KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Januari 27, 2011

Calon BN Tenang kantoi lagi: Kes lelong tanah belum selesai kata dah selesai - tolak Azhar penipu pembohong


PAS mendesak calon BN dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang, Mohd Azahar Ibrahim supaya menarik diri kerana berbohong mengenai isu melelong tanah seorang lelaki sewaktu menjadi Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat.

Pengarah PRK Dun Tenang, Salahuddin Ayub menegaskan bahawa isu tersebut masih belum selesai walaupun Azahar menafikannya.

"Di sini kami sekali lagi ingin menegaskan kepada pihak media bahawa kenyataan calon Umno yang isu tersebut telah selesai menunjukkan sekali lagi calon Umno tidak bercakap benar kepada para pengundi dan partinya sendiri," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian pada sidang media di Pusat Media PAS PRK Tenang, di sini. Baca lanjut isu ini DI SINI!

Pemimpin PAS yang turut hadir pada sidang media itu ialah Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, Bendahari, Dr Mohd Hatta Ramli, AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dan Anuar Tahir, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad di samping Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS menambah, isu tersebut bukannya serangan peribadi terhadap Azahar sebaliknya rakyat perlu menilai untuk memilih wakil rakyat yang berintegriti.Katanya, integriti perlu menjadi perkara serius yang mesti dipertanggungjawabkan kepada mana-mana individu untuk menjadi calon dalam pilihan raya.

5 ulasan:

Pemerhati berkata...

Din Puduraya akan kantoi di PRU13 nanti!
Kecuali jika orang melayu memang menyokong wakil rakyat membalun bini orang seperti Din Puduraya,Mat Sabu, wakil Selising dan dan Anwar yg sah dah balun Shamsidar kau-kau sampai ada kesan DNA air mani di tilam dan menghasilkan Afifa!

Kuda Perang berkata...

Pemerhati yang takda otak, kerja sebar fitnah sahaja...

Tanpa Nama berkata...

Macamana ni...
Masih ada kes mahkamah, tapi masih jadi calun.
Minta SPR siasat kerana calun ni memang tidak layak bertanding.

Tanpa Nama berkata...

Memang dangkal fikiran orang PAS ni, kes tu bukan kes Azharlah bahlol! Tu kes orang lain yang dia handle sampai tergadai. Untuk pengetahun, kawan aku bekas lawyer dia yang tarik diri tu, mungkin ade lawyer baru la tu..

Tanpa Nama berkata...

senang betul erk org umno ni..ape nk jd la hai...