KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Februari 01, 2011

Lantik Omar Suleiman Timbalan Presiden: Taktik Hosni Mubarak kelabui mata rakyat elak rusuhan



Dilihat sebagai meredakan desakan rakyat, Presiden Mesir, Hosni Mubarak mengumumkan pelantikan ketua perisikan Mesir, Omar Suleimen sebagai Timbalan Presiden iaitu jawatan pertama diwujudkan setelah 30 tahun pemerintahan Mubarak. Ada laporan mengatakan jumlah korban akibat tunjuk perasaan itu sudah melepasi angka 100 orang yang terbunuh.

"Omar Suleiman telah dilantik sebagai Timbalan Presiden Hosni Mubarak," lapor agensi berita MENA. Susulan selepas itu, negara itu menyiarkan Omar selaku seorang jeneral tentera memberi tabik hormat kepada Mubarak setelah mengangkat sumpah jawatan itu.

Mubarak kian didesak agar berundur menerusi demonstrasi besar-besaran rakyat sejak Lima hari lalu sehinggalah bertukar menjadi ganas semalam.  Mubarak menolak untuk mewujudkan jawatan Timbalan Presiden sejak beliau berkuasa pada 1981, lapor AFP.

Tiada ulasan: