Parlimen Putrajaya dipertandingkan. BN diwakili oleh Tengku Adnan ditentang oleh calon PKN (Hj Abd Rahman Osman - Timbalan Presiden PKN). Calon BN Tengku Adnan memperolehi 4086 undi manakala calon PKN mendapat 540 undi dgn majoriti 3546 undi daripada keseluruhan pengundi seramai 5338. Dalam Pilihanraya tersebut calon PKN hilang wang pertaruhan," ujarnya.

Beritahunya lagi, dalam PRU-12 sekali lagi Tengku Adnan dari BN bertanding tetapi kali ini ditentang oleh calon PAS yang diwakili oleh Mohamad Nor Mohamad, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan.

"PAS kalah lagi tapi tidak hilang deposit bahkan undinya bertambah. Calon PAS mendapat 1240 iaitu pertambahan 700 undi," jelasnya lagi. Ustaz Nazir berkata, PAS Putrajaya akan mengumpul dana sekurang-kurangnya RM50,000 sebelum pembubaran Parlimen.

Tiada ulasan: