KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Januari 22, 2011

Boikot teksi jika jadi lidah Umno: Rais yatim mahu semua pemandu teksi jadi "mata dan telinga" kerajaan


Boleh atau tidak, Umno-BN akan mengungut pemegang permit teksi agar mereka menjadi mata dan telinga kerajaan Umno-BN. Atau lebih tepat jadi informer Umno di negara ini.  Ia ditegaskan oleh menteri kontroversi, Rais yatim dalam kempennya di Dun Tenang hari ini. Pemandu-pemandu teksi seluruh negara akan dijadikan perantara dan saluran bagi kerajaan untuk menyampaikan maklumat tentang dasar dan kempen kerajaan kepada masyarakat.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan itu berkata, langkah itu memandangkan pemandu teksi mempunyai hubungan secara terus dengan masyarakat melalui kerjaya mereka sebagai pemandu teksi.

"Jadi kita di kementerian terasa bahawa sampai sudah masanya bahawa masyarakat pemandu teksi yang begitu ramai di seluruh negara untuk kita minta kerjasama mereka untuk menjayakan beberapa usaha murni kerajaan seperti kempen budi bahasa nilai-nilai murni, kempen 1Malaysia dan kempen Bahasa Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program 1Malaysia bersama Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia dan Persatuan Tuan Punya dan Pemandu Kereta Sewa Melayu (PETEKMA) Daerah Segamat, di Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Stesen, di sini hari ini.

Sebagai respons kepada Rais, jika pemandu teksi berkempen, berleter hal-hal Umno, rakyat diseru boikot teksi dan gunakan kemudahan awam yang lain atau pandu motorsikal dan kereta sendiri. Itu lebih selamat dari ancaman minda 1Malaysia yang tidak tidak "mendahulukan rakyat" tapi "mengutamakan kroni". 

Tiada ulasan: