KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Januari 12, 2011

Apa nasib tandas yang ada permainan Video Air Kencing di Tokyo, wujud kat Malaysia?

Konsol mengukur tekanan air kencing terletak di atas mangkuk tandas yang akan diletakkan di dalam tandas empat buah stesen tren di Tokyo, Jepun.

Tahulah berapa jangka hayatnya? Selagi tiada kesedaran mendalam tentang menjaga kebersihan dan mennghindari gejala vandalisme, maka selagi itulah apa jua yang diperkenalkan akan ditelah kebodohan rakyat hidup-hidup. Jepun lainlah...

Satu permainan video ganjil akan diletakkan di dalam tandas di lima buah stesen tren di Tokyo, Jepun, lapor sebuah akhbar semalam. Permainan itu akan menguji air kencing si lelaki bagi mengetahui kelajuan dan kepanasannya menerusi sensor di bawah mangkuk tandas.

Lapor Agensi, alat permainan itu akan memberi keuntungan kepada penciptanya, syarikat Sega kerana iklan komersial akan disiarkan pada konsol sebelum permainan bermula. Permainan itu dicipta dengan tujuan untuk menjadikan tandas sebagai suatu tempat yang menarik. 

Tiada ulasan: