Kawasan Dun Tetang dengan pengunsi sekitar 14, 511 pengundi tetap wujud walaupun sebelum pilihanraya kecil ini. Wujud dengan sekadar ala kadar, namun tiba-tiba menjadi perhatian apabila PRK ini tiba. Dun Tenang berubah wajah. Jalan berturap sana sini. Bukan sahaja jalan yang berlubang yang memang elok juga diturap. Tiang lampu bertukar. Kebajikan pengundi tiba-tiba menjadi perhatian. Ini perubahan positif buat pengundi.
Sebelum ini Bn memenangi kerusi ini dan PAS kalah. Bila tiba pilihanraya sekali lagi dua – dua parti datang dengan perbagai tawaran dan bantuan. Jika Bn memang semula semua akan balik ke asal, Dun Tenang akan kembali tenang ala kadar, tetapi kami menjangkakan jika PAS menang sudah tentu Dun Tenang akan terus tidak dilupa paling kurang sehingga PRU ke 13 akan datang kerana usaha merampas balik akan berterusan oleh kerajaan pemerintah.
Isu Calon.
Dalam aspek calon (klik bacaan seterusnya SAMM) punya pendapat faktor perubahan itu ada pada PAS. Calon sebelum ini lelaki dan jika dihantar seorang lelaki apa bezanya? Mudah 'dijual', calon PAS wanita ini akan menghantar masej untuk merayu Undi menghantar calon wanita dalam Dun Johor untuk menyuntik sedikit input melakar dasar kerajaan yang lebih pro keluarga dan perbaiki akhlak remaja.
Barisan Nasional melalui 'cybertrooper' mereka dilihat memulakan kesilapan apabila menyerang Cikgu Normala dengan serangan peribadi. Dalam satu blog dan 'wall facebook' juru kempen maya Umno secara jelas menyerang dengan tuduhan zina dan seumpamanya. Ini jika dimanipulasi dengan baik oleh PAS ia mampu membawa kelebihan kepada calon mereka.
Sebagai seorang guru, berpewatakan lembut tetapi tegas perlu dijadikan aset. Calon PAS tidak perlu menyerang. Sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat, Mohd Azahar Ibrahim, calon Bn juga punya kelebihan. Namun jawatan tersebut juga bakal menjadi kesukaran, tentu banyak fail akan muncul dan dimanipulasi sebagai rasuah dan penyelewengan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan