KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Januari 17, 2011

Terjah: "Konvoi Menangkan Dun Tenang" 21 Januari jam 5 petang anjuran PAS Batu


Konvoi ke Dun Tenang? PAS Kawasan Batu akan menganjurkan "Konvoi Menangkan Dun Tenang" pada 21 Januari jam 5 petang. Konvoi sempena hari penamaan calon bagi PRK Dun Tenang ini akan diketuai sendiri Yang DiPertua PAS Batu, Cikgu Ishak Surin. Tarikh tersebut dipilih bagi membolehkan peserta konvoi menyertai hari penamaan calon PRK ini esoknya, Sabtu 22 Januari mulai jam 7.00 pagi.

Menurut Setiausaha PAS Batu, Haji Ismail Yahya, sesiapa yang berminat untuk menyertai konvoi ini boleh mendaftarkan kenderaan masing-masing beserta rakan penyokong kepada beliau melalui SMS kepada no handphone 013-3847899 selewat-lewatnya sebelum atau pada 20 Januari ini.

Berkata kepada Sangggahtoksago.Com tengah malam tadi, konvoi akan berkumpul di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar jam 3 petang, Jumaat 21 Januari. Taklimat akan disampaikan oleh Yang Dipertua PAS Batu sambil menikmati jamuan tea. Doa akan dibaca oleh Ketua Urusan Ulama PAS Batu, Ustaz Azhar Yahya. Kemudian konvoi akan dilepaskan oleh Cikgu Ishak Surin tepat jam 5 petang menuju ke Labis.

Tiada ulasan: