Hanya penganalisis politik yang bebal sahaja yang masih tidak nampak ke mana arah tuju Sidang Dun Isnin 24 Januari ini? Jawapannya mudah untuk mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawqai Kewangan dan Penasihat Undang-undang.
Kata penganalisis bebal itu lagi, PKR-DAP-PAS hanya memiliki 35 daripada 56 kerusi dalam DUN, dan BN 20 kerusi dan satu kerusi milik anggota Bebas, dan untuk mendapat sokongan dua pertiga bagi meluluskan pindaan itu, kerajaan negeri Selangor memerlukan 37 undi. Mereka mempersoalkan mengenai kemampuan kerajaan negeri itu mendapatkan dua lagi undi bagi melengkapkan keperluan 37 undi bagi meluluskan pindaan tersebut.
Apakah mereka tidak melihat atau buta mata hati bagi mendapatkan dua undi dari Adun BN yang ada di dalam Dun? Bukankah Adun-adun BN ini antara pejuang, wakil rakyat dan pemimpin Umno yang tegar dalam memp[erjuangkan hak Tuanku Sultan? Tidakkan dengan tidak mengundi usul pindaan ini nanti, Adun Umno-BN boleh dianggap DERHAKA kepada Tuanku Sultan.
Umno tidak boleh lagi berdolak-dalik dengan sikap munafik melampau. Sultan sudah memperkenankan Sidang Dun 24 Januari ini malah usul pindaan Undang-undang berkenaan juga sudah diserahkan kepada Tuanku Sultan. hanya Tun Mahathir Mohamad yang menjadi kepala Umno dulu, yang telah meratah hak itu dan memindanya. Sejak itu, Tuanku Sultan tiada kuasa lagi dalam perkara ini.
Isunya, apakah penganalisis bebal seperti yang dilaporkan Bernama, betul-betul bebal untuk membaca tersirat di sebalik Sidang Dun 24 Januari ini? Atau mereka juga adalah agen yang diupah umno-Bn untuk mengelirukan rakyat, kerana Umno-BN Selangor tersepit. Nak sokong mati bapak, nak lawan mati emak. Inilah yang terjadi.
Penganalisis bebal berkata, tindakan kerajaan negeri Selangor mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Isnin ini dilihat sebagai mahu mengekalkan kuasa dan menarik sokongan Melayu, kata beberapa penganalisis politik.
Tindakan itu, kata mereka, turut mencerminkan keadaan terdesak kerajaan negeri di bawah pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR)-DAP-Pas untuk mengekalkan survival parti masing-masing supaya kekal relevan di negeri tersebut.
Ada di antara mereka pula mempersoalkan keperluan mengadakan persidangan itu memandangkan kerajaan negeri Selangor tidak mempunyai kekuatan untuk mendapatkan undi dua pertiga daripada jumlah anggota DUN bagi meluluskan pindaan tersebut.
Bagi penganalisis-penganalisis politik yang ditemui Bernama, mereka bersependapat kerajaan negeri Selangor sengaja mempolitikkan isu itu kerana tidak mahu mengiktiraf pelantikan Datuk Mohamad Khusrin Munawi, 54, oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor yang baru sehingga membawa kepada isu pindaan undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan