KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Januari 22, 2011

Muhyiddin mula cemas di Tenang: Beri amaran jangan perlekeh calon PAS Cikgu Mala


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengingatkan jentera Barisan Nasional (BN) supaya tidak memandang ringan dan memperlekehkan calon parti lawan dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 30 Januari ini.

Sebaliknya, mereka perlu menganggap ia sebagai cabaran besar dan perlu bekerja keras bagi mencapai sasaran untuk mencapai majoriti undi lebih 5,000 yang pernah diperoleh BN pada pilihan raya umum 2004. Kebimbangan Muhyiddin ini ekoran niatnya mahu mengembalikan jumlah undi majoriti 5,000 ke atas dan membuktikan kepada Najib bahawa Johor masih menjadi "kubu kuat" Umno di negara ini.

Memperlekeh dan memfitnah calon PAS hanya akan mengundang malapetaka kepada BN. Muhyiddin bimbang pengundi akan marah dan tidak mengundi calon BN dalam PRK ini. Malah keupayaan Cikgu Mala dan pengaruh PAS yang kian kuat di Johor sukar untuk Umno mengikisnya apatah lagi sudah ada dua kerusi Dun yang di menangi oleh PAS dalam PRU-12 yang lalu.

"Bila ada persaingan, kita tidak mahu perlekehkan calon lawan. Setiap pemimpin perlu menganggap ini sebagai cabaran besar. “Kita mahu lihat pelan transformasi Perdana Menteri diterima baik di semua peringkat masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas proses penamaan calon untuk pilihan raya kecil DUN Tenang di Pejabat Majlis Daerah Labis di sini hari ini.

Tiada ulasan: