KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, Januari 09, 2011

Rakyat makin "pecah kepala": Harga barangan utama naik, pelbagai isu dicetuskan agar rakyat leka!

Bagaimana nasib orang kampung yang kais "pagi makan pagi" dengan kenaikan pelbagai harga barang baru-baru ini?

Rakyat terus diingatkan jangan terlalu ghairah menumpu isu pelantikan SUK Selangor; usaha meretakkan hubungan murni MB dengan Sultan; bahang PRK Dun Tenang dan isu api dalam sekam tenteng Kerajaan Perpaduan PAS-Umno sehingga tidak mempedulikan tindakan "kejam" kerajaan menaikkan pelbagai harga keperluan utama baru-baru ini.

Menurut Setiausaha PAS Kawasan Batu, Haji Ismail Yahya (gambar), Kerajaan Umno-BN mungkir janji selepas menaikkan lagi harga barang keperluan terutamanya petrol yang sekaligus memberi kesan berantai kepada barang-barang keperluan lain.

Tindakan kerajaan yang menaikan harga barang termasuk petrol, diesel, gula, tepung gandum, minyak masak, bawang besar, bawang merah, cili kering, susu, sabun mandi, shampu serta kertas tisu seolah-olah tidak bertanggungjawab dan sengaja menyusahkan rakyat yang kian terhimpit, katanya kepada Sanggahtoksago.Com.

Tegas Ismail yang ditermui pada majlis makan tengahari Bung Yaakob di Taman Gombak, dekat sini,  rakyat mesti bangkit untuk membantah sekeras-kerasnya kenaikan harga barangan kerana kerajaan telah berjanji sebelum ini untuk tidak menaikkan harga minyak khususnya RON 95 dalam satu tempoh selepas pilihan raya umum lalu.

Dalam satu tinjauan yang dilaporkan akhbar Utusan Malaysia di sekitar Kuala Kangsar, didapati harga beberapa barangan keperluan harian terutamanya bawang di pasar dan kedai runcit di sini didapati melambung sehingga melebihi dua kali ganda berbanding harga asal menjelang sambutan Tahun Baru Cina, Februari ini.

Misalnya, bawang putih yang kebiasaannya dijual antara RM4 hingga RM4.50 sekilogram telah naik sehingga RM10 sekilogram. Bawang kecil pula yang biasa dijual RM4 hingga RM5 sekilogram meningkat kepada RM11 sekilogram, manakala bawang besar yang lazimnya dijual RM1.50 hingga RM2.50 sekilogram naik kepada RM5 sekilogram. 

Tiada ulasan: