PAS bersedia untuk memberi penjelasan kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat jika perlu, kata Setiausaha Agungnya Mustafa Ali
Benarkah ada pertemuan tertutup antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dijangka mengadakan pertemuan petang ini? Ia dikatakan sebagai langkah yang dilihat bertujuan menjernihkan hubungan Pakatan Rakyat yang bermula dengan siri isu sejak awal tahun ini.
Sehinga kini, saya tak mendapat maklumat berkenaan ada atau tidak pertemuan itu. Tetapi, memang ada ceramah pada lmalam ini. Apapun, ada atau tidak, rakyat akan tahu juga akhirnya, khususnya dalam perkara baik seperti ini.
Pertemuan tertutup itu akan diadakan beberapa jam sebelum majlis solat hajat dan ceramah perdana di Shah Alam malam ini. Kedua-dua Hadi dan Anwar akan disertai Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim bagi memperlihatkan solidariti pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.
Agenda utama perjumpaan Ketua Pembangkang dan Presiden PAS itu dijangka memfokus pertemuan 24 Disember bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena majlis santapan di Istana Terengganu di sini.
Majlis itu yang diadakan atas undangan Yang di-Pertuan Agong dilihat bertujuan memulihkan kerjasama politik antara PAS-Umno atas nama perpaduan Melayu-Islam meskipun kedua-dua Najib dan Nik Aziz enggan mengulas agenda dan hasil pertemuan itu.
Bagaimanapun, ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya bersedia untuk memberi penjelasan kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat jika perlu.
Pertemuan 24 Disember juga disentuh pada mesyuarat hari ini, kata beliau.
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail memberitahu The Malaysian Insider, pertemuan itu akan diadakan untuk mengatasi beberapa isu didepani perikatan tiga parti tersebut sejak awal tahun ini.
Selain isu perundingan kerjasama perpaduan, kemelut ekoran pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri juga dikatakan agenda utama memandangkan ia membabitkan istana dan sokongan pengundi Melayu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan