KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Februari 03, 2009

Laporan SPRM, GESA desak siasat suapan RM50 juta babitkan Najib Tun Abdul Razak

GERAK Sedar Anak Perak (GESA) menyokong penuh tindakan Angkatan Muda KeADILan (AMK) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan akuan Ketua Bahagian KeADILan Ipoh Barat, Fauzi Muda, yang ditawarkan RM50 juta bagi menarik Adun Perak menyertai Barisan Nasional (BN).

Laporan berkenaan dibuat oleh Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin, di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya tengah hari tadi.

Menurut Setiausaha Eksekutif GESA, Haji Ismail Yahya akuan yang dibuat oleh Fauzi itu adalah sesuatu yang serius, dan ia patut disiasat oleh pihak berwajib. Dalam akuan yang dibuat oleh Fauzi, terkandung maklumat detail tentang penyabitan Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak.

Semalam dalam satu sidang media, Fauzi mendakwa bahawa Timbalan Presiden Umno, Najib Tun Razak telah mencuba pada tahun lalu untuk memujuknya supaya melobi dua ahli dewan undangan negeri (Adun) dari Pakatan Rakyat di Perak supaya melompat parti.

Menurut akuan Fauzi itu, beliau telah ditawar sejumlah RM50 juta bagi perkhidmatannya itu dan untuk membayar mereka yang berjaya dipujuk melompat parti.

Haji Ismail berharap, setelah laporan dibuat oleh AMK, pihak SPRM dapat menjalankan siasatan secara telus terhadap dakwaan serius ini seberapa segera tanpa mengira "bulu", jerung atau bilis.

Tiada ulasan: