KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, Februari 01, 2009

GESA sifatkan Ramli Zahary pembohong tidak tahu kehilangan dua Adun Perak

Presiden Gerak Sedar Anak Perak (GESA) Tarmizi Mohd Jam bersama Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan MB Perak, Ir Mohamad Nizar Jamaluddin selepas majlis angkat sumpah Menteri Besar

GERAK Sedar Anak Perak (GESA) menyifatkan Setiausaha Umno Perak sebagai berbohong tidak tahu menahu tentang kehilangan dua Adun PKR yang dikaitkan dengan parti itu dan BN.

Dengan pengemuman penuh bangga Presiden Umno dan Pengerusi BN, Abdullah Ahmad Badawi hari ini, tentang ada lebih dua Adun Pakatan Rakyat akan melompat ke BN, sebagai bukti Umno dan BN sebenarnya mengetahui secara detail berkenaan kehilangan dua Adun Perak tersebut.

Presidennya, Tarmizi Mohd Jam dalam satu kenyataan media hari ini menolak kemungkinan Setiausaha Umno Perak, Ramli Zahary, tidak mengetahui tentang cerita kehilangan dua Exco Kerajaan Perak sejak lima hari yang lalu.

Beliau juga menyelar tindakan BN itu bukan sahaja melanggar etika demokrasi yang baik tetapi menafikan hak rakyat untuk memiliki kerajaan sendiri yang bersih dan telus.

Umno Perak hari ini, menafikan dakwaan kehilangan dua Exco Kerajaan Negeri itu dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) ada kaitan dengan mereka. Setiausahanya, Datuk Ramly Zahary berkata PKR sengaja mencetuskan isu yang kononnya Umno ada kaitan dengan kehilangan mereka dan menyifatkan kenyataan Pengerusi PKR Perak, Osman Abdul Rahman sebagai tuduhan liar yang tidak berasas.

"Ini (tuduhan) biasalah, kalau ada yang tak kena dengan orang mereka, Umno dan BN pasti akan dipersalahkan. Saya pun tak tahu mereka tu hilang, jadi macam mana nak kata kita (Umno) ada kaitan dengan kehilangan itu," katanya kepada sebuah web berita. Tambah Ramly, Umno dan BN seharusnya tidak dikaitkan dengan kehilangan mereka itu.

"Kenapa nak dikaitkan dengan Umno dan BN? Kami tak tahu apa yang sedang berlaku dalam parti itu, bagaimana pula kami dituduh terlibat?," soalnya.

Malah menurut beliau pihaknya juga tidak mengetahui berhubung dakwaan yang mengatakan kedua-dua exco berkenaan akan keluar daripada PKR dan kemudiannya menyertai Umno

"Tak ada, tak ada... buat masa ini tiada siapa yang menyertai Umno, kalau ada sudah pasti kami akan maklumkan," katanya

Tarmizi dalam kenyataan itu menyifatkan percubaan melompat parti oleh dua Adun PKR itu sebagai perancangan "Misi Sulit" Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak dan Menteri di JPM, Zahid Hamidi untuk merampas semula Perak dari Pakatan Rakyat, setelah diberi mandat oleh MT Umno untuk menerajui Perhubungan Umno Perak awal minggu ini.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Home Page https://www.dolabuy.ru/ pop over to these guys www.dolabuy.su dig this Celine Dolabuy

shete berkata...

m4l78b2x55 o1a74w7r74 h8f64f9z02 r9x69v0o72 i1m73h0p67 r3p09p6l63